Kesaksamaan di dalam politik dan juga kerajaan
Penglibatan wanita di dalam arena politik merupakan objektif Milenium tersendiri. Memperkasakan wanita di dalam arena politik mempunyai potensi untuk membawa perubahan di dalam masyarakat. Penglibatan mereka di dalam badan-badan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan juga tempatan boleh membawa kepada dasar-dasar dan undang-undang yang memfokuskan kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga. Tetapi walaupun halangan-halangan untuk menyertai parliman-parlimen peringkat kebangsaan dan tempatan telah pun dihapuskan hampir di setiap negara, ia masih tidak mencukupi untuk memberikan keseimbangan gender di dalam pentadbiran. Walaupun ruangan dan proses-proses politik telah terbuka, bilangan wanita di dalam jawatan-jawatan yang boleh membuat keputusan masih tidak meningkat secara otomatik. Pada permulaan zaman kanak-kanak, wanita menghadapi diskriminasi yang berbeza daripada peringkat bawahan pendidikan kepada gaya sosial semasa yang meragui kecekapan mereka sebagai pembuat keputusan. Diskriminasi ini, termasuklah beban kerja wanita yang jauh lebih berat, tidak menggalakkan serta menghalang wanita daripada menyertai politik serta meninggalkan kurang masa dan tenaga untuk kehidupan umum. Kerajaan, dengan kerjasama pertubuhan wanita dan parti politik, mempunyai peranan yang penting dalam menyokong kuasa politik wanita. Mereka melakukannya dengan menyokong isu-isu yang sensitive terhadap gender di kalangan pegawai atau menubuhkan forum-forum dasar yang komprehensif, seperti kementerian wanita dan biro-biro. Sungguhpun begitu, pandangan serta tindakan terhadap gender yang berubah dalam kerajaan dan politik, walaupun berjaya, harus disusuli dengan sumber-sumber yang bersesuaian termasuklah kemahiran-kemahiran yang sepatutnya. Penglibatan wanita di dalam badan perundangan negara, kerajan tempatan dan proses-proses keamanan bukan sahaja dapat merubah keadaan politik semasa – ia juga merubah masa depan, memandangkan dengan adanya wanita di dalam arena politik juga akan mengubah pandangan masyarakat terhadap wanita dan gadis dan peranan mereka di dalam membuat keputusan.
Suara-suara Wanita - Malaysia ZAIMAH - Memberi harapan kepada wanita-wanita HIV positif CELINA - Memperkasa wanita dengan maklumat KIM THO - Rahsia seorang ibu yang berjaya NIRMALA - Pengaruh seorang guru wanita di sekolah murid lelaki PROF DR. SHARIFAH - Menjadikan hak-hak wanita suatu realiti CERITA-CERITA LAIN CASSANDRA - Bekerja bersama-sama untuk menangani HIV/AIDS SOWC 2007: Wanita & Kanak-Kanak Video: Kesedaran tentang Hak-hak* Kesaksamaan Gender: Gambaran Keseluruhan* * Laman web di dalam Bahasa Inggeris |