Kehidupan benar

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Bumi kesayangan saya

© Ihsan dari Julianna Lim Abdullah
Bakal karyawan negara, Shanelle Alayna (9) bersama dengan adik lelakinya, Shane Iskandar (7).

Literasi merupakan hak asasi setiap kanak-kanak. Apabila seorang kanak-kanak dapat membaca dan menulis, mereka juga boleh berkongsi pendapat, luahan, harapan serta aspirasi mereka, bukan untuk diri mereka sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan sebaya dan juga dunia di mana mereka duduki. Sempena meraikan Hari Literasi Sedunia 2008, UNICEF amat berbangga untuk berkongsi luahan hati serta harapan seorang gadis kecil yang berumur 9 tahun dari Malaysia, Shanelle Alayna.

GEORGETOWN Pulau Pinang, September 2008 - “Saya adalah Shanelle. Saya berumur 9 tahun. Hobi saya adalah menonton televisyen. Kegemaran saya waktu lapang adalah untuk melayari internet dan menulis puisi. Saya kini sedang menulis sebuah lagi puisi dan juga novel saya yang pertama. Harapan saya adalah agar semua orang dapat memberikan penyusuan susu ibu kepada bayi-bayi mereka. Saya berharap agar tiada lagi peperangan. Saya berharap agar tiada lagi jenayah. Saya berharap agar haiwan-haiwan tidak pupus. Saya berharap agar produk-produk formula juga akan pupus. Saya berharap agar dunia ini menjadi suatu tempat yang lebih bersih.”

Bumi Kesayangan Saya

Bumi,
Dipenuhi dengan keindahan dan alam semulajadi
Daun-daun hijau yang menghasilkan udara
Dengan bunga-bunga mengelilingi kita.

Bumi,
Sedih sekali bila perang berlaku
Manusia hidup dalam ketakutan
Manusia membunuh sesama manusia
Manusia mati disebabkan kerakusan semua ini.

Bumi,
Diharap agar peperangan tidak memusnahkan dunia kita
Kita bersedih terhadap semua kematian
Terutama sekali bayi dan kanak-kanak yang terbunuh
Kita rasa kesengsaraan mereka di negara yang telah musnah.

Bumi,
Teknologi masa hadapan kini muncul
Sesetengah merasakan teknologi itu hebat
Tetapi apa yang diperlukan adalah keseimbangan
Di antara teknologi dan pemeliharaan alam sekitar.

Bumi,
Sesetengah haiwan akan pupus
Seperti penyu, harimau, beruang dan panda
Marilah kita membantu penduduk dunia untuk berfikir
Belajar bertanggungjawab kerana ianya dunia mereka jua.

Bumi,
Ianya bak rumah cantik yang tiada tandingannnya
Ianya masih belum terlambat untuk kita bertindak dan menyumbang
meninggalkan dunia untuk warisan anak-anak kita
yang penuh dengan keajaiban, keraian dan kemewahan.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 
Search:

 Email this article

unite for children