Sumbangan

Kerjasama Korporat

 

Panggilan untuk kesaksamaan

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram

Kesaksamaan gender adalah amat penting untuk merealisasikan agenda-agenda yang terdapat di dalam Milenium, yang mungkin akan gagal sekiranya tidak mendapat penglibatan sepenuhnya daripada ahli-ahli masyarakat.

Di dalam Pengiktirafan Milenium dan Matlamat Pembangunan Milenium, termasuklah yang terdapat pada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, adalah untuk mengenalpasti bahawa mereka yang lemah, terutama sekali kanak-kanak, memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus. Kesaksamaan gender bukan sahaja memberikan kuasa kepada wanita untuk mengatasi kemiskinan, tetapi juga termasuklah anak-anak, keluarga, masyarakat serta negara mereka. Apabila diperhatikan dari sudut ini, kesaksamaan gender bukan sahaja secara moralnya betul – malah ianya merupakan perkara penting untuk perkembangan kemanusiaan dan pembangunan yang berterusan.

Kesaksamaan gender membuahkan imbuhan berganda: memajukan hak-hak wanita dan juga kanak-kanak. Wanita yang sihat, mempunyai pendidikan dan perkasa mempunyai anak-anak perempuan dan lelaki yang juga sihat, mempunyai pendidikan dan berkeyakinan. 

Jumlah pengaruh yang dipunyai wanita dalam membuat keputusan rumahtangga telah menunjukkan kesan yang positif terhadap, pemakanan, penjagaan kesihatan serta pendidikan anak-anak mereka. Walaubagaimanapun, faedah-faedah kesaksamaan gender akan melepasi kesan langsungnya  terhadap kanak-kanak. Tanpa ia, adalah amat mustahil untuk mencipta dunia yang penuh kesaksamaan toleransi dan tanggungjawab bersama – sebuah dunia yang bersesuaian untuk kanak-kanak.

Dengan meletakkan hak-hak wanita sebagai keutamaan, masyarakat juga akan melindungi kanak-kanak perempuan dan juga anak-anak gadis. Kesaksamaan gender bermaksud kanak-kanak perempuan dan lelaki mempunyai peluang yang sama terhadap pemakanan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan juga lain-lain peluang. Bukti-bukti telah menunjukkan bahawa wanita-wanita yang haknya telah dipenuhi akan memberi laluan kepada anak-anak gadis untuk mendapat peluang yang sama kepada nutrisi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan juga perlindungan daripada disakiti.

 

 

 

 

Matlamat Pembangunan Milenium ke-3

Meningkatkan kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita 

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Tindakan UNICEF (HQ) - Dasar Pendidikan & Kesaksamaan Gender

Gambaran keseluruhan

Tindakan UNICEF: Global 

Isu fokus

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children