Lebih ramai anak-anak gadis berpendidikan sehingga ke tahap yang tinggi
Mendidik anak-anak gadis merupakan kunci utama kepada pembangunan kerana pendidikan memberikan anak-anak gadis peluang terhadap ekonomi serta memberi mereka pilihan-pilihan lain sepanjang kehidupan mereka. Di Malaysia, kadar kemasukan bagi perempuan adalah bersamaan dengan, atau melebihi, lelaki di semua peringkat persekolahan. Kadar kebolehan membaca dan menulis bagi wanita adalah sebanyak 88.1 peratus pada tahun 2004, seterusnya ia meningkat daripada 85.4 peratus pada tahun 2000 disebabkan oleh sistem pendidikan yang telah dipertingkatkan. Kemasukan anak-anak gadis di sekolah melambangkan nisbah gender negara; serta sebuah pendidikan berpatutan yang menghubungkan perbezaan gender di peringkat pendidikan rendah dan menengah. Pada peringkat tertier pula, pengambilan wanita adalah melebihi lelaki, walaupun pengambilan golongan lelaki dalam program-program Doktor Falsafah adalah lebih rendah berbanding wanita. Wanita di Malaysia lebih berkemungkinan untuk menunjukkan kecenderungan yang tinggi terhadap subjek seni serta sains dan teknologi berbanding lelaki, jika dibandingkan dengan latihan vokasional dan teknikal.
Sumber: Laporan Malaysia – Mencapai Matlamat Pembangunan Milenium, 2005 ....................................................................................Memperkasa wanita-wanita di Malaysia Lebih ramai anak-anak gadis berpendidikan sehingga ke tahap yang tinggi Penglibatan wanita di dalam bidang pekerjaan meningkat Penyertaan wanita di bidang politik masih rendah
Suara-suara Wanita - Malaysia ZAIMAH - Memberi harapan kepada wanita-wanita HIV positif CELINA - Memperkasa wanita dengan maklumat KIM THO - Rahsia seorang ibu yang berjaya NIRMALA - Pengaruh seorang guru wanita di sekolah murid lelaki PROF DR. SHARIFAH - Menjadikan hak-hak wanita suatu realiti CERITA-CERITA LAIN CASSANDRA - Bekerja bersama-sama untuk menangani HIV/AIDS Pautan yang Berkaitan |