Perkongsian dan kerjasama
Diskriminasi gender mestilah dihapuskan untuk memastikan bahawa kanak-kanak dapat mencapai potensi mereka sepenuhnya dan juga agar mereka dapat membesar di dalam keluarga dan masyarakat di mana mereka dapat berkembang maju. Dunia yang bebas daripada diskriminasi mungkin kelihatan seperti sebuah impian yang agak mustahil, tetapi ia masih sebuah impian yang boleh dicapai. Pada dasarnya, matlamat utama kesaksamaan gender memanggil kepada perubahan di dalam sikap dari segi sosial dan juga daripada institusi berdasarkan prinsip-prinsip kesaksamaan dan juga hormat kepada hak-hak kemanusiaan. Untuk mencapai perubahan di peringkat tempatan, di dalam masyarakat dan juga rumahtangga, ia memerlukan tindakan yang dapat dilakukan bersama serta beransur-ansur oleh beberapa pemain utama, termasuklah lelaki dan remaja lelaki, para suami, para pengundi, guru-guru, pemimpin-peminpin keagamaan dan sivik, pihak media, sektor swasta serta wanita-wanita dan anak-anak gadis sendiri. Tindakan-tindakan yang diambil di peringkat tempatan perlu digalakkan dan diperkukuhkan oleh pihak kerajaan yang mempunyai peranan yang amat penting di dalam membentuk, melaksana dan menguatkuasa program-program dan undang-undang yang bersesuaian di mana ia akan melindungi serta memajukan hak-hak wanita dan anak-anak gadis. Setiap seorang yang berdebat agar wanita mendapat peluang yang sama di dalam membuat keputusan, setiap masyarakat yang meminta agar anak-anak gadis dapat mengikuti persekolahan, dan setiap kerajaan yang berdedikasi di dalam memastikan bahawa keganasan, penderaan, eksploitasi dan diskriminasi terhadap wanita tidak mempunyai tempat di dalam masyarakat, di mana ia akan membawa kita satu langkah ke hadapan di dalam mencapai kesaksamaan gender yang hasilnya merupakan imbuhan berganda yang dapat dinikmati oleh generasi wanita-wanita serta kanak-kanak yang akan datang. ...................................................................................... Melibatkan lelaki untuk memperkasakan wanita Menyokong badan-badan organisasi wanita Peranan kerajaan di dalam menyokong keluarga-keluarga yang bekerja
Suara-suara Wanita - Malaysia ZAIMAH - Memberi harapan kepada wanita-wanita HIV positif CELINA - Memperkasa wanita dengan maklumat KIM THO - Rahsia seorang ibu yang berjaya NIRMALA - Pengaruh seorang guru wanita di sekolah murid lelaki PROF DR. SHARIFAH - Menjadikan hak-hak wanita suatu realiti CERITA-CERITA LAIN CASSANDRA - Bekerja bersama-sama untuk menangani HIV/AIDS SOWC 2007: Wanita & Kanak-Kanak Video: Kesedaran tentang Hak-hak* Kesaksamaan Gender: Gambaran Keseluruhan* * Laman web di dalam Bahasa Inggeris |