Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Perlindungan Kanak-kanak

© UN Malaysia/2004/Chauly

Keganasan terhadap kanak-kanak termasuk penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks yang boleh berlaku di rumah, sekolah, rumah anak yatim, kemudahan penjagaan berasrama, di jalanan, di tempat kerja, di ruang siber dan juga di penjara dan di pusat tahanan. Keganasan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik kemudian hari. Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut.

Seperti kebanyakan negara lain, keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia masih banyak tersembunyi di sebalik tabir, menjadikannya sukar untuk membuat penentuan yang tepat tentang kelazimannya. Hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat keterlaluan sahaja yang dilaporkan, selalunya melibatkan unsur tragik kecederaan yang mengganggu fikiran malah kematian.  Sebab-sebab keganasan terhadap kanak-kanak adalah kompleks. Perpecahan keluarga, tekanan, kemiskinan yang melampau, gangguan, penyakit gangguan mental, penyalahgunaan dadah, tidak mempunyai tempat tinggal, keganasan masyarakat dan juga kekurangan masa berkualiti ibu bapa merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia melaporkan 1,656 kes penderaan kanak-kanak, dengan bilangan kes yang tertinggi melibatkan pengabaian dan penderaan seks kanak-kanak. Pengalaman antarabangsa pula menyarankan bahawa kes yang dilaporkan mungkin hanya mewakili 10% daripada jumlah kes yang berlaku.

 

 

 

 

Kanak-kanak yang terpinggir

Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Hentikan Keganasan Sekarang!

Hentikan keganasan!

Pelancaran di Malaysia*

Laporan PBB (laman web)*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children