Wanita di Malaysia
Memperkasa Wanita-Wanita di Malaysia Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasa wanita adalah perlu untuk mencapai pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Hari ini, anak-anak gadis dan wanita masih terus menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di mana wanita melepasi lelaki dari segi kemasukan dan juga pencapaian akademik di dalam pelbagai situasi. Wanita-wanita di Malaysia juga kini terlibat dengan lebih aktif di dalam politik dan lain-lain inisiatif di peringkat kebangsaan. Iltizam serta tekad yang telah diberikan oleh Malaysia terhadap kemajuan wanita-wanita dapat dilihat dengan jelas melalui program-program serta dasar-dasar yang telah dilaksanakan dalam masa dua dekad yang lepas.
Pihak Kerajaan masih terus memainkan peranan yang penting di dalam menyokong untuk mencapai lebih kesaksamaan gender dalam negara ini, dengan menyediakan persekitaran yang sihat untuk memajukan wanita-wanita dalam arena kebangsaan dan juga antarabangsa. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertanggungjawab di dalam mengetengahkan isu-isu wanita di Malaysia telah diberikan peruntukan di mana ia telah ditingkatkan daripada RM 1.8 juta (US$ 0.5 juta) pada tahun 2001 kepada RM 30.5 juta (US$ 8.6 juta) pada tahun 2005, dan ia membuktikan bahawa negara ini amat serius di dalam komitmennya terhadap isu-isu wanita. Cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi pada masa hadapan yang patut diambil kira termasuklah: mengetengahkan isu-isu seperti kemiskinan yang berterusan bagi rumahtangga di mana wanita merupakan ketua keluarga; menentang keganasan terhadap wanita; meningkatkan keberkesanan strategi-strategi yang mengutamakan gender; mengurangkan risiko daripada dijangkiti HIV; menghapuskan halangan-halangan yang disebabkan oleh sikap yang boleh membawa kesan kepada pembinaan kapasiti; serta meningkatkan tahap penglibatan wanita di dalam pasaran buruh, perniagaan dan di dalam politik termasuklah kerajaan. Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat .................................................................................... Lebih ramai anak-anak gadis berpendidikan sehingga ke tahap yang tinggi Penglibatan wanita di dalam bidang pekerjaan meningkat Penyertaan wanita di bidang politik masih rendah
Suara-suara Wanita - Malaysia ZAIMAH - Memberi harapan kepada wanita-wanita HIV positif CELINA - Memperkasa wanita dengan maklumat KIM THO - Rahsia seorang ibu yang berjaya NIRMALA - Pengaruh seorang guru wanita di sekolah murid lelaki PROF DR. SHARIFAH - Menjadikan hak-hak wanita suatu realiti CERITA-CERITA LAIN CASSANDRA - Bekerja bersama-sama untuk menangani HIV/AIDS SOWC 2007: Wanita & Kanak-Kanak Video: Kesedaran tentang Hak-hak* Kesaksamaan Gender: Gambaran Keseluruhan* * Laman web di dalam Bahasa Inggeris Pautan yang Berkaitan |