Galakkan untuk anak-anak Orang Asli yang pra sekolah yang menetap di kawasan pedalaman Malaysia
Oleh Steve Nettleton Ia juga merupakan tempat tinggal tradisional Orang Asli, atau ‘orang asal’, iaitu penghuni asli di Malaysia. Perkampungan Kampung Peta merupakan penempatan Orang Asli yang terletak paling jauh di kawasan pedalaman di daerah selatan negeri Johor. Namun begitu penghuninya kebanyakannya etnik Jakun, tidak hidup di dalam keadaan yang terasing. Para pelancong sering melakukan lawatan dan pihak kerajaan juga telah membantu memberikan penduduk-penduduk kampung tersebut dengan pusat-pusat komuniti, sebuah sekolah rendah dan juga sebuah perpustakaan. Keinginan belajar Tinah Jala (32) membesar di Kampung Peta dan kini bekerja sebagai seorang guru di satu-satunya pra-sekolah yang terdapat di perkampungan ini. Dia berkata bahawa perasaan tidak ingin berjauhan – baik dari segi fizikal mahupun budaya – telah menghalang kebanyakan kanak-kanak etnik Jakun dari menghadiri sekolah.
“Bagi saya, ianya disebabkan oleh persekitaran yang terletak jauh di peadalam dan ketiadaan ‘role model’,” terang Tinah. “Oleh itu kanak-kanak akan memilih untuk bermain berbanding dengan pergi ke sekolah. Tetapi situasi pendidikan di sini sekarang adalah berbeza berbanding dengan sebelum ini. Orang ramai kini memikirkan tentang pendidikan.” Kadar keciciran untuk Orang Asli telah menurun secara mendadak dalam masa 15 tahun yang lepas; namun begitu, masih terdapat sebanyak 80 peratus daripada anak-anak orang asli yang masih tidak menghabiskan sekolah menengah. Kebanyakan dari mereka mula mempelajari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah tetapi jauh ke belakang berbanding dengan pelajar-pelajar lain yang seusia mereka. Memperluaskan peluang Bersama UNICEF dan rakan kongsi korporat iaitu ING, Kementerian Pembangunan Luar Bandar kini sedang berusaha untuk mempertingkatkan peluang untuk kanak-kanak di Malaysia untuk mendapatkan pendidikan bermula dengan pra-sekolah. Program ‘Mencapai dan Mambaca’ ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak memahirkan diri di dalam enam komponen pembelajaran utama iaitu: bahasa dan komunikasi, pembangunan kognitif, rohani dan moral, pembangunan sosial-emosi dan kreativiti. Kemahiran bahasa adalah ditekankan, kerana ia membolehkan kanak-kanak membangunkan keupayaan mereka untuk berfikir, memahami konsep-konsep, menggunakan imaginasi dan juga dapat berkomunikasi dengan lebih efektif. Program Mancapai dan Membaca kini sudah melibatkan lebih kurang 2,400 orang kanak-kanak yang mempunyai permasalahan di dalam pembelajaran di sekitar kawasan pedalaman di seluruh Malaysi, dan memberikan latihan khas kepada lebih kurang 300 orang guru pra-sekolah. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Video Wartawan UNICEF Steve Nettleton melaporkan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran literasi untuk pra sekolah kanak - kanak Orang Asli di Malaysia. Laporan video di dalam Bahasa Inggeris. Pendidikan di dalam Hak Asasi Manusia - Sumber Kisah benar: Malaysia Berita 19 Ogos 2008: 26 Jun 2008: 12 Jun 2008: 20 November 2007: 25 Julai 2007: 28 April 2005: |