Coretan Hidup

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Memperkasa wanita dengan maklumat

© Red Communications Sdn. Bhd.
Pengacara siri televisyen 3R dan Duta Muhibah UNICEF Malaysia Celina Khor mengunakan pengalamannya sendiri untuk membawa perubahan kepada kehidupan anak-anak gadis di seluruh negara.

Wanita-wanita di Malaysia berkongsi suara dengan UNICEF sebagai tanda pelancaran laporan Keadaan Kanak-Kanak Sedunia (SOWC) 2007 di peringkat kebangsaan pada Hari Wanita Antarabangsa.

Bertemakan “Wanita dan Kanak-Kanak – Imbuhan Berganda yang dibawa oleh Kesaksamaan Gender”, laporan SOWC 2007 meneliti diskriminasi dan juga keadaan wanita yang tidak berupaya di mana kebanyakan wanita terpaksa melaluinya sepanjang hidup mereka – dan juga memberi garis panduan tentang apa yang perlu dilakukan untuk menghapuskan diskriminasi terhadap gender dan juga untuk memperkasakan wanita serta anak-anak gadis.

KUALA LUMPUR, Mac 2007 – Takdir telah menentukan bagi Celina Khor menyertai seruan berkenaan sesuatu yang amat dekat di hati beliau. Sebagai salah seorang pengacara siri televisyen 3R yang telah memenangi beberapa anugerah dan sebagai Duta Muhibbah UNICEF Malaysia, Celina telah dapat meneruskan kerja beliau untuk mengetengahkan kepada orang ramai isu-isu yang sukar seperti stereotaiping gender, HIV/AIDS dan keganasan terhadap wanita.

Tidak dapat disangkal lagi melalui pengalaman Celina sendiri dan juga pengalamannya ketika bersama badan bukan kerajaan beliau telah dapat membawa perubahan kepada kehidupan anak-anak gadis di seluruh negara. Merasakan bahwa terdapat sesuatu yang lebih di dalam kehidupan selain daripada kelayakan akademik, wanita muda yang tabah ini telah mengambil cuti selama dua tahun daripada ijazah kejuruteraannya untuk bekerja dengan sebuah badan bukan kerajaan yang membantu memenuhi keperluan masyarakat-masyarakat terpinggir, termasuklah mereka yang hidup dengan HIV. Pilihan-pilihan yang telah dibuat serta pengalaman yang telah di dapati di dalam kehidupan beliau telah membentuk peribadinya seperti yang kita lihat hari ini dan ia amat ketara melalui pendekatan beliau apabila beliau memberi suara kepada anak-anak gadis melalui program TV beliau.

Celina berasa amat gembira bila menyatakan bahawa surat-surat yang telah diterima daripada gadis-gadis yang telah mengakui bahawa beliau serta dua orang pengacara 3R yang lain merupakan ‘role model’ kepada mereka. Penonton-penonton yang lebih dewasa, seperti nenek-nenek, telah meluahkan bagaimana ketiga-tiga pengacara 3R telah membantu mereka memahami cucu-cucu perempuan mereka dengan lebih baik. Celina percaya melalui rancangan tv yang beliau serta rakan-rakan pengacara, Kartini Kamalul Ariffin dan Rafidah Abdullah, telah membantu mendekatkan jurang yang terdapat di antara generasi dan juga memberikan galakan kepada para penonton untuk menangani cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh gadis-gadis masa kini di dalam kehidupan seharian mereka.

Ketidakadilan terhadap gender

Menurut Celina, ketidakadilan yang bersifat berat sebelah terhadap gender merupakan tunggak kepada perkara-perkara yang dibincangkan di dalam program TV 3R dan juga merupak subjek yang telah menarik perhatian beliau semenjak kecil lagi. Dengan memasuki sekolah untuk pelajar perempuan telah mengurangkan pendedahan beliau kepada diskriminasi terhadap gender. Isu tersebut, walaubagaimanapun, telah menjadi suatu isu yang penting ketika beliau berada di universiti.

“Pelajar-pelajar lelaki seringkali mendapat peluang-peluang yang lebih baik. Saya selalu memikirkan yang ia merupakan suatu diskriminasi terhadap gender,” ingat beliau. “Tetapi apabila saya memikirkan tentang perkara yang sama sekarang, saya rasa ia mempunyai kaitan yang lebih dengan personaliti. Palajar-pelajar perempuan tidak mempunyai keyakinan ataupun ketegasan yang lebih seperti pelajar-pelajar lelaki.”

Celina amat yakin bahawa budaya dan juga cara seseorang itu dibesarkan telah menyumbang kepada kurangnya keyakinan pada anak-anak gadis. “Anak-anak gadis diharapkan agar menjadi sopan santun, untuk mendengat dan tidak menyoal tentang sesuatu,” terang beliau dengan tenang. “Wanita-wanita telah ditekan dengan palbagai cara dan jika anda melihat seseorang yang kelihatan menonjol, anda berasa agak takut disebabkan oleh orang itu kerana anda tahu yang dia “berada di luar sana” dan anda tidak.”

