Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Memperkayakan kandungan makanan boleh mengurangkan kemiskinan dan malnutrisi di Asia Timur

Pihak kerajaan digesa agar mengukuhkan tahap kandungan tepung sebagai satu amalan yang wajib.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2007 – Ancaman yang dibawa oleh malnutrisi terhadap berjuta kanak-kanak dan bayi yang masih di dalam kandungan kini semakin ketara di benua ini dengan kelahiran bayi yang cacat, pembantutan tumbesaran dan kematian. Jaringan Inisiatif Pengukuhan Kandungan Tepung (IFF) telah menggesa pihak-pihak kerajaan di Asia Timur dan juga Pasifik agar meningkatkan perlindungan dengan memperkayakan makanan-makanan ruji penduduk di benua ini dengan kandungan mikronutrien.

Kekurangan vitamin dan garam galian di dalam pemakanan telah menyebabkan badan kita terdedah kepada jangkitan dan juga penyakit. Secara global, kekurangan bahan-bahan nutrien ini telah menyebabkan kematian lebih kurang 1 juta orang kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun dan 50,000 orang wanita yang sedang mengandung dan ketika melahirkan anak, dan telah menyebabkan lebih kurang 200,000 kelahiran bayi dengan kecacatan yang serius di dalam setahun.

Di kawasan Asia Timur dan Pasifik, terdapat 22 juta orang kanak-kanak yang kurang mendapat nutrisi. UNICEF menganggarkan sebanyak 25 peratus daripada wanita-wanita yang berada di dalam lingkungan umur yang produktif dan 17 peratus kanak-kanak yang berada di bawah umur 5 tahun di China mempunyai anemia; manakala lebih daripada satu per empat daripada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun mempunyai berat badan yang kurang di Indonesia dan Vietnam, dan 38 peratus daripada wanita-wanita yang mengandung di Malaysia mempunyai anemia.

Panggilan untuk bertindak di dalam mengukuhkan kandungan makanan mula diperbincangkan di dalam bengkel pengukuhan-tepung yang pertama di benua ini, ia telah dikendalikan bersama oleh Inisiatif Pengukuhan Kandungan Tepung (suatu jaringan perkongsian awam-swasta), UNICEF dan ‘InterFlour’, iaitu salah satu syarikat pengeluar tepung gandum swasta yang terbesar di benua ini. Bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha-usaha di peringkat benua untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang positif dan pemantauan yang membolehkan pengukuhan kandungan tepung diwajibkan, di mana tepung yang merupakan salah satu makananan ruji boleh diperkayakan dengan sumber-sumber mikronutrien. Terdapat 70 orang delegasi yang mewakili industri pengeluar tepung serta pakar-pakar kesihatan umum dan pegawai-pegawai rasmi kerajaan daripada negara China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Satu sesi khas untuk membincangkan tentang pengukuhan kandungan tepung akan diadakan serentak dengan persidangan Pemakanan ASEAN yang ke-10.

“Tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah kebuluran yang tersembunyi ini serta memastikan yang semua orang akan mendapat zat-zat mikronutrien yang diperlukan di dalam pemakanan mereka melalui pengukuhan ini, kita boleh mengatasi keadaan kesihatan yang lemah, kekurangan produktiviti yang telah memerangkap ramai keluarga dan masyarakat di dalam kemiskinan,” kata Kul Gautam, Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, ketika beliau berucap di Persidangan Pemakanan ASEAN.

Nutrisi yang berkhasiat terdiri daripada diet pemakanan yang mengandungi vitamin-vitamin dan garam galian yang penting. Namun begitu, kebanyakan orang seringkali mengambil makanan yang tidak mempunyai zat yang berkhasiat yang membawa kepada kekurangan vitamin dan garam galian yang menyebabkan kesan yang amat teruk terhadap pembesaran dan perkembangan kanak-kanak dan daripada terhadap produktiviti mereka apabila dewasa kelak.

