ASUH KL

Anak-anak sihat dengan usaha dan harapan komuniti

ASUH KL cover

Tentang ASUH KL

ASUH KL ialah program sosial untuk keluarga yang tinggal di Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.

Program ini menyokong ibu mengandung dan keluarga dengan anak berumur bawah 5 tahun. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),  UNICEF dan Kementerian Kewangan (MoF).

Tentang ASUH KL

Mengapa ASUH KL ditubuhkan?

Kemiskinan bandar menyumbang kepada kekurangan akses pemakanan mencukupi, dengan 1 daripada 3 kanak-kanak di PPR mengalami risiko kurang zat makanan

Tekanan kos sara hidup di kawasan bandar membataskan keupayaan keluarga berpendapatan rendah untuk menampung keperluan asas anak kecil secara konsisten

Kekangan sumber dalam komuniti bandar berpendapatan rendah turut mengehadkan akses kepada pendidikan awal seperti taska dan tadika

ASUH KL diwujudkan untuk menyokong keluarga berisiko melalui bantuan tunai serta intervensi pemakanan dan perkembangan awal kanak-kanak bawah 5 tahun, supaya setiap anak mendapat permulaan hidup yang lebih baik.

 

Manfaat Penerima ASUH KL

ASUH KL Manfaat 1

Bantuan tunai RM150 setiap bulan diberikan kepada setiap kanak-kanak/ibu mengandung berdaftar, dikreditkan ke akaun ibu bapa atau penjaga

ASUH KL Manfaat 2

Sesi bimbingan percuma untuk menyokong kesihatan ibu dan perkembangan anak-anak dengan lebih baik

Syarat Kelayakan

Ibu mengandung

Ibu mengandung 

Keluarga yang mempunyai anak berumur bawah 5 tahun

Keluarga yang mempunyai anak berumur bawah 5 tahun

Keluarga yang mempunyai anak berumur bawah 5 tahun

Tinggal di PA/PPR Kuala Lumpur

Soalan lazim

Soalan Lazim

ASUH KL adalah program sosial untuk keluarga yang tinggal di Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.

Program ASUH KL bermatlamat untuk menangani masalah kemiskinan perbandaran dan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak.

Program ASUH KL memberi keutamaan kepada keluarga yang tinggal di Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.

Ibu mengandung dan keluarga yang mempunyai anak berumur bawah 5 tahun yang tinggal di PA/PPR di Kuala Lumpur.

Anda boleh mendaftar di https://asuhkl.net/OnlineRegistration 

Permohonan akan diproses untuk penempatan kumpulan seterusnya.

Dokumen yang diperlukan ialah:

  • MyKad Ibu/penjaga
  • MyKad Penerima Bayaran (Jika lain dari di atas)
  • Muka Surat Hadapan Buku Pink bagi Ibu Hamil
  • MyKid atau Sijil Kelahiran (Sekiranya tiada MyKid)
  • Sijil Pengesahan Anak Angkat (Sekiranya tiada Ibu dan Bapa)

Bantuan tunai sebanyak RM150 sebulan dan Sesi Bimbingan Percuma.

Facebook Community Page Rasmi ASUH KL.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Malaya (UM) dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab.

Boleh hubungi 03-2617 6067 atau berjumpa dengan pegawai di Unit Pembangunan Komuniti, Tingkat 16, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300, Kuala Lumpur.