Harga yang dibayar kanak-kanak di bawah langit berjerebu

Asap kelabu terus menyelubungi langit Malaysia. Datang dan pergi hujan lebat, yang terkadang mengundang banjir kilat, namun langit masih belum kembali cerah.

UNICEF Malaysia
Three children from Sarawak pictured indoors. A girl stands by a wooden doorway, a boy leans over schoolwork on a table, and another boy sits with his arms resting on his knees.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari
24 September 2026

Di sebalik langit yang kita kongsi bersama ini, ada harga yang sedang dibayar oleh kanak-kanak. Kesannya terhadap masa depan mereka mungkin belum dapat kita ukur sepenuhnya. 

Lovelia Zara, 10 tahun, atau lebih mesra dipanggil Zara, tinggal bersama keluarganya di Kampung Mongkos, Serian, Sarawak, kira-kira dua jam perjalanan dari pusat bandar, Kuching. 

Serian merupakan antara kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu. Ketika kunjungan UNICEF, kualiti udara di kawasan itu berada pada tahap sangat tidak sihat. 

A young girl wearing a face mask, stands outdoors against a blurred green background.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Bagi Zara, jerebu bukan sekadar mengubah langit yang biasa dilihatnya. Ia turut mengubah rutin hariannya. Dia tidak dapat bermain di luar atau ke sekolah seperti biasa. 

Andrea sits alone on a bamboo floor, resting his head on his folded arms and knees.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Andrea Timba, 11 tahun, yang juga tinggal di Kampung Mongkos, melalui pengalaman yang sama. Begitu juga Freddy Samuel, 12 tahun, dari Kampung Mujat. 

Seperti kanak-kanak lain seusia mereka, Andrea dan Freddy gemar meluangkan masa di luar bersama rakan-rakan. Namun apabila jerebu melanda, semua itu terpaksa dihentikan.  

reddy wears a face mask while standing outdoors in his sports jersey in Serian, Sarawak.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Bagi Freddy, kesannya amat terasa. Dia aktif bersukan, pernah mewakili sekolah dalam hoki dan bertanding di peringkat negeri. Kini, bukan kecederaan yang membuatkannya terpaksa berehat, tetapi udara di luar yang tidak lagi selamat. 

Apabila sekolah terpaksa ditutup

A motorcyclist travels along a road in Serian, Sarawak, as thick haze reduces visibility.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari
A highway stretches through Serian, Sarawak, as haze blankets the surrounding landscape and obscures the distance
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Apabila kualiti udara berada pada tahap tidak sihat, sekolah-sekolah di Serian lazimnya ditutup dan aktiviti luar dihadkan. Bagi Zara, Andrea dan Freddy, pembelajaran perlu diteruskan dari rumah melalui tugasan atau kelas dalam talian. 

Freddy sits with another child as they read books together on the floor of a longhouse in Serian, Sarawak.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Freddy meneruskan pelajarannya melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). 

Andrea sits on a wooden bench at home, reading a book with a face mask lowered beneath his chin.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

“Saya harap jerebu akan hilang tidak lama lagi supaya saya boleh kembali ke sekolah dan bermain dengan kawan-kawan,” 

 

kata Andrea. 

Zara sits on the floor with her mother and two younger children as they study and complete schoolwork together at home.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Bagi Jessica anak Kilmah, 31 tahun, jerebu mungkin mengganggu persekolahan Zara, tetapi bukan pembelajarannya. Dia membantu Zara dan adik-beradiknya mengulang kaji serta menyiapkan tugasan sekolah di rumah. 

Ibu Freddy turut melakukan perkara yang sama, memastikan Freddy terus mendapat sokongan untuk belajar.  

“Saya sangat bersyukur kerana ibu sentiasa mengambil berat tentang pendidikan kami dan memastikan saya serta adik-beradik terus belajar,” 

 

kata Freddy. 

Freddy lies on the floor beside his mother as she helps him with his schoolwork at home.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Namun, tidak semua yang diperoleh di sekolah boleh digantikan dengan pembelajaran di rumah. 

Penutupan sekolah boleh meninggalkan kesan jangka panjang, terutama bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai akses yang sama kepada sokongan pembelajaran di rumah. Semakin kerap pendidikan mereka terganggu, semakin besar risiko jurang yang sedia ada terus melebar.

   

Zara sits with her family on the bamboo floor of a longhouse in Serian, Sarawak, as her mom braid the children’s hair.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Bagi keluarga di komuniti seperti Kampung Mongkos, pendidikan bukan sekadar tentang hadir ke sekolah atau menyiapkan tugasan. Pendidikan membawa harapan dan peluang untuk kanak-kanak membina masa depan mereka. 

Children wearing face masks spend time outdoors near a field in Serian, as haze hangs over the surrounding landscape.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Lebih daripada sekadar bilik darjah

Sekolah bukan sekadar tempat untuk belajar. Di situlah kanak-kanak bertemu rakan, bermain, bergerak aktif, berkongsi pengalaman dan membesar bersama. 

Zara stands in the doorway of her home holding a cat, with a dog and kitten resting outside.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Apabila sekolah ditutup dan aktiviti luar dihadkan, semua itu turut terhenti.

Andrea lies on the floor at home reading a schoolbook, with his face mask lowered beneath his chin.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Bagi Andrea, jerebu bermakna lebih banyak masa terpaksa dihabiskan di dalam rumah, jauh daripada aktiviti dan rakan-rakan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan sehariannya. Jika berlarutan, keadaan ini boleh menjejaskan kesejahteraan emosi kanak-kanak, membuatkan mereka berasa kecewa dan terasing. 

Freddy and another child wearing face masks sit outdoors under a tree in Serian, Sarawak.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Freddy pula menantikan hari apabila langit kembali biru. Baginya, itu bermakna dapat kembali ke sekolah, kembali ke padang hoki dan menikmati semula kebebasan bermain bersama rakan-rakannya.  

Five children wearing face masks walk together through their neighbourhood under hazy skies.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Namun, apabila keadaan seperti ini berlarutan, langit yang kembali cerah tidak semestinya bermakna semuanya kembali seperti biasa. Masa di bilik darjah berkurang, begitu juga peluang untuk bermain dan bersama rakan-rakan. 

Bagi Zara, Andrea dan Freddy, jerebu telah mengubah perkara-perkara sederhana yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada kehidupan seorang kanak-kanak.

Children play and climb on the wooden structure of a longhouse in Serian, Sarawak.
UNICEFMalaysia/2026/NazirSufari

Setiap kanak-kanak berhak untuk belajar, bermain, membesar dengan sihat dan hidup dalam persekitaran yang selamat. 

Jerebu akan berlalu dan langit akan kembali biru. Namun, dalam dunia yang semakin terkesan oleh perubahan iklim, apakah ertinya bagi masa depan kanak-kanak?