Press

Media centre

News Releases

Reporters' toolkit

Ethical guidelines

Hot topics

Children and media

Calendar 2016

Press contacts

 

“Kita Semua Istimewa”

Komitmen Sabah terhadap kanak-kanak kurang upaya

Kota Kinabalu, 10 November 2018  - Seramai lebih 500 orang kanak-kanak dengan dan tanpa kekurangan upaya, ibubapa, guru dan penjaga mengambil bahagian dalam ‘We are all special: a carnival for all’ (‘Kita semua istimewa: sebuah karnival untuk semua’) untuk mewujudkan sebuah suasana yang inklusif bagi semua kanak-kanak untuk bermain, belajar dan bergaul bersama sambil meraikan kepelbagaian dan semua jenis keupayaan. Diadakan di Perpustakaan Negeri Sabah, karnival tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA), dengan kerjasama Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS), Balai Seni Lukis Sabah, organisasi-organisasi masyarakat sivil tempatan, and UNICEF.

“Sabah komited untuk memperbaik kesejahteraan kanak-kanak kurang upaya bagi memperkasa dan memasukkan mereka sebagai peserta yang aktif dalam masyarakat,” kata YB Datuk Stephen Wong, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat. “Kami bertujuan mengadakan lebih banyak aktiviti yang inklusif di seluruh Sabah untuk meningkatkan kesedaran terhadap stigma dan diskriminasi yang dihadapi oleh kanak-kanak kurang upaya. Kami dalam misi untuk mengubah hati dan minda agar lebih menerima, menyokong dan membolehkan kanak-kanak kurang upaya.”

Karnival Inklusif untuk Semua mengikuti tema Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa 2018 yang diadakan pada 3 Disember, iaitu “memperkasakan orang kurang upaya dan memastikan pemasukan dan kesamaan.” Aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan pemasukan di Karnival tersebut termasuk pertandingan futsal, pertandingan catur, reka cipta fesyen upcycle (guna semula), bengkel seni dan kraf, bengkel muzik dan pertandingan menghias kerusi roda.

Karnival Inklusif untuk Semua di Kota Kinabalu merupakan acara pertama daripada sebuah siri acara inklusif yang akan diadakan di seluruh negeri. Lokasi-lokasi seterusnya ialah Kota Marudu, Sandakan dan Keningau pada tahun 2019. Acara-acara tersebut bertujuan untuk mempamerkan keupayaan, meningkatkan kesedaran terhadap pembinaan sebuah masyarakat yang lebih inklusif, dan memperkasakan kanak-kanak kurang upaya serta ibubapa mereka dengan membina keyakinan dan kebanggaan diri.

Pada tahun 2017, UNICEF Malaysia telah melancarkan Inisiatif #ThisAbility dan mula membina kerjasama strategik dengan pemegang amanah kerajaan, swasta dan korporat, serta komuniti. Niatnya adalah untuk mempromosikan tanggungjawab kita bersama untuk mengalamatkan ketidaksamaan, diskriminasi dan penyisihan agar kita dapat melakukan perubahan yang positif untuk kanak-kanak kurang upaya.

“Pemasukan bermaksud menghulurkan tangan kepada mereka yang paling jauh ketinggalan. Untuk terlalu lama, kanak-kanak kurang upaya telah disisihkan, ditinggalkan daripada pendidikan dan penjagaan kesihatan, apatah lagi sukan, seni dan muzik. ‘Karnival Inklusif untuk Semua’ ialah komitmen Sabah untuk mengubah suasana bagi semua kanak-kanak,” kata Marianne Clark-Hattingh, Wakil UNICEF di Malaysia. “Kami memuji kerajaan Sabah untuk komitmennya terhadap usaha menggalakkan kemasukan kanak-kanak kurang upaya.”

###

Tentang Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA)

JPKA bertanggungjawab untuk meningkatkan kemakmuran dan kemajuan kanak-kanak, anak remaja, orang kurang upaya, warga tua, keluarga dan komuniti di Sabah. Objektif-objektif utama JPKA adalah untuk memajukan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk bergantung pada diri sendiri; melahirkan sebuah masyarakat yang makmur dan bersatu; dan memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan-kumpulan sasaran. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang JPKA dan usaha jabatan tersebut, sila layari http://www.jpka.sabah.gov.my/.

Tentang UNICEF

UNICEF bergiat di antara tempat-tempat yang paling susah di dunia, untuk membantu kanak-kanak yang paling tidak beruntung di dunia. Kami bekerja untuk setiap kanak-kanak di setiap tempat di 190 buah negara dan wilayah untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk setiap orang. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang UNICEF dan usaha organisasi tersebut bagi kanak-kanak, sila layari www.unicef.org dan ikuti UNICEF di Twitter dan Facebook

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi:

Rachel Choong, UNICEF Malaysia, +6012 416 2872, rchoong@unicef.org

Mujin Durin, JPKA Sabah, +6019 530 9467, mujin.durin@sabah.gov.my

 

 

 

 
Search:

 Email this article

Donate Now

unite for children