Seorang daripada empat orang di dalam dunia ini mengalami kekurangan vitamin dan garam galian di dalam pemakanan mereka. Kurangnya sebahagian daripada mironutrien ini seperti – iodin, vitamin A, zat besi, folate, dan zink – walaupun agar sukar dikesan, boleh membawa kesan yang teruk. Kekurangan mikronutrien boleh menyebabkan seseorang itu menjadi buta, kerosakan kepada otak, membawa kepada kematian bayi sejurus selepas dilahirkan, dan menjadikan seseorang itu cepat merasa penat dan kurang berupaya. Kekurangan bahan-bahan  ini boleh memberi kesan terhadap perkembangan fizikal dan kognitif seseorang.  

Mengikut ahli-ahli ekonomi, sekirannya kekurangan nutrisi tidak diatasi, ia akan memberi kesan terhadap ekonomi global yang dianggarkan berjumlah kira-kira US$180-$250 bilion dalam masa sepuluh tahun yang akan datang dari segi kerosakan mental, kerosakan terhadap sistem tahan diri, kematian ibu dan bayi dan kehilangan produktiviti dan juga perkembangan negara. Tetapi pelaburan yang diperlukan untuk mengatasi masalah ini dianggarkan hanya sebanyak $4– $5 bilion sahaja.

Makanan-makanan ruji yang diperkayakan ini telah menunjukkan bahawa ia merupakan satu cara yang mudah dan paling efektif dari segi kos untuk meningkatkan kandungan mikronutrien di dalam diet pemakanan semua orang.  Apabila terdapat kekurangan bahan-bahan nutrisi yang berleluasa dan berterusan di dalam pemakanan di kalangan penduduk, adalah tidak mustahil untuk mendapatkan kuantiti mikronutrien yang sedikit untuk pembesaran dan perkembangan yang normal dengan hanya menambahkan bahan-bahan tersebut di dalam makanan ruji yang diambil seharian.

Kejayaan di dalam kempen global untuk mengiodisasikan garam merupakan bukti yang pendekatan dengan menggunakan cara pengukuhan pemakanan mempunyai potensi, di mana ia amat bergantung kepada kerjasama di antara rakan-rakan kongsi daripada pihak awam dan swasta. Dalam masa sepuluh tahun, komitmen yang berterusan daripada industri garam dan persekitaran positif yang diwujudkan oleh pihak-pihak kerajaan, advokat-advokat kesihatan awam dan badan-badan bukan kerajaan, begitu juga pelaburan awam sebanyak 3-5 sen bagi setiap orang, ini bermakna lebih kurang dua pertiga daripada garam di negara-negara yang sedang membangun telah diiodisasikan. Dan pulangan balik daripada pelaburan ini adalah amat tinggi: Setiap tahun, 90 juta bayi yang baru dilahirkan telah dilindungi daripada kerosakan mental yang disebabkan oleh kekurangan iodin.

“Pengalaman yang didapati telah menunjukkan bahawa pengeluar-pengeluar makanan merupakan rakan kongsi yang amat penting di dalam usaha-usaha kesihatan awam untuk memperbaiki nutrisi. Sebagai agen utama pengeluaran dan pemasaran makanan, mereka boleh memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah malnutrisi,” kata Glen Maberly, Penyelaras FFI. “Tetapi untuk menjadikannya suatu realiti, kita perlu mewujudkan ruang untuk industri ini membangunkan amalan pengukuhan makanan ini agar ia menjadi suatu norma. Ini juga bermaksud bahawa pihak kerajaan perlu meletakkan undang-undang untuk menjadikannya suatu kemestian.”

“Sebagai pengeluar kandungan makanan, ia merupakan tanggungjawab dan matlamat kami untuk memberikan bahan-bahan makanan yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan kami. Kesejahteraan dan kesihatan pelanggan kami amat penting kepada kami” kata Greg Harvey, CEO Kumpulan ‘Interflour’ “Dengan meperkayakan tepung yang kami hasilkan memang merupakan langkah pertama di dalam memperbaiki status nutrisi di dalam masyarakat. Kami percaya bahawa ia merupakan satu langkah yang bagus. Kilang-kilang Kumpulan ‘Interflour’ kini sedang aktif bergiat dan melibatkan diri di dalam usaha global ini”.

