Sumbangan

Kerjasama Korporat

 

Mengambil tindakan

© UNICEF Malaysia/2006

Dunia yang bebas daripada diskriminasi mungkin kelihatan seperti sebuah impian yang agak mustahil, walaubagaimanapun ia adalah sebuah impian yang boleh dicapai. Amat jelas sekali bahawa perubahan ketara yang cenderung terhadap wanita dan anak-anak gadis adalah tidak mustahil dan untuk kanak-kanak, perubahan ini adalah amat penting.

Masyarakat antarabangsa amat berdedikasi di dalam mencapai kesaksamaan di antara wanita dan lelaki dan juga untuk melindungi hak-hak wanita serta anak-anak gadis. Kesaksamaan gender tertera dengan jelas sekali di dalam Matlamat Pembangunan Milenium yang telah ditetapkan pada tahun 2000 dan, semenjak September 2006, 184 buah negara telah mengesahkan Konvensyen yang berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).  

Tetapi walaupun dengan komitmen ini, untuk kebanyakan wanita dan anak-anak gadis, janji tersebut masih belum dapat dipenuhi. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk seluruh dunia menukarkan kata-kata yang telah termeterai tersebut sebagai tindakan yang dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak kerajaan, badan-badan organisasi, lelaki dan remaja lelaki, para suami dan bapa, para pengundi, para pendidik, pemimpin-pemimpin pertubuhan keagamaan dan sivil, pihak media, sektor swasta dan, yang paling utama, wanita dan anak-anak gadis sendiri. Banyak langkah-langkah yang telah diambil, tetapi perhatian masih perlu diberikan kepada lain-lain isu yang berkaitan.  

Ketahui apa yang anda boleh buat untuk membawa perubahan di dalam perjuangan untuk mencapai kesaksamaan di antara wanita dan lelaki.

Dapatkan maklumat
Tindakan yang diambil memerlukan perhatian yang utama untuk memastikan ia berkesan, oleh itu perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah menilai keutamaan anda (fikirkan apa yang paling penting bagi anda). Teliti beberapa faktor yang menyumbang kepada ketidaksamaan gender dan keganasan terhadap wanita di dalam masyarakat anda. Ini termasuklah status ekonomi wanita yang rendah di dalam masyarakat, tradisi-tradisi dan amalan-amalan yang membawa kemudaratan, ketidakseimbangan kuasa di dalam keluarga dan masyarakat; wanita-wanita yang bergantung kepada ekonomi, dan penerimaan bahawa keganasan merupakan satu cara untuk menyelesaikan pertelingkahan. Lebih banyak isu-isu yang diketahui oleh anda, lebih berkesan tindakan yang akan anda ambil.

Ketahui dengan lebih banyak – laksanakan satu soal-selidik
Satu soal-selidik boleh memberi anda maklumat yang tepat tentang bagaimana ketidaksamaan gender memberi kesan kepada keluarga yang anda sayangi serta masyakarat anda. Ia juga boleh memberi anda maklumat tentang pendapat orang ramai berkenaan diskriminasi gender dan juga boleh membantu anda di dalam mencapai jalan-jalan penyelesaian untuk menangani masalah tersebut. Setelah anda menetapkan apakah maklumat-maklumat yang anda perlukan, langkah berikutnya adalah untuk mereka soalan-soalan yang boleh mengumpulkan maklumat-maklumat tersebut dengan cekap. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mereka soal-selidik dan mengkaji hasil-hasil jawapan yang didapati sila layari lawan web Suara-suara Remaja.

Sertai badan bukan kerajaan untuk membina sekutu dan rakan kerjasama.
Sila cari lain-lain kumpulan yang mempunyai pengalaman yang berkaitan ataupun yang mempunyai minat untuk menggalakkan hak-hak wanita dan anak-anak gadis di Malaysia. Bekerja dengan wanita-wanita daripada masyarakat yang berada di kawasan pedalaman, wanita-wanita daripada kumpulan-kumpulan minoriti, wanita-wanita yang pernah menjadi mangsa keganasan dan wanita-wanita yang mempunyai keperluan khas atau wanita yang kurang mendapat perkhidmatan kesihatan akan membantu mereka mengetahui tentang hak-hak mereka. Mereka akan menjadi kuat sekiranya mereka bersatu.

Bersuara dengan memecahkan kesenyapan
Kendalikan kempen-kempen, perbincangan-perbincangan, dialog-dialog, pementasan di kawasan yang terdapat orang ramai di dalam masyarakat anda dan kumpulkan orang ramai untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan sikap sosial dan norma-norma yang mencegah wanita daripada menyedari hak-hak mereka. Ruang tamu anda, kampus, pusat-pusat komuniti, tempat beribadat, dan lain-lain merupakan tempat-tempat di mana anda boleh adakan perjumpaan sebegini. Dapatkan video-video yang bermaklumat ataupun penceramah untuk program anda.

Menyebarkan maklumat kepada orang ramai melalui media
Dengan menulis surat kepada pihak media sebagai maklumbalas kepada artikel-artikel, editorial ataupun pendapat-pendapat yang berkaitan dengan hak-hak wanita dan kanak-kanak. Atau anda juga boleh menulis pendapat anda sendiri. Tetapi anda perlu beringat bahawa media merupakan rakan kerjasama yang kuat yang boleh membawa tekanan daripada orang ramai serta mengetengahkan isu-isu pencabulan hak-hak wanita dan kanak-kanak.

Lelaki: patut mengambil tindakan juga!
Meningkatkan kesedaran; membentuk kumpulan-kumpulan perbincangan yang tertumpu kepada media. Menggalakkan kesaksamaan gender bukan sahaja sebagai sesuatu yang ‘hanya untuk wanita’ sahaja.

Sebarkan mesej-mesej yang disampaikan
Sebarkan mesej-mesej daripada UNICEF berkenaan laporan Keadaan Kanak-Kanak Sedunia 2007 di kalangan rakan-rakan anda, ahli keluarga anda dan rakan-rakan kerja anda untuk meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya galakan dan perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak.

 

 

 

 

Hari Wanita Antarabangsa

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Search:

 Email this article

unite for children