Perlindungan daripada kemalangan dan kecederaan di kalangan kanak-kanak

Perlindungan terhadap kemalangan dan kecederaan kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

 

Perlindungan terhadap kemalangan dan kecederaan kanak-kanak

© UN Malaysia/2004/Chauly

Setiap tahun ratusan ribu kanak-kanak mati akibat kecederaan, manakala yang cedera parah juga tidak terhitung jumlahnya. Kebanyakan kecederaan ini menyebabkan hilang upaya kekal dan kerosakan otak. Kecederaan yang paling kerap berlaku adalah disebabkan oleh jatuh, terbakar, lemas dan kemalangan jalan raya. Sedihnya, kebanyakan kecederaan ini berlaku di dalam atau berhampiran dengan rumah dan hampir semuanya boleh dielakkan. Di Malaysia, kecederaan kanak-kanak telah menjadi punca utama kematian dan hilang upaya kanak-kanak, meletakkan beban berat kepada keluarga dan masyarakat.

Ekoran pembangunan bandar yang pesat di Malaysia, kesesakan jalan raya juga menyebabkan meningkatnya kemalangan jalan raya. Lebih 300,000 kemalangan jalan raya telah dilaporkan pada tahun 2004 berbanding dengan 290,000 kes pada 2003. Pada 2004 sahaja, 6,000 rakyat Malaysia kehilangan nyawa mereka di jalan raya. Kemalangan ini menyebabkan kematian kanak-kanak dan hilang upaya. Dalam beberapa kes, ia juga menyebabkan kanak-kanak menjadi yatim piatu.

 

 

 

 

UNICEF Malaysia: Aktiviti

Search:

 Email this article

unite for children