Dengan suara yang penuh keyakinan, Celina menerangkan bahawa cara untuk menangani diskriminasi terhadap gender dan juga usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menghapuskannya telah banyak berubah. Kunci utama untuk perubahan-perubahan ini, kata Celina, adalah kesedaran bahawa wanita-wanita perlu memperkasakan diri mereka sendiri terlebih dahulu.

Membawa perubahan di tempat kerja

Pendidikan merupakan kunci utama yang membolehkan wanita berdikari. Ia bukan sahaja mempunyai kapasiti untuk memperkasa wanita-wanita, pendidikan juga dapat memajukan hak-hak wanita dan juga kanak-kanak. Celina mempertahankan bahawa perlindungan serta menggalakkan hak-hak tersebut hanya dapat dilakukan sekiranya pendidikan dapat dilihat melalui perspektif yang holistik. 

Berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau sendiri, Celina menekankan bahawa wanita-wanita tidak semestinya perkasa hanya kerana mereka mempunyai pendidikan di tahap yang tertinggi. Beliau berkata terdapat segelintir wanita hanya melihat pencapaian di tahap ijazah sarjana muda merupakan cita-cita mereka yang terakhir dan tidak mempunyai motivasi untuk meneruskan pendidikan mereka. Celina menyalahkan sedikit sebanyak pendidikan tahap tinggi yang tidak mencabar kerana menghasilkan rasa puas hati serta selesa kepada pelajar-pelajar di mana ia  telah menyebabkan wanita tidak bermotivasi untuk membuat perubahan yang positif di tempat kerja.

“Kebanyakan wanita mempunyai pemikiran bahawa di dalam mencapai pendidikan dan juga pengalaman hidup ia berakhir dengan segulung ijazah. Ketetapan sosial menghendaki agar wanita berdiri di belakang lelaki dan berperanan sebagai penyokong kepada lelaki. Yang menyedihkan terdapat wanita-wanita yang bahagia terhadap permintaan-permintaan sebegitu,” kata Celina dengan nada yang kurang senang.  “Ia bukan disebabkan oleh rasa takut yang tidak membolehkan mereka untuk keluar berjuang di luar sana. Sekarang terdapat pelbagai jenis peluang untuk wanita-wanita memajukan diri mereka di tempat kerja tetapi ia terletak kepada sebanyak mana anda ingin berjuang untuk mendapatkannya.”

Memperkasa dengan menggunakan maklumat

Beliau mengingati kembali pendidikan beliau sendiri dan juga peranan yang dimainkan oleh rakan-rakan beliau yang amat berpengatahuan yang telah berkongsi maklumat serta pengalaman-pengalaman mereka dengan beliau. Tidak kira samada maklumat tersebut tiada kaitan langsung, Celina mendengarnya dengan penuh minat, dan percaya betapa pentingnya untuk membuka mindanya kepada pelbagai jenis isu-isu dan juga kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang telah diketahui. “Pendidikan yang formal itu sendiri mempunyai sedikit nilai yang boleh dijadikan panduan di dalam kehidupan masa kini. Pengalaman-pengalaman, pendedahan dan juga kebebasan di dalam mengetahui pelbagai jenis isu secara berasingan boleh menjadi suatu jenis pendidikan kepada seseorang itu,” beliau menyatakan.

Wanita yang selalu kelihatan tenang itu sememangnya amat bersungguh-sungguh terhadap kepercayaan beliau, yakin bahawa seorang wanita yang mempunyai pandangan yang holistik terhadap pendidikan dan juga kehidupan kemudiannya akan mengajar anak-anaknya pengajaran-pengarajaran penting tentang kehidupan dan juga akan mendidik mereka tentang harga diri dan juga keyakinan.

“Apabila wanita-wanita mempunyai maklumat dan diberikan peluang yang sama dengan lelaki, mereka akan mendapat keyakinan, di mana ia akan memberi anak-anak mereka kesempatan untuk melihat lain-lain peluang yang boleh didapati di persekitaran mereka di dalam mencapai kehidupan yang bermakna serta penuh dengan maklumat,” kata beliau lagi dengan penuh semangat.


Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Keadaan Kanak-Kanak Sedunia 2007 - Penerbitan

Penerbitan dalam Bahasa Inggeris.


Keadaan Kanak-Kanak Sedunia 2007 - Malaysia

Pendahuluan

Wanita di Malaysia

Diskriminasi gender

Hak-hak wanita dan kanak-kanak

Panggilan untuk kesaksamaan

Imbuhan berganda

Perkongsian dan kerjasama

Mengambil tindakan!


Hari Wanita Antarabangsa

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Search:

 Email this article

unite for children