Sumbangan

Kerjasama Korporat

 

Hak-hak wanita dan juga kanak-kanak

© UNICEF Malaysia/2005/Jothiratnam

Status wanita dan kesejahteraan kanak-kanak berkait-rapat antara satu sama lain. Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) merupakan alat yang melindungi hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas wanita. Perjanjian tersebut telah diangkat oleh Perhimpunan Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1979, Konvensyen terhadap Hak-Hak Kanak-Kanak (CRC), yang memberi perhatian terhadap hak kanak – kanak yang tidak dapat dinafikan, diikuti oleh satu dekad selepas itu.

Kedua-dua konvensyen tersebut merupakan perjanjian yang berkait-rapat antara satu sama lain, di mana ia menghubungkan masyarakat  agar dapat bergerak maju terhadap hak-hak asasi manusia. Dengan setiap satunya menjelaskan tentang hak-hak khusus yang tidak boleh dibeza-bezakan berdasarkan umur, jantina, kelas ekonomi atau kewarganegaraan. Kedua-dua perjanjian ini melengkapi antara satu sama lain, melengkapi seruan mereka dalam hak-hak dan tanggungjawab yang khusus serta memenuhi jurang-jurang yang penting yang mungkin wujud sekiranya masing-masing dibangunkan secara sendirian.

Walaupun kedua-dua perjanjian tersebut telah menerima penghebahan yang meluas, CEDAW telah melalui jalan yang penuh berliku di dalam mencapai penerimaan dan persetujuan. Sesetengah negara yang telah sedia menerima konsep bahawa kanak-kanak mempunyai hak-hak tidak begitu bersedia untuk menerima bahawa wanita juga mempunyai hak. Manakala 184 buah negara yang lain adalah memihak kepada CEDAW, terdapat beberapa buah negara yang telah menghantar persetujuan tetapi masih mempunyai kesangsian terhadap beberapa artikel di dalam CEDAW. Malahan, CEDAW mempunyai bilangan kesangsian yang paling tinggi di antara lain-lain perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang menunjukkan bahawa terdapat tentangan terhadap hak-hak wanita di seluruh dunia.

 

 

 

 

Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW)

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC)

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children