Perlindungan kanak-kanak

Perlindungan Kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

Berita

Kehidupan benar

 

Respons UNICEF: 2005 – 2007

© UNICEF Malaysia/2005/Nadchatram

UNICEF bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk memastikan “persekitaran yang terjamin” bagi semua kanak-kanak,  bebas daripada keganasan, deraan dan diskriminasi. Kami memberi tumpuan kepada penubuhan sistem perlindungan sosial dan perundangan yang berkesan melalui (1) sokongan kepada perlindungan hak asasi kanak-kanak; (2) bantuan teknikal dan peningkatan keupayaan; (3) program di peringkat akar umbi; (4) penyebaran maklumat kepada masyarakat; dan (5) penyelidikan dan analisis yang boleh diterima pakai.

Program UNICEF di Malaysia dibentuk untuk membantu penggubal dasar dan rakan kerjasama untuk:

  • Memulakan langkah-langkah membasmi penderaan dan pengabaian kanak-kanak, eksploitasi seksual dan penyeludupan kanak-kanak, termasuk meningkatkan kesedaran di peringkat tempatan, dan peluang pendidikan dan latihan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko.
  • Menubuhkan dan memperkukuh sistem pemantauan dan laporan yang menyeluruh terhadap penderaan kanak-kanak dan eksploitasi seks di peringkat kebangsaan/negeri/daerah.
  • Memudahkan kerjasama yang berkesan dengan Kerajaan, NGO, organisasi keagamaan, universiti dan institusi penyelidikan, media dan sektor swasta untuk mengukuhkan persekitaran yang terjamin bagi kanak-kanak di Malaysia.
  • Membentuk dan menguji model program-program yang sekiranya berjaya, boleh dicontohi untuk dilaksanakan ke seluruh negara; dan
  • Meningkatkan peluang bagi mendapatkan pendidikan asas yang berkualiti dan perkhidmatan kesihatan untuk kanak-kanak dalam kalangan masyarakat yang terpinggir.

 

 

 

 

Persekitaran yang terjamin

Untuk golongan muda

Search:

 Email this article

unite for children