Pengukuhan kandungan tepung dengan zat besi dan asid folik kini sudah menjadi amalan yang dilaksanakan dikebanyakan negara-negara yang sudah membangun, dan ia telah menyumbang kepada peningkatan mikronutrien yang mendadak di dalam pemakanan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan asid folik di dalam pemakanan, kecacatan serius yang berlaku pada bayi yang dilahirkan telah menurun sebanyak satu pertiga dalam masa lima tahun di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Chile.

Kini lebih kurang 50 buah negara telah meluluskan undang-undang untuk memperkayakan kandungan tepung bijiran. Di benua ini, Filipina, Indonesia, Australia dan Fiji telah memperkenalkan undang-undang wajib untuk mengukuhkan kandungan tepung.

Sebagai salah satu Matlamat Pembangunan Milenium, pihak-pihak kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan peratus penduduk yang kini di bawah berat badan yang sihat.  Pada tahun 2002, Persidangan PBB juga telah menetapkan sasaran-sasaran yang spesifik untuk menurunkan kekurangan vitamin dan garam galian di dalam pemakanan, termasuklah memansuhkan kekurangan vitamin A dan juga untuk mengurangkan anemia, menurunkan kekurangan zat besi pada tahun 2010.

Pengukuhan, digabungkan dengan zat-zat tambahan khas untuk wanita-wanita mengandung dan kanak-kanak, juga memperbaiki pemakanan, merupakan strategi utama untuk mencapai matlamat-matlamat ini serta pada masa yang sama memastikan berjuta-juta orang kanak-kanak dapat membesar dan mengharungi kehidupan seharian mereka dengan sihat dan juga produktif.
________________________________________

Nota kepada Pengarang:

Bengkel Pengukuhan Kandungan Tepung Benua FFI yang pertama ini untuk negara-negara di Asia dan Asia Tenggara telah dikendalikan bersama dengan Inisiatif Pengukuhan Kandungan Tepung, UNICEF dan ‘Interflour’. Untuk maklumat lebih lanjut tentang bengkel ini, sila layari laman web: http://www.sph.emory.edu/wheatflour/index.php. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Persidangan Makanan ASEAN: http://www.afc07.upm.edu.my/index.html

Inisiatif Pengukuhan Kandungan Tepung (FFI) – Pelaburan Sivik Awam-Swasta: FFI merupakan satu jaringan yang terdiri daripada individu-individu dan organisasi yang bekerjasama untuk menjadikan pengukuhan kandungan tepung oleh pengeluar-pengeluar tepung yang terbesar sebagai satu amalan piawai. Pemimpin-pemimpin kumpulan FFI telah berkomited untuk mencapai pengukuhan sebanyak 70 peratus tepung-tepung gandum yang mempunyai sekurang-kurangnya kandungan zat besi dan asid folik pada tahun 2008.

UNICEF kini berada di dalam 150 buah negara dan kawasan untuk membantu kanak-kanak meneruskan kehidupan dan membesar, daripada awal sehinggalah mereka mencapai usia remaja. Sebagai pemberi khidmat utama vaksin di Negara-negara yang sedang membangun, UNICEF memberi sokongan dari segi kesihatan dan nutrisi kanak-kanak, air dan sanitasi yang bersih, pendidikan asas yang berkualiti untuks emua kanak-kanak lelaki dan perempuan, dan perlindungan untuk kanak-kanak daripada keganasan, eksploitasi dan AIDS. UNICEF disokong sepenuhnya oleh sumbangan-sumbangan daripada individu-individu, perniagaan-perniagaan, yayasan-yayasan dan juga pihak-pihak kerajaan.

Pertanyaan Media:

Shantha Bloemen, UNICEF di Asia Timur dan Pasifik; +66 8 1906 0813, sbloemen@unicef.org

Roby Hill, Inisiatif Pengukuhan Kandungan Tepun; +1-843-406-7629, roby_rhill@bellsouth.net

Indra Nadchatram, UNICEF Malaysia; (+6) 013 366 3452, inadchatram@unicef.org

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children