Sokongan bapa terhadap penyusuan susu
Oleh Jeswan Kaur KUALA LUMPUR, 30 Julai 2008 – Bagi seorang pelakon, bekas juruhebah radio dan kini seorang blogger, Patrick Teoh, manfaat yang diberikan oleh susu ibu merupakan sebab-sebab yang cukup untuk beliau memberi sokongan kepada isteri beliau Chan Hui Min untuk menyusukan dua orang anak mereka Adam (5) dan Laura (8). “Sebelum kehadiran anak-anak kami, kami berdua telah membaca tentang manfaat-manfaat yang dibawa oleh penyusuan susu ibu. Kami tahu yang ianya merupakan yang terbaik untuk anak-anak kami dan kami bertekad untuk melakukannya. Motivasi utama kami adalah kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kami dan tiada yang lebih baik daripada susu ibu,” kata Patrick. “Ia juga mempunyai kelebihan, sebagai contoh, mempunyai bekalan nutrisi yang sudah sedia untuk bayi ketika kami berjalan jauh.” Dengan adanya manfaat, begitu juga dengan cabaran-cabarannya: iaitu ‘nasihat’ yang biasa diberikan oleh ‘pakar’. “Selalunya diberikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai niat yang baik tetapi tidak tahu lebih baik. Mereka takut bayi kami tidak akan mendapat nutrisi yang secukupnya, ibu akan menjadi letih, penyusuan susu ibu akan melemahkan badan anda dan lain-lain,” ketawa Patrick. Dan salah satu kenyataan yang menjadi kegemaran di kalangan lelaki-lelaki ‘macho’ adalah ‘payudara isteri anda akan kendur dan lain-lain lagi’. Semuanya tidak masuk akal.” ‘Kuasa’ panyusuan susu ibu Wakil UNICEF di Malaysia, En. Youssouf Oomar menerangkan bahawa penyusuan susu ibu bukan sahaja menjadikan bayi-bayi sihat, tetapi ia juga menyumbang kepada masa hadapan yang cerah untuk keluarga dan alam sekitar.“Bayi yang baru dilahirkan mendapat yang terbaik sebagai permulaan hidup mereka di dalam segala bentuk perkembangan apabila mereka diberikan susu ibu. Susu ibu adalah penting sebagai imunisasi pertama bayi, ia melindungi bayi-bayi daripada cirit-birit dan jangkitan-jangkitan akut respiratori dan juga memberi stimulasi kepada sistem imunisasi mereka dan memperbaiki maklumbalas mereka terhadap vaksinasi,” kata Youssouf. “Di dalam keadaan ekonomi dan kenaikan harga makanan, penyusuan susu badan juga membantu keluarga berjimat di antara RM 85 dan RM 275 sebulan untuk membeli makanan bayi.” Penyusuan susu ibu merupakan intervensi utama pencegahan untuk menastikan kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak dan Youssouf amat yakin bahawa kesemua sektor masyarakat adalah bertanggungjawab untuk memastikan bayi yang baru dilahirkan mendapat manfaat daripada susu ibu. “Wanita perlu disokong oleh suami mereka, masyarakat, sistem kesihatan dan datuk dan nenek apabila memikirkan apa yang terbaik. Dan mereka mestilah disokong untuk memastikan kejayaan setelah keputusan diambil,” tambah Youssouf. Sokongan di dalam bentuk emosi amat penting Adam dan Laura amat bertuah kerana bapa mereka sememangnya telah menerima penyusuan susu ibu sebagai pilihan untuk memberi khasiat kepada mereka.Menurut Patrick, pengetahuan merupakan kunci kepada pemahaman terhadap manfaat di sebalik penyusuan susu ibu. “Anda perlu melengkapkan diri anda dengan maklumat dan pengetahuan yang mencukupi untuk menangani segala bentuk penasihat. Bayi anda akan lebih sihat kerananya dan anda juga akan menjalinkan hubungan yang kuat sebagai sebuah keluarga lebih daripada formula bayi yang dijanjikan oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkannya.” “Secara peribadi saya memang sentiasa berada di sisi isteri saya, mengenepikan segala bentuk kenyataan yang negatif tentang penyusuan susu ibu daripada rakan-rakan dan ahli keluarga yang kurang berpengetahuan tentang penyusuan susu ibu dan bekalan susu,” akui Patrick. “Kelebihannya, ia adalah pilihan yang membawa kelebihan dan faedah untuk ibu, anak-anak dan juga suami.” “Dan juga, penyusuan susu ibu membantu untuk mengelak kami bangun dari tidur pada waktu malam untuk memberi susu kepada bayi kerana terdapat bekalan yang sedia ada pada setiap masa,” kata Patrik dengan nada bergurau. Dioalah oleh Indra Nadchatram. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2008 Sokongan Ibu: Aktiviti UNICEF Malaysia sekitar WBW '08
Pakej Komunikasi: Penyusuan Susu Ibu Inosenti Kisah benar: Penyusuan susu ibu di Malaysia 31 Julai 2008: 30 Julai 2008: 29 Julai 2008: Ogos 2007: Ogos 2007: Berita 23 Julai 2008: 17 Jun 2008: 20 Mac 2008: 26 Februari 2008: 1 Ogos 2007: 20 Julai 2007: 20 Jun 2007: 1 Ogos 2006: * Laporan berita di dalam Bahasa Inggeris. |