Sumbangan

Buat perubahan. Mainkan peranan anda

Kempen

Kerjasama Korporat

Untuk memberi derma

Keadaan Kanak-kanak Sedunia

Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2007

 

Kesaksamaan di dalam rumahtangga

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram

Memastikan bahawa wanita mempunyai suara di dalam membuat keputusan rumahtangga dan juga masyarakat adalah penting untuk memenuhi hak-hak mereka dan juga hak-hak kanak-kanak. 

Menamatkan jurang perbezaan pendapatan, membuka lapangan untuk wanita mendapat pendapatan yang tinggi dan membenarkan pekerja-pekerja wanita lebih kuasa untuk membuat keputusan sememangnya akan membawa manfaat kepada kanak-kanak. Semakin ramai wanita menjadi lebih produktif di dalam ekonomi, pengaruh mereka pula akan menjadi semakin meluas. Mereka boleh membuat pilihan bukan sahaja untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk anak-anak mereka juga. Apabila wanita membawa pulang aset dan pendapatan ke dalam rumahtangga mereka, dia secara tidak langsung akan terlibat di dalam membuat keputusan tentang bagaimana pendapat tersebut akan diagihkan.

Berdasarkan sejarah, apabila wanita memegang kuasa untuk membuat keputusan, mereka memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat makanan yang secukupnya, mendapat penjagaan kesihatan yang secukupnya, dapat menamatkan persekolahan dan mempunyai peluang untuk berekreasi dan bermain. Wanita-wanita yang mempunyai pekerjaan yang memberi mereka pendapatan akan meningkatkan taraf kehidupan mereka, yang boleh membawa anak-anak mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

Hakmilik atau kawalan terhadap aset-aset serta pendapatan rumahtangga merupakan penentu yang penting terhadap pemilikan kuasa dalam rumahtangga. Memastikan bahawa wanita-wanita mempunyai peluang untuk mendapat pendapatan atau memiliki tanah, sebuah rumah dan harta benda yang lain dapat membantu menguatkan kuasa untuk berunding bagi wanita dan pengaruh dalam keputusan-keputusan rumahtangga.

Pembahagian tanah yang adil dan hak-hak kepada harta benda menunjukkan satu langkah yang amat penting di dalam melupuskan diskriminasi berdasarkan gender di peringkat rumahtangga. Untuk perubahan undang-undang mengubah kehidupan wanita dan kanak-kanak, undang-undang antarabangsa berdasarkan hak-hak asasi dan prinsip-prinsip kemanusiaan mestilah ditegakkan melebihi amalan tradisi dan undang-undang yang melebihi lelaki. Undang-undang rasmi antarabangsa yang berkaitan pemilikan harta dan hak-hak pewarisan menunjukkan satu daripada strategi-strategi di dalam meningkatkan hak-hak wanita terhadap harta dan tanah.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children