Sumbangan

Kerjasama Korporat

 

Kajian Setiausaha Agung PBB berkaitan Keganasan Terhadap Kanak-kanak

Setiap hari, di dalam setiap negara, kanak-kanak perempuan dan lelaki menderita dan menyaksikan keganasan.

Keganasan terhadap kanak-kanak merentasi sempadan-sempadan budaya, kelas, pendidikan, sumber kewangan dan etnik, dan berlaku di dalam persekitaran yang berlainan.

Sebahagian daripadanya dibenarkan oleh undang-undang kebangsaan dan mempunyai asas di dalam amalan-amalan budaya, ekonomi dan sosial.

Ini membawa kepada kesan-kesan yang buruk terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Ia amat jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh terus menunggu kedatangan pencegahan dan perlindungan di mana mereka mempunyai hak keatasnya.

Lima tahun dahulu, pada tahun 2001, berdasarkan penyaranan daripada Jawatankuasa Hak-Hak Kanak-Kanak, Persidangan Umum Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meminta Setiausaha Agung untuk melaksanakan satu kajian mendalam tentang keganasan terhadap kanak-kanak serta untuk memberi cadangan dan saranan bagaimana untuk bertindakbalas terhadapnya.

Seorang Pakar Bebas, Profesor Paulo Sérgio Pinheiro, telah dilantik pada bulan Febuari 2003 untuk mengetuai kajian tersebut, dengan kerjasama daripada Pejabat Suruhanjaya Hak-Hak Kemanusiaan, UNICEF dan juga Badan Kesihatan Sedunia.

Kajian Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Keganasan Terhadap Kanak-kanak merupakan suatu usaha daripada seluruh dunia untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang sebab-sebab dan tahap keganasan yang berlaku terhadap kanak-kanak, dan untuk memberi cadangan dan saranan-saranan yang jelas untuk tindakan di dalam mencegahnya dan juga bertindakbalas terhadapnya. Ini merupakan kali pertama percubaan untuk merekodkan realiti keganasan terhadap kanak-kanak di seluruh dunia, dan juga untuk memberi gambaran apa yang sedang dilakukan untuk menghentikan keganasan-keganasan yang berlaku tersebut.

Pada tahun 2003, beribu-beribu orang telah menyumbang kepada kajian ini melalui konsultasi dan juga kumpulan-kumpulan kerja, dilakukan melalui soal-selidik dan melalui lain-lain cara. Kanak-kanak dan anak-anak muda telah terlibat secara aktif di setiap peringkat.
Laporan ini telah dibentangkan kepada Persidangan Umum PBB pada 11hb Oktober 2006.

..............................................................................................

Hentikan keganasan!

Kajian Setiausaha Agung PBB berkaitan Keganasan Terhadap Kanak-kanak

Penemuan-penemuan penting

Panggilan untuk bertindak

Apa yang boleh anda lakukan

Mengatasi halangan-halangan melalui kerjasama

 

 

 

 

Kajian Berkaitan Keganasan terhadap Kanak-Kanak - Laporan-Laporan

Search:

 Email this article

unite for children