Hentikan keganasan!
Setiap hari, keganasan berlaku di dalam kehidupan berjuta-juta orang kanak-kanak di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Kanak-kanak ini terpaksa melalui kesengsaraan akibat keganasan di dalam bentuk keganasan fizikal dan psikologikal serta terbiar dan dinafikan hak-hak mereka. Kerana keganasan-keganasan tersebut seringkali dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak tersebut, ia kekal menjadi satu fenomena yang terlindung. Berjuta-juta orang kanak-kanak yang telah menjadi mangsa keganasan setiap tahun merupakan bukti bahawa seluruh dunia telah gagal melindungi mereka. Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan suatu perbuatan yang telah melanggar hak-hak mereka. Ia mungkin juga merupakan suatu halangan utama terhadap perkembangan kesihatan mereka dan juga kesejahteraan dan kestabilan di dalam masyarakat. Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) beserta rakan-rakan kami mengetahui bahawa tiada tempat bagi keganasan di dalam kehidupan kanak-kanak. Keganasan bukan sahaja menyakiti kanak-kanak secara fizikal dan emosi, ia juga boleh membunuh semangat, harapan dan juga masa depan mereka. Keganasan terhadap kanak-kanak perlu dihentikan. .............................................................................................. Kajian Setiausaha Agung PBB berkaitan Keganasan Terhadap Kanak-kanak Mengatasi halangan-halangan melalui kerjasama
Kajian Keganasan terhadap Kanak-Kanak Persekitaran yang terjamin Belajar keperluan untuk mencipta persekitaran selamat dan terjamin untuk kanak-kanak *Laman multimedia di dalam Bahasa Inggeris. Malaysia: Perlindungan Kanak-Kanak |