Coretan Hidup

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Para advokat kini berusaha ke arah perlindungan penyusuan susu ibu untuk wanita di Malaysia

© Gambar ihsan dari Cheah Yew Hew
Advokat penyusuan susu ibu seperti Dr Safurah Jaafar dan Siti Norjinah Moin sedang bekerja keras untuk memastikan program dan perkhidmatan sedaia ada untuk melindungi dan menggalakkan penyusuan susu ibu untuk manfaat kanak-kanak dan wanita di Malaysia.

Oleh Jeswan Kaur

KUALA LUMPUR, 31 Julai 2008 – Penyusuan susu ibu merupakan satu isu yang serius bagi presiden dan pengasas Persatuan Penyusuan Susu Ibu Malaysia, Siti Norjinah Moin, yang telah menyusu kesemua anaknya. Kerja keras ibu kepada lima orang anak ini selama tiga dekad agak kabur memandangkan terdapatnya penurunan amalan penyusuan susu ibu di negara ini.

“Apabila persatuan ini dimulakan pada tahun 1974, memang sukar untuk mendidik orang ramai tentang manfaat-manfaat yang dibawa oleh penyusuan susu ibu. Sehingga pada tahun 1981, ia kelihatan seolah-olah penyusuan susu badan semakin menurun dan mendatar kerana tidak ramai doktor dan jururawat yang telah dilatih tentang topik ini. Penyusuan susu ibu bukanlah keutamaan bagi mereka,” kata Siti Norjinah (59).

"Hanya 14.5 peratus bayi di Malaysia telah diberikan susu ibu sepenuhnya pada usia enam bulan ke bawah pada tahun 2006."

Kementerian Kesihatan

Kementerian Kesihatan, sebagai maklumbalas, telah memperkenalkan Dasar Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan pada tahun 1993 di mana ianya telah mengikuti Inisiatif Hospital yang Mesra Bayi yang telah diperkenalkan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Badan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1991.

Dasar ini telah dikaji semula 12 tahun kemudian berdasarkan Resolusi Perhimpunan Kesihatan Sedunia yang telah menyarankan agar penyusuan badan sepenuhnya patut dilakukan pada enam bulan pertama dan diteruskan sehingga dua tahun dengan pemakanan tambahan dan ini juga adalah mengikut Panduan Pemakanan untuk Bayi oleh UNICEF dan WHO.

Penyusuan susu ibu semakin menurun di Malaysia

“Walaupun dengan pelbagai inisiatif, hanya 14.5 peratus bayi-bayi di Malaysia telah diberikan susu ibu sepenuhnya pada enam bulan yang pertama pada tahun 2006,” keluh Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan, Dr Safurah Jaafar. “Tambahan pula, hanya 19.3 peratus bayi-bayi telah diberikan susu ibu pada empat bulan yang pertama.”

Berbanding dengan hasil penemuan yang didapati pada Soal-Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2 (1996), terdapat penurunan sebanyak 9.7 % di dalam prevalensi penyusuan susu ibu sepenuhnya pada empat bulan yang pertama dan terdapat peningkatan di dalam prevalensi bayi yang telah diberikan susu ibu pada kebanyakan masa tetapi juga diberikan air.

“Analisis terhadap corak penyusuan susu ibu yang menunjukkan bahawa secara umum, kadar penyusuan susu ibu sepenuhnya pada dua bulan yang pertama adalah tinggi tetapi menurun secara mendadak selepas mencapai umur dua atau tiga bulan,” tambah Dr Safurah.

“Hasil yang ditemui juga telah menunjukkan pada umur dua bulan, lebih daripada separuh bayi-bayi yang telah diberikan susu ibu telah diberikan susu formula dan lain-lain makanan seperti makanan bayi komersil atau makanan bayi yang telah dimasak sendiri manakala 20 peratus bayi-bayi yang telah diberikan susu ibu ini telah diberikan air biasa”.

Mitos dan kurangnya sokongan terhadap wanita yang bekerja

Dr Safurah menyalahkan kepercayaan budaya, mitos-mitos dan juga kejahilan yang menyebabkan kurangnya penyusuan susu ibu di negara ini.

“Mitos tentang bayi yang diberikan susu ibu perlu air sebagai tambahan kepada susu ibu adalah amat ketara di negara ini. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran bagi ibu untuk memulakan makanan tambahan dan bagaimana untuk mengekalkan penyusuan susu ibu juga merupakan faktor-faktor penghalang yang lain,” terang Dr. Safurah. “Makanan tambahan, termasuk air, HANYA perlu diperkenalkan pada umur enam bulan”.

Menurut Dr. Safurah lain-lain factor adalah kurangnya manfaat dan kemudahan-kemudahan untuk menggalakkan dan membantu menerapkan amalan penyusuan susu ibu di kalangan wanita-wanita yang juga merupakan separuh daripada populasi bekerja di negara ini. Ini termasuklah ketiadaan cuti bersalin yang panjang, kurangnya masa bekerja yang fleksibel dan juga ketiadaan tempat-tempat penjagaan kanak-kanak di tempat-tempat kerja.

Menangani masalah

“Pihak Kementerian berharap untuk memulakan satu badan petugas pelabagai agensi untuk membentuk strategi-strategi yang boleh memperbaiki amalan penysusuan susu ibu di Malaysia. Ia termasuklah memperkukuhkan kepentingan penyusuan susu ibu dengan memastikan terdapatnya cuti bersalin yang lama dan juga adanya kemudahan-kemudahan penyusuan susu ibu di tempat awam dan tempat kerja,” jelas Dr. Safurah.

Dengan penerimaan komitmen pihak Kerajaan untuk menggalakkan dan melindungi penyusuan susu ibu untuk kanak-kanak dan wanita, Siti Norjinah masih bimbang akan tahap komitmen daripada majikan.

“Pada tahun 1983, saya telah memulakan program untuk ibu-ibu yang bekerja. Apabila kami memulakan Kempen Perlindungan Selepas Bersalin pada tahun 2000, Persekutuan untuk Para Majikan telah memulaukan forum kami kerana mereka takut kami akan meminta lebih banyak cuti bersalin. Saya hanya meminta cuti bersalin selama 120 hari,” terang Siti Norjinah.

”Saya bimbang akan kurangnya sokongan daripada para majikan yang akan memaksa ibu-ibu yang bekerja ini untuk beralih kepada susu formula,” tambah advokat yang merasakan penyusuan susu ibu ini sesuatu yang amat dekat di hati.

“Bersempena dengan Minggu Penyusuan Susu Ibu pada bulan Ogos ini, saya akan meletakkan program ibu selepas bersalin di dalam agenda. Saya amat berharap agar  pihak Kerajaan akan menunjukkan sokongannya agar kita dapat memastikan kejayaan penyusuan susu ibu untuk semua kanak-kanak di Malaysia!” 
 
Diolah oleh Indra Nadchatram.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2008

     Sokongan Ibu:
   Kearah Pingat Mas
     1 – 7 Ogos 2008
...................................

Berita

Aktiviti UNICEF Malaysia sekitar WBW '08

 


Kisah benar: Penyusuan susu ibu di Malaysia

Search:

 Email this article

unite for children