Kerjasama Korporat
Tiada satu organisasi yang boleh mengambil tugas untuk menyelamatkan kanak-kanak dengan sendiri. Perkara ini tiada bezanya bagi UNICEF. Kejayaan kami di dalam memenuhi keperluan kanak-kanak di Malaysia dan di seluruh dunia menjadi kenyataan adalah disebabkan oleh sokongan yang kami terima daripada individu dan syarikat yang mengambil berat tentang apa yang berlaku pada kanak-kanak, tidak kira siapa mereka dan di mana mereka berada. Bagi mereka yang ingin melihat setiap kanak-kanak mendapat peluang untuk hidup dengan kehidupan yang sihat dan bahagia, pergi sekolah untuk mendapatkan pendidikan agar mereka dapat menjadikan impian mereka satu kenyataan dan dapat membina masa hadapan yang lebih baik untuk diri mereka dan keluarga mereka. Sumbangan ihsan dapat membantu kami melindungi kehidupan kanak-kanak dan juga memberikan mereka harapan. Satu pertiga daripada sumbangan yang kami terima datang daripada sektor swasta, daripada individu dan syarikat-syarikat seperti anda yang mempunyai kepercayaan terhadap kami dan yang membantu kami melaksanakan misi kami. Terdapat pelbagai cara di mana anda boleh memberi sokongan kepada kanak-kanak melalui UNICEF, iaitu dengan memberikan kami:
Sertailah kami hari ini dan jadilah sebahagian daripada usaha-usaha berterusan dan berdedikasi yang membawa perubahan besar untuk kanak-kanak. UNICEF tidak dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Kami bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ihsan seperti anda. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
|