Coretan Hidup

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Peluang untuk kanak-kanak yang kurang upaya menyerlah

Dr. Aminah dan Zahidah

Wanita-wanita Malaysia kini berkongsi suara dengan UNICEF untuk menandakan pelancaran laporan Keadaan Kanak-kanak Sedunia 2008 (SOWC) pada Hari Kesihatan Sedunia pada bulan April. 

Bertemakan 'Kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak’ (Child Survival), Laporan ini telah mengetengahkan, antaranya, adalah perlunya perkongsian di kalangan masyarakat untuk memberi sokongan kepada keluarga untuk memperbaiki amalan penjagaan untuk kanak-kanak, golongan muda dan wanita.

Oleh Zhang Su Li

KUALA LUMPUR, 4 April 2008 – Zahidah, yang kini berumur sembilan belas tahun, telah menggunakan kerusi roda semenjak kecil lagi. Ibu Zahidah, Dr. Aminah, telah membawanya dari rumah mereka yang terletak di Shah Alam ke Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields, setiap pagi sebelum matahari terbit, tiga ke lima kali seminggu. Di sini, Zahidah akan mengikuti kelas waktu pagi untuk kanak-kanak buta, sementara ibunya pula menghadiri mesyuarat sebelum bergegas ke Kementerian Kesihatan di Putrajaya di mana Dr. Aminah bekerja di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

Zahidah telah didiagnosa apabila dia tidak menunjukkan kemajuan sepertimana bayi-bayi normal yang lain. Setelah menerima berita yang mengejutkan tersebut, kedua-dua ibu bapanya telah menerima takdir mereka dan cuba membuat yang terbaik untuk anak perempuan mereka. Disebabkan kemudahan-kemudahan untuk mereka yang kurang upaya adalah telalu mahal atau tidak boleh didapati, bapa Zahidah telah membina perabot dan juga permainan untuknya. 

Kini, Zahidah beria-ia untuk menghabiskan waktu paginya di dalam kelas MAB yang dipenuhi dengan kanak-kanak serta gelak ketawa. Walaupun mempunyai kesusahan untuk mengawal pertuturan dan juga gerakan, dia amat selesa bersama teman-temannya serta berinteraksi dengan orang ramai. Di dalam perbualan di antara ibu dan anak tentang samada dia patut mengikuti ibunya ke tempat kerja atau pulang ke rumah, dia akan menjawab, “Saya tidak mahu tinggal di rumah dan melihat dinding sepanjang hari.” Kata ibunya dengan bangga, “Kadangakala dia boleh menyindir.”

Perkongsian masyarakat dengan sokongan dari kerajaan

Untuk Zahidah, MAB telah memberikannya peluang untuk melibatkan diri dengan kehidupan di luar rumah. Ditubuhkan pada tahun 1951 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga hal-ehwal dan kesejahteraan orang-orang buta di negara ini, semenjak itu MAB bukan sahaja telah memainkan peranannya malahan lebih dari itu. Dengan memberikan persekitaran yang riang dan ceria untuk Zahidah, MAB telah menunjukkan sikap yang terbuka untuk membantu mereka yang mempunyai pelbagai kecacatan selain daripada buta.

© UNICEF Malaysia/2008/Zhang
Zahidah sedang berseronok dengan kanak-kanak dan para penjaga di Persatuan untuk Orang-orang Buta Malaysia.

Sokongan daripada pelbagai badan bukan kerajaan dan Jabatan Kebajikan dan Sosial juga telah mebawa perbezaan yang ketara. Zahidah dan seluruh keluarganya kini telah mendapat manfaat daripada program-program pemulihan yang ditawarkan oleh klinik-klinik Kementerian Kesihatan yang mana dalam masa 10 tahun, telah berkembang dari 54 buah pusat kepada 200 di seluruh negara.

Dengan bantuan daripada kerajaan, 379 buah pusat pemulihan berdasarkan masyarakat telah dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Mereka tidak bekerja secara berasingan, malahan mereka selalu mengadakan bengkel-bengkel dan juga pembentangan di mana para jururawat, pegawai-pegawai kerajaan, sukarelawan, dan ibu bapa seperti Dr. Aminah untuk berkongsi pengalaman dan juga kepakaran mereka dengan satu sama lain.

