HIV/AIDS

AIDS di Malaysia

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Berita

Kehidupan benar

 

Kempen Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu untuk Menentang AIDS kini beralih ke padang bola sepak

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Pemain-pemain bola sepak muda bersama Cik Gaye Phillips, Dato’ Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad dan Pengarah Pengurusan Figo En. Tang Kok Wai mempersembahkan jersi rasmi Program Bola Sepak First Touch 2007.

Oleh Indra Nadchatram

KUALA LUMPUR, 8 Januari 2007 – Kempen Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) akan beralih ke padang apabila lebih daripada 100 orang kanak-kanak perempuan dan lelaki di dalam lingkungan umur 6 sehingga 15 tahun akan memakai jersi rasmi mereka untuk Program Bola Sepak First Touch 2007.

Dimulakan pada tahun 1996 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Program Bola Sepak First Touch memberikan kanak-kanak di Lembah Kelang peluang untuk membina jati diri dan bersosial di dalam persekitaran yang selamat melalui permainan bola sepak.

Mengajar rasa hormat dan disiplin

“Bola sepak adalah sukan berkumpulan, bermaksud apabila anda mula bermain, anda mestilah melatih disiplin diri. Disiplin merupakan syarat utama. Yang kedua adalah hormat. Hormat bukan sahaja untuk ahli kumpulan tetapi juga kepada pihak lawan,” kata Timbalan Presiden FAM Dato’ Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad.

Dengan mengenalpasti ancaman HIV/AIDS terhadap kehidupan anak-anak muda, FAM bekerjasama dengan Figo Sdn. Bhd., telah memilih untuk menggunakan Program Bola Sepak First Touch 2007 untuk menyokong kempen "Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS" UNICEF. Program ini boleh mempromosikan kempen AIDS global melalui jersi bola sepak kanak-kanak dan laman web FAM dan juga dapat membuka peluang untuk memperkenalkan pendidikan HIV/AIDS kepada pemain-pemain bola sepak muda ketika klinik-klinik bola sepak yang diadakan pada setiap hujung minggu.

Di Malaysia, jangkitan-jangkitan HIV baru berganda dua kali setiap tiga tahun dengan purata 17 orang diuji positif HIV setiap hari. Daripada 74,000 orang yang telah dijangkiti di Malaysia, hampir empat puluh peratus berlaku di kalangan mereka yang berada di bawah umur 29 tahun. Sensitif terhadap budaya adalah salah satu sebab mengapa kurangnya kesedaran terhadap AIDS di kalangan anak-anak muda. Kesenyapan, kurangnya pengetahuan dan rasa puas hati juga telah menyumbang kepada penyebaran HIV/AIDS.

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Gaye Phillips: "Bola sepak membantu menyelamatkan hidup anak-anak muda".

Membantu kanak-kanak mengawal hidup mereka sendiri

Menurut Cik Gaye Phillips, wakil UNICEF ke Malaysia, bola sepak membantu kanak-kanak mengawal hidup mereka dengan memberikan mereka pengetahuan, kemahiran dan juga ruang untuk mengatasi keperitan ketika melalui proses meningkat ke alam dewasa.

“Bola sepak memberikan anak-anak muda kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi cabaran-cabaran di dalam hidup. Ia merupakan alat untuk menarik mereka jauh daripada dadah, seks tidak selamat, atau keganasan. Ia merupakan satu cara untuk memastikan yang anak-anak muda dapat membesar dengan sihat, cergas dan penuh dengan sifat jati diri. Dan, tambahan pula, ia merupakan satu cara yang menunjukkan hak untuk bermain di mana menurut Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak telah memasukkannya sebagai salah satu hak asasi kanak-kanak,” kata Cik Phillips yang juga merupakan Wakil Khas UNICEF ke Brunei dan Singapura.

"Secara ringkas, bola sepak mempunyai kuasa untuk menarik imaginasi dan minat kanak-kanak dan merupakan alat yang amat berpengaruh untuk menyelamatkan kehidupakan anak-anak muda," tambah beliau.

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS

Belajarilah bagaimana!

Pelancaran kempen di Malaysia *

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Video

Wakil UNICEF Gaye Phillips mengulas mengenai kesan HIV dan AIDS di Malaysia. 

VIDEO   Min | Max


Menentang HIV/AIDS di Malaysia

Pautan Berkaitan

Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children