Sumbangan

Buat perubahan. Mainkan peranan anda

Kempen

Kerjasama Korporat

Untuk memberi derma

Keadaan Kanak-kanak Sedunia

Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2007

 

Kesaksamaan di dalam pekerjaan

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram

Walaupun terdapat banyak kemajuan beberapa dekad yang terdekat kini dengan melibatkan wanita di dalam lapangan kerja, tetapi keadaan pekerjaan di mana wanita-wanita ini bekerja masih kurang maju, seperti mengenalpasti kerja-kerja yang tidak dibayar dengan sepatutnya, menghapuskan amalan-amalan diskriminasi dan undang-undang berkaitan dengan harta benda serta memberikan sokongan terhadap penjagaan anak-anak.

Memastikan wanita dan lelaki mempunyai peluang yang sama untuk menjana dan menguruskan  pendapatan rumahtangga, merupakan satu langkah yang penting di dalam merealisasikan hak-hak wanita. Tambahan pula, hak kanak-kanak akan dapat dicapai apabila wanita dapat menikmati hak-hak sosial dan ekonomi mereka.

Salah satu strategi yang penting untuk memastikan remaja lelaki dan perempuan akan mendapat peluang yang sama untuk meraih pendapatan sebagai orang dewasa adalah dengan memberikan mereka peluang pendidikan yang sama rata. Semua sektor masyarakat, terutama sekali sektor kerajaan dan juga ibubapa mesti bekerjasama untuk memastikan kesemua sekolah adalah ‘bersesuaian untuk perempuan’ melalui beberapa langkah termasuklah kemudahan-kemudahan di sekolah adalah selamat daripada keganasan berdasarkan gender; memastikan sekolah-sekolah mempunyai tandas yang berasingan untuk perempuan; dan, membenarkan orang dewasa yang telah berkahwin serta ibu dan bapa yang tidak berkahwin untuk menghadiri kelas-kelas.

Ia juga adalah penting untuk melaksanakan dasar-dasar yang bertujuan untuk menukar sikap yang stereotaip terhadap wanita di tempat kerja, membincangkan faktor-faktor dalaman termasuklah pengasingan sektor dan pekerjaan, serta kurangnya pendidikan dan latihan. Pihak kerajaan patut mengambil langkah-langkah perundangan, pentadbiran dan juga kewangan untuk memberikan persekitaran yang kuat serta menyokong penglibatan dan juga perniagaan wanita di dalam pasaran buruh, termasuklah memperbaiki keadaan tempat kerja; memberi peluang untuk memajukan kerjaya; menghapuskan jurang pendapatan berdasarkan gender; dan, memberikan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, selamat dan juga berkemampuan.

Satu lagi langkah ke hadapan di dalam memastikan hak-hak wanita, ketelusan orang awam yang lebih besar dan keseimbangan ekonomi ialah melalui penggunaan peruntukan sebagai maklumbalas terhadap gender. Inisiatif peruntukan yang bertujuan untuk menyingkirkan ketidakadilan gender khusus kepada proses-proses kebangsaan, daerah dan masyarakat mungkin meliputi peruntukan keseluruhan ataupun sebahagian daripadanya.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children