Sumbangan

Kerjasama Korporat

 

Peranan kerajaan di dalam menyokong keluarga-keluarga yang bekerja

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram

Persekitaran tempat kerja mestilah diubah untuk menghargai peranan yang dimainkan oleh kedua ibu bapa di dalam pemeliharaan anak-anak, seperti yang telah termaktub oleh artikel 18 yang didapati di dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak. Program-program serta dasar-dasar sosial harus dihebahkan untuk membolehkan wanita dan lelaki meneruskan kerja dan tanggungjawab keluarga serta menggalakkan lelaki untuk mengambil perkongsian yang sama dalam kerja-kerja rumahtangga dan penjagaan anak-anak.

Pihak kerajaan juga perlu mengambil langkah-langkah dari segi perundangan, pentadbiran dan juga kewangan untuk membina persekitaran yang kuat dan juga yang membolehkan usahawan-usahawan wanita agar dapat menyertai pasaran buruh, termasuklah memperbaiki keadaan tempat kerja; mengadakan peluang-peluang perkembangan kareer; menghapuskan jurang perbezaan gaji yang berdasarkan gender, dan, menyediakan perkhidmatan penjagaan anak-anak yang berkualiti tinggi, selamat dan berkemampuan.

Satu lagi langkah ke hadapan di dalam memastikan hak-hak wanita, ialah dengan mengadakan lebih transparensi dan ekonomi yang cekap dengan meningkatkan penggunaan peruntukan yang peka terhadap gender. Mekanisma ini mengkaji kesan perbelanjaan kerajaan dan juga peruntukan untuk wanita dan anak-anak gadis berbanding dengan lelaki dan remaja lelaki. Ia tidak memerlukan peruntukan yang berasingan untuk wanita, ataupun bertujuan untuk meningkatkan perbelanjaan terhadap program-program khas untuk wanita. Bahkan, ia membantu pihak kerajaan membuat keputusan tentang bagaimana dasar-dasar dapat di ubah, dan di mana sumber-sumber patut disalurkan semula untuk menangani kemiskinan dan juga ketidaksamaan gender.

Inisiatif-inisiatif peruntukan yang bertujuan untuk menghapuskan ketidakseimbangan gender yang fokus kepada proses-proses peringkat kebangsaan, daerah dan juga kawasan mungkin boleh meliputi peruntukan tersebut secara keseluruhan ataupun sebahagian sahaja. Ia boleh dilaksanakan melalui kerajaan ataupun oleh Kementerian Kewangan bersama-sama dengan Kementerian Hal Ehwal Wanita atau lain-lain cawangan kerajaan yang berkaitan dengan kebajikan sosial, atau oleh badan-badan bukan kerajaan dan penyelidik-penyelidik bebas.

.........................................................................................

Perkongsian dan kerjasama

Melibatkan lelaki untuk memperkasakan wanita

Menyokong badan-badan organisasi wanita

Peranan kerajaan di dalam menyokong keluarga-keluarga yang bekerja

 

 
Search:

 Email this article

unite for children