Penemuan-penemuan pentingKeganasan terhadap kanak-kanak adalah terlindung, Kajian ini memutuskan bahawa keganasan terhadap kanak-kanak berlaku di mana-mana, di setiap negara dan masyarakat serta di dalam semua kumpulan sosial. Keganasan tidak mendiskriminasi di antara negara-negara yang kaya dan miskin. Keganasan yang melampau terhadap kanak-kanak selalunya akan dipaparkan di muka hadapan akhbar tetapi kanak-kanak mengatakan bahawa setiap hari, keganasan melampau terhadap kanak-kanak mungkin akan menghiasi dada akhbar menurut kanak-kanak bahawa tindakan-tindakan keganasan dan penderaan kecil yang berulang-ulang setiap hari juga turut mencederakan mereka. Walaupun terdapat beberapa keganasan yang tidak disangka dan terpinggir berlaku, tetapi kebanyakan tindakan-tindakan yang berbentuk ganas yang berlaku kepada kanak-kanak dilakukan oleh orang-orang yang mereka kenali dan patut boleh dipercayai oleh mereka: ibu bapa, teman-teman lelaki atau teman-teman wanita, suami atau isteri dan pasangan, rakan-rakan sekolah, guru-guru dan para majikan. Keganasan terhadap kanak-kanak termasuklah keganasan fizikal, keganasan psikologi seperti kata-kata tohmahan dan memalukan, diskriminasi, terbiar dan layanan yang teruk. Walaupun akibatnya mungkin berbeza berdasarkan keadaan serta betapa teruk keganasan yang dilakukan, kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk kanak-kanak seringkali merosakkan dan membinasakan mereka. Sebagai tambahan, Laporan ini juga menunjukkan penemuan-penemuan berikut:
.......................................................................................... Kajian Setiausaha Agung PBB berkaitan Keganasan Terhadap Kanak-kanak Mengatasi halangan-halangan melalui kerjasama
Di mana keganasan berlaku Malaysia: Perlindungan Kanak-Kanak |