Sumbangan

Kerjasama Korporat

 

Menikmati imbuhan berganda hasil daripada kesaksamaan gender

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram

Sekarang adalah masanya.
Menghapuskan diskriminsai gender boleh menghasilkan imbuhan berganda, memenuhi hak-hak wanita dan bergerak maju ke hadapan di dalam merealisasikan hak kanak-kanak jua. Dengan usaha yang dilakukan bersama-sama, kemajuan yang boleh dilihat, berdasarkan hormat, hak-hak kemanusiaan universal dan peluang yang saksama, boleh dilakukan untuk mengubah sikap-sikap, kelakuan, adat, undang-undang, institusi dan amalan di dalam masyarakat yang berbentuk diskriminasi.
Pendidikan: Memastikan kanak-kanak perempuan dan lelaki mendapat peluang pendidikan yang sama merupakan satu langkah yang penting di dalam perjuangan menentang disrkiminasi gender. Kunci tindakan utama termasuklah menghapuskan yuran persekolahan, menggalakkan ibubapa dan masyarakat melabur di dalam pendidikan kanak-kanak perempuan, dan membina sekolah yang bersesuaian untuk perempuan di mana ia adalah selamat. Kurikulum sekolah juga mestilah menekankan kepentingan kesaksamaan gender baik untuk guru-guru mahupun pelajar-pelajar, dan juga membincangkan tentang kelebihan yang selalu diberikan kepada lelaki di dalam kelas. Salah satu cara untuk membantu menghapuskan kelebihan yang diberikan kepada lelaki ialah dengan meningkatkan bilangan guru-guru wanita di dalam kelas.

Menumpukan perhatian pada sumber-sumber tambahan untuk mencapai kesaksamaan gender: Sebagai tambahan kepada undang-undang yang bersesuaian, kajian-kajian yang kuat dan dasar-dasar yang berani, pelaburan yang cekap dan adil merupakan tunggak utama di dalam menghapuskan diskriminasi gender dan memenuhi hak-hak wanita dan kanak-kanak. Ini kerana kesaksamaan gender merentasi segala yang tertera di dalam Matlamat Pembangunan Milenium (MDG), meneliti kos-kos dalam mencapai MDG 3 – menghebahkan kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita – telah dibuktikan sukar. Tetapi menyalurkan sumber kewangan dengan betul hanyalah langkah pertama. Wang haruslah digunakan pada jalan yang betul, dan ianya mestilah diintegrasikan dengan perancangan dan kewangan kerajaan semasa, termasuklah selari dengan kertas-kertas strategi pengurangan kemiskinan serta proses – proses perancangan yang lain.

Menyamakan lapangan dalam perundangan kebangsaan: Undang-undang boleh menjadi strategi yang berkuasa dalam memperjuangkan hak-hak wanita dan gadis serta melindungi hak-hak mereka. Tindakan yang komprehensif diperlukan untuk menghalang dan memberi tindak balas terhadap keganasan rumahtangga dan keganasan berdasarkan gender serta hak pewarisan mewakili satu daripada kebanyakan strategi langsung untuk meningkatkan hak-hak wanita kepada harta dan tanah. Yang paling utama, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang sekarang, membincangkan undang-undang yang mendiskriminasikan terhadap wanita dan memastikan keadilan yang saksama serta perlindungan undang-undang untuk wanita dan kanak-kanak.

Kuota untuk menggalakkan penglibatan wanita di dalam arena politik: Kuota merupakan kaedah yang telah terbukti di dalam memastikan wanita dapat memasuki arena politik. Secara keseluruhan, daripada 20 buah negara di dunia ini yang mempunyai lebih ramai wanita di dalam parlimen, 17 menggunakan salah satu bentuk sistem kuota. Untuk lebih berkesan, namun begitu, kuota mestilah disokong oleh pihak-pihak ahli politik dan sistem pengundian yang beriltizam untuk menggalakkan penglibatan wanita di dalam politik dan kerajaan.

Wanita memperkasakan wanita: Pergerakan wanita-wanita di lapangan telah memperjuangkan kesaksamaan dan memperkasakan wanita, tetapi mereka kadangkala tidak disedari oleh pihak-pihak kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa. Penglibatan wanita pada peringkat awal pembentukan dasar boleh membantu di dalam memastikan program-program yang direka adalah berdasarkan keperluan wanita dan kanak-kanak.

Melibatkan lelaki dan remaja lelaki: Lelaki boleh menjadi pihak bersekutu yang kuat di dalam perjuangan terhadap kesaksamaan wanita. Inisiatif-inisiatif advokasi yang telah direka untuk mendidik wanita dan lelaki tentang manfaat-manfaat kesaksamaan gender dan juga perkongsian di dalam membuat keputusan boleh membantu menyokong hubungan kerjasama di antara mereka. Pengalaman UNICEF menunjukkan bahawa program-program yang menggalakkan penglibatan daripada wanita dan lelaki boleh membantu meningkatkan perhubungan di antara mereka dan juga menggalakkan pembahagian tanggungjawab penjagaan anak-anak yang sama rata.

Memperbaiki kajian dan data: Walaupun soal-selidik seperti Soal Selidik Kesihatan dan Demografik dan Soal Selidik Petunjuk yang Pelbagai adalah kaedah-kaedah yang berkesan untuk memberikan maklumat yang mendalam tentang aspek-aspek situasi wanita dan anak-anak gadis, namun bgeitu kajian dan data di lapangan ini masih berkurangan.  Kurangnya statistik yang mempunyai maklumat berasingan berdasarkan jantina selalunya memberikan keputusan bukti kuantitatif yang lemah terhadap isu-isu yang memberi kesan kepada wanita dan, seterusnya kepada kanak-kanak. Kajian data dan analisis yang lebih baik amat diperlukan, lebih-lebih lagi di dalam lapangan seperti kadar kematian ibu-ibu mengandung, keganasan terhadap wanita, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, pekerjaan yang tidak dibayar serta masa yang telah digunakan, dan penglibatan di dalam politik.

Perkongsian yang berkesan, yang melibatkan pihak kerajaan, penyumbang dan agensi-agensi antarabangsa, boleh menyokong proses ini melalui pembentukan dan juga pelaksanaan strategi-strategi pembangunan berdasarkan hak-hak kemanusiaan. Untuk wanita, lelaki, dan untuk kanak-kanak, masa untuk meletakkan usaha kita adalah sekarang.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children