Sumbangan

Kerjasama Korporat

 

Penglibatan wanita di dalam bidang pekerjaan meningkat

© UNICEF Malaysia/2005/Jothiratnam

Di Malaysia, penglibatan wanita-wanita di dalam bidang pekerjaan, walaupun masih rendah, telah meningkat daripada 44.7 peratus pada tahun 1995 kepada 47.3 peratus pada tahun 2004. Semakin ramai wanita-wanita kini yang terlibat di dalam sektor pekerjaan, peningkatan yang amat ketara apabila sektor perindustrian berada di tahap yang tertinggi pada tahun 1980-an.

Inisiatif-inisiatif oleh pihak Kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan terhadap laluan kepada pendidikan pada tahap yang tinggi telah membantu memberikan kekuatan kepada sejumlah peratus wanita-wanita Malaysia yang lebih besar, dan lebih banyak lagi telah diperhatikan bergerak menuju pekerjaan-pekerjaan yang berpendapatan tinggi.  Menurut statistik yang didapati daripada kajian semula Rancangan Malaysia ke-8 yang telah dilakukan pada jangkamasa pertengahan, bilangan wanita-wanita  yang telah menjadi pembuat undang-undang, pegawai-pegawai atasan dan pengurus-pengurus telah meningkat daripada 5 peratus pada tahun 2000 kepada 5.3 peratus pada tahun 2002.

Usaha-usaha untuk membuat pengiraan terhadap kerja-kerja yang tidak berbayar telah mendapati bahawa wanita-wanita menjalankan “kerja penjagaan” yang lebih tinggi (75 peratus daripada wanita berbanding dengan 24 peratus lelaki), yang berjumlah kira-kira 76 bilion ringgit, atau 12 peratus daripada  Jumlah Kasar Produk Domestik (GDP) Malaysia. Kemiskinan di kalangan rumahtangga yang diketuai wanita telah berkurangan disebabkan program-program menjana pendapatan untuk ibu-ibu tunggal dan miskin serta menyumbangkan tempat tinggal yang asas dan selamat kepada golongan yang disasarkan.

Pertambahan bilangan wanita di dalam pasaran buruh akan memerlukan mereka mengimbangi tanggungjawab mereka di tempat kerja dengan keluarga yang bersaing rapat di antara satu sama lain. Pengurusan masa yang fleksibel di tempat kerja, kemudahan-kemudahan penjagaan anak-anak yang selamat dan berkualiti tinggi serta termasuklah ‘teleworking’ yang akan menyokong penglibatan tenaga kerja wanita yang meningkat. 

Kekurangan dalam kemahiran-kemahiran pengurusan dan profesional selalunya menjadi penghalang kepada peluang-peluang untuk wanita maju kepada jawatan-jawatan profesional yang lebih tinggi. Peluang-peluang latihan pendidikan serta vokasional untuk wanita perlu untuk menggalakkan penglibatan mereka dalam lapangan-lapangan yang membawa kepada pekerjaan-pekerjaan yang berpendapatan tinggi dalam kesemua sektor. Wanita secara umumnya kekurangan kemudahan kepada maklumat pinjaman dan pasaran untuk mempertahankan perniagaan mereka.

Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Sumber Carta: Laporan Malaysia – Mencapai Matlamat Pembangunan Milenium, 2005

....................................................................................

Memperkasa wanita-wanita di Malaysia

Lebih ramai anak-anak gadis berpendidikan sehingga ke tahap yang tinggi

Penglibatan wanita di dalam bidang pekerjaan meningkat

Penyertaan wanita di bidang politik masih rendah

 

 
Search:

 Email this article

unite for children