Menyokong UNICEF

Buat perubahan. Mainkan peranan anda

Kempen

Kerjasama Korporat

Untuk memberi derma

Keadaan Kanak-kanak Sedunia

Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2007

 

Apa yang boleh anda lakukan

Kita tidak boleh berdiam diri!
Sebarkan pesanan bahawa keganasan terhadap kanak-kanak adalah salah.

Ibu bapa / Penjaga sah kanak-kanak

  • Jadi seorang ‘role model’. Mengamalkan cara hidup yang positif serta membuat komitmen untuk menjadi ibu bapa yang tidak menggalakkan keganasan dan juga menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.
  • Pelajari bagaimana untuk mengenalpasti tanda-tanda keganasan dan penderaan terhadap anak anda, ketahui di mana ia boleh dilaporkan dan di mana anda boleh mendapatkan bantuan sekiranya ia berlaku di dalam keluarga anda.
  • Bantu anak-anak anda untuk memahami hak-hak mereka. Pastikan anak-anak anda sendiri serta rakan-rakan mereka mengetahui tentang hak-hak mereka untuk dilindungi daripada segala bentuk keganasan, dan juga mengetahui di mana mereka boleh mendapatkan nasihat dan juga membuat advokasi untuk memberi penekanan terhadap hak-hak mereka.

Orang ramai

  • Pelajari bagaimana untuk mengenalpasti tanda-tanda awal keganasan dan penderaan pada kanak-kanak dan laporkan kes-kes tersebut.
  • Jangan berdiam diri bila keganasan terhadap kanak-kanak berlaku. Menyebarkan pesanan bahawa keganasan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima dan ia membantutkan perkembangan kanak-kanak.
  • Cabar penerimaan sosial terhadap keganasan. Galakkan serta mulakan dialog-dialog di dalam masyarakat tentang keganasan terhadap kanak-kanak, libatkan ibu bapa dan aktifkan kumpulan-kumpulan di dalam komuniti anda untuk mencari jalan-jalan yang dapat menghentikan keganasan.

Media

  • Mulakan debat tentang isu-isu keganasan terhadap kanak-kanak melalui skop isu yang bersesuaian.
  • Hormat ruangan yang diberikan kepada kanak-kanak dan lindungi identiti mereka apabila membuat laporan tentang kanak-kanak yang lemah dan terdedah.
  • Berikan kanak-kanak peluang untuk meluahkan pandangan-pandangan mereka sendiri melalui media.
  • Perangi penderaan kanak-kanak melalui bahasa yang digunakan berdasarkan seksual, dan tunjukkan bahawa mereka yang dieksploitasi adalah kanak-kanak.

Anak muda

  • Pelajari bagaiamana untuk melindungi diri anda sendiri daripada penderaan dan kemudaratan serta kenalpasti situasi-situasi yang berisiko yang boleh anda cegah atau hindari.
  • Ketahui di mana anda boleh melaporkan keganasan sekiranya ia berlaku kepada anda, atau sekiranya ia berlaku kepada rakan-rakan anda ataupun jiran-jiran anda.
  • Bersuara mengenai keganasan yang telah anda alami atau telah menyaksikannya berlaku pada kanak-kanak lain atau remaja lain, agar mereka boleh dilindungi atau dibantu.

............................................................................................

Hentikan keganasan!

Kajian Setiausaha Agung PBB berkaitan Keganasan Terhadap Kanak-kanak

Penemuan-penemuan penting

Panggilan untuk bertindak

Apa yang boleh anda lakukan

Mengatasi halangan-halangan melalui kerjasama

 

 

 

 

Persekitaran yang terjamin

Malaysia: Perlindungan Kanak-Kanak

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Panduan Media - Perlindungan

Laporan mengenai kanak-kanak di bawah usia 18 tahun: 1

Laporan tentang Hak Kanak-kanak, Penderaan & Eksploitasi:

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Search:

 Email this article

unite for children