Panggilan untuk bertindakMenghentikan keganasan terhadap kanak-kanak sebelum ia berlaku Cabaran untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak memerlukan pendekatan daripada pelbagai bidang yang menggabungkan strategi-strategi pencegahan dan maklumbalas yang memberi fokus kepada empat “P”: Perlindungan kepada kanak-kanak, Pencegahan daripada keganasan, Penghukuman terhadap penjenayah-penjenayah dan Penglibatan kanak-kanak. Usaha-usaha untuk mencegah dan bertindakbalas terhadap keganasan mestilah komprehensif dan disesuaikan berdasarkan bentuk keganasan, persekitaran dan juga mereka yang melakukan jenayah tersebut. Tidak kira apa jenis tindakan yang akan diambil, kebajikan kanak-kanak mestilah diambil sebagai pertimbangan yang utama. Demi melakukan yang terbaik untuk kanak-kanak, Laporan Setiausaha Agung PBB menyarankan agar langkah-langkah berikut diambil: 1. Komitmen diperingkat kebangsaan dan negeri diperkukuhkan dan tindakan-tindakan diambil untuk menangani keganasan di dalam persekitaran yang berlainan, untuk memberi penjagaan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang telah menjadi mangsa, untuk meningkatkan kesedaran dan kapasiti; serta menjalankan kajian dan pengumpulan data. 2. Semua jenis keganasan terhadap kanak-kanak adalah dilarang dengan menghantar mesej yang terang kepada masyarakat bahawa apa jenis bentuk keganasan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima dan salah di sisi undang-undang serta pada masa yang sama mengukuhkah norma-norma sosial yang tidak berdasarkan keganasan. Pendakwaan dan juga intervensi yang rasmi mestilah ada untuk melindungi kanak-kanak daripada kemudaratan dan apabila dihakimi kebajikan kanak-kanak tersebut mestilah diambil sebagai pertimbangan utama. 3. Pencegahan mesti diberi keutamaan dengan memajukan rangka kerja undang-undang dan dasar yang menghalang semua bentuk keganasan secara berterusan; mencabar norma-norma sosial yang menggalakkan keganasan, dan meningkatkan kapasiti mereka yang bekerja dengan atau untuk kanak-kanak dan keluarga mereka untuk menggalakan tiada keganasan. 4. Kapasiti bagi semua yang bekerja dengan dan untuk kanak-kanak mestilah ditingkatkan secara berterusan melalui sokongan dalam bentuk sistematik dan jangka masa yang panjang, di dalam latihan pra-perkhidmatan dan juga dalam perkhidmatan di semua peringkat untuk memastikan terdapat pegawai-pegawai yang berkelayakan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk kanak-kanak. 5. Perkhidmatan-perkhidmatan pemulihan dan integrasi sosial mestilah disediakan untuk membantu mengurangkan risiko mangsa kanak-kanak disebabkan oleh keganasan agar pusingan keganasan apabila mereka dewasa kelak dapat dicegah. 6. Kanak-kanak mestilah diberi peluang untuk bersuara kerana mereka boleh memberi sumbangan yang amat penting seperti memberi gambaran keganasan yang telah berlaku kepada mereka, dan juga bentuk perkhidmatan-perkhidmatan dan lain-lain intervensi yang mereka boleh percaya dan gunakan. 7. Sistem-sistem laporan yang mesra kanak-kanak dan perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh mereka perolehi untuk membolehkan kanak-kanak bercakap dengan penuh keyakinan tentang perkara-perkara yang membimbangkan mereka atau yang menyakiti mereka. Dengan mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan yang sulit untuk kanak-kanak, termasuklah mereka yang terdedah dan lemah terhadap keganasan, mencabar konsep-konsep ketinggalan zaman seperti ibu bapa yang ‘memiliki’ anak-anak mereka. Apa yang kita ketahui sekarang tentang keganasan dalam-keluarga yang menuntut supaya kanak-kanak harus mempunyai hak-hak yang sama seperti seorang ahli keluarga dewasa dalam mendapatkan bantuan dan nasihat secara sulit. 8. Program-program mestilah bertangungjawab dan bebas dari hukuman dapat diakhiri. Proses-proses di mahkamah mestilah memastikan bahawa saksi kanak-kanak dilayan dengan penuh sensitif agar mereka tidak perlu melalui perbicaraan di mahkamah yang berlanjutan, dan juga agar ruangan diberikan kepada mereka dihormati. Tekanan yang boleh didapati daripada perbicaraan di mahkamah perlu diminimakan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian. Apabila ibu bapa atau ahli-ahli keluarga yang melakukan kesalahan keganasan tersebut, keputusan yang membabitkan intervensi rasmi dan juga pendakwaan mestilah dilakukan dengan melihat kebajikan kanak-kanak yang terbabit. Apabila pesalah tersebut merupakan kanak-kanak, tindakbalas mestilah difokuskan kepada pemulihan, dan pada masa yang sama memastikan keselamatan kanak-kanak yang telah menjadi mangsa. 9. Dimensi gender di dalam keganasan terhadap kanak-kanak perlu dibincangkan secara terbuka kerana kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki mempunyai risiko yang berlainan untuk bentuk-bentuk keganasan yang pelbagai di dalam persekitaran yang berbeza. Semua kajian yang dijalankan di dalam keganasan terhadap kanak-kanak dan di dalam strategi-strategi untuk mencegah dan bertindakbalas terhadapnya perlu direka dengan mengambil gender sebagai pertimbangan. Sebagai contoh, Kajian ini telah menunjukkan perlunya lelaki dan remaja lelaki untuk memainkan peranan yang lebih aktif dan menunjukkan kepimpinan lebih-lebih lagi di dalam usaha-usaha untuk menangani keganasan. 10. Pengumpulan data kebangsaan yang sistematik dan usaha-usaha kajian mestilah dibangunkan dan dilaksanakan kerana ia merupakan suatu yang krikital di dalam pembangunan pengetahuan dan juga memperbaiki pembangunan program. Perancangan-perancangan ini patut melibatkan kanak-kanak, ibu bapa, pembekal perkhidmatan, dan menggunakan pelbagai jenis kaedah seperti kajian temuramah, memperbaiki sistem-sistem laporan dan prosedur penyiasatan serta juga melakukan soal-selidik yang berterusan, dengan perhatian diberikan kepada kumpulan-kumpulan kanak-kanak perempuan dan lelaki yang lemah dan terdedah. .............................................................................................. Kajian Setiausaha Agung PBB berkaitan Keganasan Terhadap Kanak-kanak Mengatasi halangan-halangan melalui kerjasama
|