Ruang Remaja

Voices of youth

The One Minutes Jr

Magic

Bersatu menentang AIDS

whatareyoudoing.net

 

Voices of youth

 

 

Voices of Youth (Suara Remaja) bermula pada tahun 1995 sebagai cara bagi lebih 3000 belia daripada 81 buah negara untuk menghantar perutusan kepada pemimpin dunia pada Persidangan Dunia bagi Pembangunan Sosial, yang diadakan di Copenhagen dalam musim bunga tahun 1995. Laman web juga dimajukan untuk merayakan Ulang Tahun UNICEF yang ke-50. Pada tahun 1995,  Voices of Youth benar-benar mendahului zamannya.  Pada tahun 1995,  UNICEF belum pun mempunyai laman web, dan Voices of Youth menghubungkan belia daripada seluruh dunia antara satu sama lain dan kepada pemimpin dunia.

Sejak  mula lagi, Voices of Youth bertujuan untuk memastikan bahawa belia dari seluruh negara boleh belajar lebih banyak lagi, bercakap lebih banyak lagi dan membuat lebih banyak lagi tentang dunia yang dihuni mereka.

Gunakan Voices of Youth untuk menggalakkan kesedaran global, kepimpinan, pembangunan masyarakat dan kemahiran pemikiran kritis anda melalui penyertaan interaktif dengan rakan sebaya dan pembuat keputusan di dunia. Cubanya sekarang! *

* Laman web "Voices of Youth" boleh didapati dalam Bahasa Inggeris sahaja.

 

 

 

 

Lakukan perubahan

Setiap lelaki dan perempuan punya hak untuk mendapat pendidikan, tetapi kini lebih dari 115 juta telah ketinggalan. Untuk mengetahui lebih lanjut.

Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children