Menjadikan MDG untuk kanak-kanak kurang upaya satu realiti

“Untuk menjadikan Matlamat Pembangunan Milenium 4 dan 5 suatu realiti oleh kerajaan Malaysia, iaitu untuk menurunkan kadar kematian kanak-kanak dan memperbaiki kesihatan para ibu, ianya mempunyai kesan-kesan yang amat penting di luar pencapaian matlamat tersebut – salah satunya adalah kanak-akank seperti Zahidah, yang bukan merupakan keutamaan sebelum ini, kini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hidup dengan gembira,” kata Wakil UNICEF Malaysia Youssouf Oomar.

Berbanding dengan beberapa negara di seluruh dunia, rakyat Malaysia secara amnya telah mengalami perubahan yang mendadak di dalam kesihatan, terutama sekali bagi kesihatan ibu dan anak. Menurut laporan Keadaan Kanakkanak Sedunia 2008 UNICEF yang bertemakan kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak (Child Survival), hasil keputusan yang didapati terhadap kesihatan untuk kanak-kanak dan wanita di Malaysia terletak di antara negara yang telah membangun. 

Namun begitu, Youssouf juga memberi penekanan bahawa masih banyak lagi yang boleh dan patut dilakukan terutama sekali di dalam perkhidmatan kesihatan untuk memastikan tidak seorang pun kanak-kanak yang ketinggalan, termasuklah kanak-kanak yang kurang upaya.

“Keberanian Zahidah di dalam mengatasi kecacatannya merupakan satu mesej yang membawa harapan kepada kanak-kanak dan golongan muda yang lain sepertinya. Seperti yang mereka katakan di Malaysia, sekiranya Zahidah ‘boleh’, maka pihak Kerajaan dan masyarakat juga boleh. Mereka mesti bersatu untuk membina perkongsian yang lebih kukuh di dalam membina rangka-rangka kerja yang boleh memberikan senyuman semula kepada peluang kanak-kanak yang kurang upaya.”

Masa hadapan – memberi mereka semangat

Dr. Aminah berkongsi pengalaman dengan UNICEF, dengan menambah bahawa sifat baik hati masyarakat, termasuklah staf-staf MAB dan para sukarelawan yang membawa perbezaan yang khas kepada kehidupan kanak-kanak yang kurang upaya.

“Memang terdapat semangat kemasyarakatan yang begitu tinggi, bukan sahaja Zahidah mendapat manfaat daripadanya, tetapi saya sendiri juga telah banyak mempelajari daripadanya,” kata Dr. Aminah. “MAB memang bagus di dalam mengimbangi jadual Zahidah dan saya yang amat ketat. Dan ketua dan majikan saya juga sememangnya amat fleksibel dan amat menyokong saya.”

Dengan menggalas beg kerja dan barang-barang asas harian Zahidah, Dr. Aminah yang bersaiz kecil namun sangat bertenaga sedang bersiap sedia untuk ke tempat kerja. Di keretanya, Dr. Aminah telah memindahkan anaknya dengan mengangkat Zahidah dari kerusi rodanya masuk ke bahagian penumpang, dan meletakkan barang-barang lain di bahagian but kereta. Kini mereka memulakan perjalanan yang akan mengambil masa satu jam ke Putrajaya.

Malaysia sememangnya telah maju di dalam bidang perkembangan kemanusiaan, tetapi masih lebih ramai lagi kanak-kanak seperti Zahidah yang memerlukan tumpuan yang khas dari pihak kerajaan dan perkhidmatan masyarakat. Dan keperluan untuk meningkatkan kualiti kehidupan kanak-kanak juga akan sentiasa wujud.

Seperti yang telah diluahkan oleh Zahidah, setiap kanak-kanak yang kurang upaya berhak untuk melibatkan diri di dalam kehidupan luar daripada rumah mereka.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children