Rakan UNICEF

Kerjasama untuk mengubah janji kepada tindakan

 

Kerjasama untuk mengubah janji kepada tindakan

© UNICEF Malaysia/2005/Nadchatram

UNICEF sentiasa bekerja dengan pihak-pihak lain untuk menjadikan sesuatu perkara lebih baik.

Kerjasama amat penting kerana cabaran yang perlu dihadapi adalah sangat mencabar untuk diselesaikan sendirian.

Kerajaan merupakan rakan kerjasama yang paling utama. Kami bekerjasama dengan setiap individu dari Ketua Negeri dan menteri hinggalah gabenor, Datuk Bandar dan majlis komuniti.

Badan Bukan Kerajaan (NGO), baik peringkat antarabangsa mahupun kebangsaaan, kumpulan remaja, pertubuhan wanita, kumpulan agama, komuniti dan keluarga secara berkumpulannya merupakan rakan kerjasama.

Orang Muda juga terlibat secara mendalam dengan apa yang dilakukan oleh UNICEF. Apabila mereka mempunyai pendapat dalam perbahasan umum, semua orang akan mendapat faedah.

Media dan Selebriti bekerjasama dengan kami untuk membuat perubahan masa kini dan merancangnya untuk masa depan.

Penderma, menyokong pekerja dan program kami. UNICEF dibiayai keseluruhannya oleh sumbangan sukarela. Manakala, sebahagian besar dana kami diperoleh daripada pihak kerajaan, kami juga mendapat bantuan daripada pihak swasta, dan kira-kira 6 juta individu yang menyokong usaha kami. Perniagaan menyumbangkan dana atau produk serta khidmat dalam bentuk kebendaan terhadap banyak aspek kerja kami.

 

 

 
Search:

 Email this article

unite for children