Sumbangan

Kerjasama Korporat

 

Menyokong badan-badan organisasi wanita

© UNICEF Malaysia/2006/Nettleton

Pertubuhan-pertubuhan wanita seringkali menjadi pemangkin yang kuat untuk membawa perubahan. Salah satu cara pendekatan yang paling penting dan paling berkesan untuk memperkasakan wanita adalah kerjasama yang dinamik sesama wanita. Jaringan-jaringan hubungan wanita yang tidak formal yang membincangkan isu-isu seperti nutrisi, pengagihan makanan, pendidikan dan perlindungan boleh membantu memperbaiki kehidupan wanita-wanita, keluarga mereka dan juga masyarakat. Dengan berdiri bersama-sama menentang diskriminasi dan memberi motivasi kepada wanita-wanita lain, kumpulan-kumpulan tersebut telah memulakan proses-proses untuk menggalakkan hak-hak anak-anak gadis serta wanita untuk generasi-generasi yang akan datang.

Kumpulan-kumpulan wanita juga memainkan peranan yang penting di dalam memberi sokongan kepada wanita-wanita yang telah dipilih untuk memasuki pejabat-pejabat politik, melaksanakan usaha-usaha advokasi mereka sendiri, dan memberi kepakaran serta mekanisma yang diperlukan untuk memajukan hak-hak wanita dan kanak-kanak. Di Afghanistan, sebagai contoh, kumpulan-kumpulan wanita telah memberikan sokongan yang amat penting di dalam menggerakkan lain-lain wanita untuk melibatkan diri di dalam pemilihan presiden dan juga parlimen serta pengawasan proses-proses pengundian. Mereka juga telah mengendalikan bengkel-bengkel untuk wanita-wanita yang telah menjadi pelarian agar mereka dapat mengetahui hak-hak mereka.

Pada masa yang sama, pergerakan-pergerakan wanita di lapangan telah menjadi tunggak kepada kesaksamaan serta memperkasa wanita di peringkat tempatan. Bukti yang didapati daripada Soal Selidik Kesihatan dan Demografik mencadangkan bahawa di sesetengah negara yang sedang membangun, kesan terhadap kuasa wanita untuk membuat keputusan kebanyakannya dapat dilihat pada peringkat masyarakat. Melihat kepada negara-negara yang sedang membangun di seluruh dunia, kajian-kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan wanita-wanita di dalam inisiatif-inisiatif masyarakat boleh membawa manfaat yang berpanjangan kepada wanita.

...........................................................................................

Perkongsian dan kerjasama

Melibatkan lelaki untuk memperkasakan wanita

Menyokong badan-badan organisasi wanita

Peranan kerajaan di dalam menyokong keluarga-keluarga yang bekerja

 

 
Search:

 Email this article

unite for children