Aktiviti digitalLAPORAN KEADAAN KANAK-KANAK SEDUNIA 2011 Bersempena Tahun Antarabangsa Remaja yang kedua, yang bermula pada 12 Ogos 2010, UNICEF telah mendedikasikan edisi 2011 laporan utama Keadaan Kanak-Kanak Sedunia untuk remaja.
UNICEF mendekati netizen untuk mencipta bicara dan melibatkan diri dalam dialog tentang remaja bersempena pelancaran edisi 2011 Keadaan Kanak-Kanak Sedunia (The State of the World’s Children) di Malaysia pada hari Khamis, 8 September. Remaja dan golongan muda khususnya dijemput untuk turut serta dengan menggunakan rangkaian media sosial dan blog yang menekankan tema Laporan: Remaja – Era Menggarap Peluang. Cetuskan inspirasi dengan meng”update” status Facebook, tweeter, blog, video dan foto anda. AKTIVITI-AKTIVITI KHAS Kempen Blogging: Saya berhak bersuara Tweetchat Remaja: Bekerjasama kearah dunia yang lebih baik AKTIVITI DIGITAL LAIN Berikut adalah beberapa perkara lain yang anda boleh lakukan sebagai aktivis digital: § Kini status Facebook anda yang mengandungi mesej bagi mempromosikan tema remaja. § Kongsi kandungan SOWC kami melalui email melalui butang di bahagian atas sebelah kanak laman web. § Cetus perbualan dalam Twitter. Sila taip #UNICEFMY pada tweet anda agar kita dapat mengikuti perbualan. § Tulis surat kepada Editor akhbar harian anda. Kami berharap bahawa bicara digital anda akan membantu kita lebih memahami kedua-dua keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh remaja di Malaysia supaya dasar dan program yang lebih baik dapat diwujudkan untuk melindungi hak 5.47 juta remaja di negara ini. Terima kasih.
Remaja di Malaysia: Aktiviti Digital |