Sumbangan

Buat perubahan. Mainkan peranan anda

Kempen

Kerjasama Korporat

Untuk memberi derma

Keadaan Kanak-kanak Sedunia

Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2007

 

Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008

Laporan Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008 menilai keadaan kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak serta penjagaan kesihatan primer bagi ibu, bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak pada hari ini serta menunjukkan bagaimana isu-isu ini terletak di tengah-tengah kemajuan manusia.

Walaupun laporan ini mengetengahkan segala kemajuan yang telah dicapai dalam masa empat dekad yang lepas iaitu dengan menurunkan kadar kematian kanak-kanak kepada separuh, ia juga menunjukkan bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan kerana lebih kurang 26,000 orang kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia setiap hari, kebanyakannya disebabkan oleh punca-punca yang boleh dicegah. 

"Masih banyak lagi yang perlu dilakukan kerana lebih kurang 26,000 orang kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia setiap hari, kebanyakannya disebabkan oleh punca-punca yang boleh dicegah."

Dengan tarikh sasaran untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium 4 – iaitu bertujuan untuk menurunkan kadar kematian kanak-kanak sebanyak dua per tiga di antara tahun 1990 dan 2015 – semakin dekat dan kebanyakan negara masih tidak menunjukkan kemajuan yang cukup untuk mencapainya, beberapa persoalan kritikal kini muncul, terutama sekali: Bagaimana momentum terhadap para ibu, bayi-bayi yang baru dilahirkan dan kesihatan dan kesinambungan kanak-kanak dapat diperhatikan serta kemajuan dapat dipercepatkan dalam masa lapan tahun lagi? Apakah rangka-rangka kerja, strategi dan sumber-sumber yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini? Bagaimana patut setiap negara meletakkan keutamaan di dalam kesihatan para ibu, bayi-bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak?

Jalan-jalan penyelesaian yang telah terbukti

Intervensi utama yang diperlukan untuk menangani punca utama kematian kanak-kanak sudah pun terbukti dan diterima. Malahan, kajian yang telah dijalankan telah menunjukkan hanya 1 peratus sahaja daripada punca kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun tidak diketahui dan lebih kurang dua per tiga daripanya disebabkan oleh punca-punca yang boleh dicegah. Antara perkhidmatan-perkhidmatan dan amalan-amalan yang paling asas, namun begitu amat penting yang telah dikenalpasti termasuklah:

  • Pegawai kesihatan yang terlatih di penjagaan bayi-bayi yang baru dilahirkan serta ketika bersalin;
  • Penjagaan bayi yang dilahirkan kurang berat badan;
  • Menggalakkan kebersihan;
  • Pencegahan jangkitan HIV dari ibu kepada anak dan rawatan pediatrik AIDS;
  • Nutrisi yang mencukupi, terutama sekali di dalam bentuk penyusuan susu badan awalan dan penyusuan badan sepenuhnya ketika enam bulan pertama kehidupan bayi;
  • Penyusuan tambahan yang digabungkan dengan penyusuan badan secara berterusan untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi;
  • Penambahan mikronutrien untuk meningkatkan sistem imunisasi;
  • Immunisasi melalui pemberian vaksin untuk melindungi kanak-kanak daripada enam penyakit-penyakit utama yang boleh dicegah;
  • Terapi rehidrasi oral dan zink untuk melawan penyakit cirit-birit;
  • Antibiotik untuk melawan pneumonia; dan
  • Kelambu-kelambu yang telah dirawat dengan racun serangga dan ubat yang berkesan untuk mencegah dan merawat.

Menjadikan kesihatan dan kesinambungan kehidupan  para ibu, bayi kanak-kanak satu keutamaan di seluruh dunia

Laporan Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008 kini kembali kepada tema yang telah menandakan pelancaran siri laporan ini pada awal tahun 1980an: iaitu meletakkan kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak sebagai keutamaan.

Lebih dua puluh tahun yang lalu, seperti sekarang, UNICEF serta rakan-rakan agensi yang lain telah bertungkus-lumus berusaha untk menurunkan bilangan kematian kanak-kanak kepada separuh berdasarkan tarikh sasaran yang ditetapkan. Seperti dahulu, dan sekarang, ia juga mengusulkan penyelesaian yang mudah, berkesan, kos rendah, serta praktikal untuk menurunkan kadar kematian kanak-kanak dan memperbaiki kesihatan kanak-kanak. Sekarang, seperti juga dahulu, ia juga menjemput rakan-rakan kongsi dari pelbagai peringkat – daripada pemimpin-pemimpin keagamaan kepada duta muhibah, daripada Ketua negara, dari personaliti sukan kepada ahli parlimen, daripada pertubuhan profesional kpada kesatuan pekerja – agar menyertai pergerakan perkembangan dan kesihatan serta kesinambungan kehidupan kanak-kanak.

Untuk mencapai objektif ini, agensi yang mempunyai kepentingan – iaitu dari pihak kerajaan dan masyarakat, para penyumbang dan agensi-agensi antarabangsa, badan-badan bukan kerajaan dan dari sektor swasta – perlu bersatu untuk bertindak dan bekerjasama dalam menyokong kesihatan ibu dan kanak-kanak.

Kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak mestilah diletakkan di tengah-tengah usaha dari seluruh dunia untuk memastikan terdapatnya kemajuan di dalam nilai kemanusiaan.

......................................................................................

Kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak: Situasi di Malaysia

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Keadaan Kanak-kanak Sedunia Tahun 2008

Kehidupan kanak-kanak

Laman interaktif

Laporan (Penerbitan)

Statistik

Foto esei

Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Video

Januari 2008:
Wartawan UNICEF, Chris Niles melaporkan tentang program berasaskan masyarakat yang kini telah memperbaiki kehidupan kanak-kanak dan para ibu di seluruh dunia.
 VIDEO max | min

Laporan video di dalam Bahasa Inggeris.

 


Matlamat Pembangunan Milenium

Search:

 Email this article

unite for children