Sumbangan

Kerjasama Korporat

 

Melibatkan lelaki untuk memperkasakan wanita

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram

Lelaki boleh memberi sumbangan yang penting untuk menghentikan diskriminasi gender. Secara global, lelaki masih terus memegang kata putus di dalam rumahtangga, di dalam ekonomi dan juga kerajaan. Sebagai tambahan, penglibatan lelaki di dalam inisiatif untuk menjadikan gender suatu kebiasaan  dan kesaksamaan gender masih rendah. Inisiatif-inisiatif seperti ini boleh dianggap sebagai ancaman kepada status dan kuasa mereka.

Dengan membuat pilihan – pilihan yang bersesuaian untuk kanak-kanak serta menyokong wanita dalam kemampuan mereka sebagai pembuat keputusan, lelaki boleh menjadi sekutu yang berkuasa dalam usaha menuju kesaksamaan wanita. Bukti menununjukkan bahawa lelaki cenderung untuk menjadi bapa-bapa “hands-on” yang lebih aktif jika mereka merasa positif terhadap diri mereka sendiri serta hubungan dengan ibu kepada anak-anak tersebut, bila mereka mempunyai sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan mereka untuk aktif melibatkan diri di dalam kehidupan anak-anak mereka, dan apabila mereka mempunyai pekerjaan.

Lelaki selalunya merupakan pembuat keputusan rumahtangga yang berkuasa, tetapi mereka sering diketepikan oleh program-program yang dapat memperbaiki keadaan untuk wanita dan kanak-kanak. Pengalaman UNICEF menunjukkan program-program yang memfokuskan terhadap lelaki memberikan cara-cara untuk menghebahkan sosialisasi gender yang positif. Program-program yang menggalakka penglibatan kedua-dua wanita dan lelaki dapat membantu meningkatkan komunikasi antara mereka dan menggalakkan pembahagian tanggungjawab penjagaan kanak-kanak yang lebih adil. Strategi lain dalam meningkatkan sokongan lelaki terhadap kesaksamaan gender melibatkan dasar-dasar yang bertujuan untuk mengagihkan semula manfaat-manfaat kepada lelaki dan wanita dengan lebih adil.

Inisiatif advokasi yang direka untuk mendidik lelaki dan wanita terhadap manfaat-manfaat kesaksamaan gender dan membuat keputusan bersama-sama dapat membantu menyemai perhubungan kerjasama yang lebih baik antara lelaki dan wanita. Bukti telah menunjukkan bahawa para bapa lebih berkemungkinan untuk menghentikan penderaan terhadap para ibu sekiranya mereka telah didedahkan kepada maklumat tentang bagaimana keganasan berdasarkan gender boleh membawa kesan kepada anak-anak mereka.

............................................................................................

Perkongsian dan kerjasama

Melibatkan lelaki untuk memperkasakan wanita

Menyokong badan-badan organisasi wanita

Peranan kerajaan di dalam menyokong keluarga-keluarga yang bekerja

 

 
Search:

 Email this article

unite for children