Menyokong UNICEF

Buat perubahan. Mainkan peranan anda

Kempen

Kerjasama Korporat

Untuk memberi derma

Keadaan Kanak-kanak Sedunia

Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2007

 

Pemilihan rakan kongsi UNICEF

© UNICEF Malaysia/2005/Nadchatram

UNICEF memulakan perikatan dengan syarikat yang mempunyai agenda / program yang dikongsi bersama UNICEF, di mana ianya memberi manfaat kepada kedua-duanya dan juga memperkukuhkan lagi kekuatan setiap organisasi secara berkumpulan. Perkembangan perkongsian untuk jangka masa yang panjang adalah amat penting bagi UNICEF untuk memastikan terdapat usaha berterusan dan berkekalan untuk kanak-kanak.
 
Rakan kerjasama korporat kami menunjukkan komitmen mendalam terhadap tanggungjawab sosial dan berpandukan nilai-nilai utama yang bertepatan dengan program, advokasi dan matlamat UNICEF.  
 
Memilih rakan dan perkongsian terbaik
UNICEF menggunakan dua prinsip yang dijadikan panduan apabila mempertimbangkan sesebuah perkongsian tau kerjasama dengan seorang ahli masyarakat:

1) Rakan kongsi terbaik: Kami menganalpasti rakan kongsi terbaik dengan menilai rekod korporat yang telah menunjukkan tanggungjawab sosial korporat. UNICEF juga menjalankan kajian yang terperinci terhadap sesebuah syarikat korporat tersebut dan menyamakan maklumat ini terhadap prinsip-prinsip asas yang digunakan oleh UNICEF dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan juga terhadap objektif khas, mandat dan nilai-nilai kami.  

Kami mencari perkongsian atau kerjasama yang mempunyai entiti yang:

  • Mempamerkan tanggungjawab korporat dan kepimpinan di dalam masyarakat
  • Membuat sumbangan positif kepada masyarakat
  • Mempunyai rekod yang menunjukkan tanggungjawab sosial
  • Mempunyai imej awam dan/atau produk/perkhidmatan yang positif
  • Mempunyai sejarah yang berkomited terhadap usaha berkaitan dengan perkembangan/kemajuan
  • Mempunyai nilai kemanusian yang bertanggungjawab
  • Mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

2) Perkongsian terbaik: UNICEF akan menilai sekiranya perkongsian yang diusulkan dapat membantu kerja-kerja kami untuk kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak, perlindungan dan perkembangan kanak-kanak di dalam mencapai hak-hak mereka. 

Syarikat yang tidak mempunyai kerjasama dengan kami
UNICEF telah mengenalpasti kriteria-kriteria pengasingan yang membantu kami mengenalpasti dengan siapa kami boleh bekerjasama. Sesetengah syarikat dan perniagaan tidak dapat diterima tidak kira apa jua keadaannya. Ini termasuklah:

  • Perniagaan yang berkecimpung di dalam sektor senjata dan senjata api
  • Pengilang barang-barang mainan yang menghasilkan replika senjata yang dipasarkan kepada kanak-kanak
  • Pengilang yang menghasilkan formula bayi yang mempunyai strategi pemasaran yang melanggar Kod Antarabangsa untuk Pemasaran Gantian Susu Ibu
  • Syarikat yang menjual alkohol dan tembakau
  • Syarikat yang terlibat dengan pornografi, eksploitasi dan/atau amalan yang buruk
  • Syarikat yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
  • Syarikat yang didapati melanggar undang-undang terhadap alam sekitar.

UNICEF bersedia untuk memberi pertimbangan terhadap perkongsian dengan gabungan korporat syarikat-syarikat yang berada di dalam industri alkohol dan tembakau tetapi hanya dengan undang - undang yang terhad.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children