Sumber

Penerbitan

Pusat Penyelidikan UNICEF Innocenti

Surat berita

Esei foto

Video

Radio

 

Pusat Penyelidikan UNICEF Innocenti

Pusat Penyelidikan Innocenti UNICEF (UNICEF Innocenti Research Centre) di Florence Itali, diasaskan pada tahun 1988 untuk mengukuhkan keupayaan penyelidikan UNICEF dan menyokong perjuangannya terhadap kanak-kanak di seluruh dunia.

Pusat ini yang dahulunya dikenal sebagai Pusat Pembangunan Kanak-kanak Antarabangsa (International Child Development Centre) yang tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan pemahaman antarabangsa terhadap isu yang berhubung dengan hak asasi kanak-kanak, untuk menggubal dasar ekonomi yang mengemukakan perjuangan demi kepentingan kanak-kanak dan membantu memudahkan pelaksanaan penuh Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu tentang Hak Asasi Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Child) dalam negara perindustrian dan negara membangun.

Pusat ini mengeluarkan banyak penerbitan yang menyumbang kepada perdebatan global tentang isu kanak-kanak dan termasuk banyak pandangan yang diberikan. Sila lawat Pusat Innocenti UNICEF bagi mendapatkan senarai lengkap penerbitan.

Sila ambil perhatian bahawa penerbitan yang didapati di Pusat Innocenti UNICEF hanya dalam Bahasa Inggeris, Perancis atau Sepanyol.

 

 

 

 

Bacaan yang Dicadangkan

General Comments of the Committee on the Rights of the Child, 2006 ι Baca (pdf 990kb)


Search:

 Email this article

unite for children