Coretan Hidup

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Kematian memilukan bagi seorang gadis kecil

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram

Oleh Timothy Lim

Timothy Lim, berumur empat belas tahun merupakan seorang penulis yang berdedikasi, beliau seringkali menulis tentang pemerhatian yang dibuatnya terhadap dunia disekelilingnya. Beliau juga amat mengambil berat dan membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik berbanding dengan dirinya sendiri. Semenjak berusia lapan tahun, Timothy telah menggunakan bakat dan kemahirannya, termasuklah berenang untuk mendapatkan sumbangan bagi anak-anak yatim dan kanak-kanak yang telah dijangkiti oleh HIV dan kanak-kanak yang terpaksa hidup dengan kesan yang dibawa oleh HIV/AIDS di Malaysia. Timothy kini sedang menuntut di Australia, setelah menerima biasiswa daripada ‘Geelong Grammar School’. Selain daripada minatnya terhadap isu-isu semasa, beliau juga bermain tenis dan saksofon.

Sempena ulangtahun yang pertama Laporan Setiausaha Agung PBB berkaitan keganasan terhadap kanak-kanak, Timothy berkongsi pendapat tentang bagaimana masyarakat perlu berganding bahu untuk melindungi kanak-kanak dan remaja daripada keganasan.

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2007 – Apabila Nurin Jazlin yang berumur lapan tahun telah diculik pada 22 Ogos, dia sedang dalam perjalanan untuk ke pasar malam yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Kisah Nurin telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dan saya, seperti yang lain, amat terkejut bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku.

Dan lebih ramai lagi warga Malaysia yang terkejut dan terkedu apabila kisah di sebalik tragedi ini dikupas sedikit demi sedikit. Pemeriksaan mayat Nurin Jazlin telah menunjukkan bahawa gadis kecil ini telah didera secara seksual. Para pemimpin kerajaan, NGO, dan pihak media serta orang ramai telah mengutuk secara terang-terangan terhadap apa yang telah berlaku kepada Nurin.

Ibubapa kini merasa takut untuk membenarkan anak-anak mereka keluar daripada rumah tanpa diiringi orang dewasa. Kebebasan kami kini dihadkan, dan sebaliknya perasaan takut kini terbuku di dalam minda anak-anak muda. Adakah ini cara yang kita ingin terapkan di dalam generasi anak-anak kita?

Walaupun menangkap penjenayah yang bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk tersebut adalah penting namun begitu untuk mencari sebab-sebab yang telah menyumbang kepada tindakan terkutuk ini juga adalah penting. Pihak media telah melaporkan bahawa terdapat saksi yang telah mendakwa melihat Nurin Jazlin diheret secara paksa untuk memasuki sebuah van berwarna putih sambil menjerit ‘tak nak, tak nak’. Nurin seringkali ke pasar malam tersebut kerana ianya terletak amat berdekatan dengan kawasan tempat tinggalnya, oleh itu adalah munasabah sekiranya terdapat orang ramai yang boleh mengenalinya dan mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena. Mengapa mereka tidak membuat sesuatu? Apakah sikap yang ingin kita galakkan di Malaysia?

Dalam cuba untuk memahami tragedi yang telah menimpa Nurin Jazlin, saya cuba meletakkan diri saya di dalam situasinya untuk merasai sendiri apa yang telah dilalui olehnya. Ya, saya akan merasa selamat untuk pergi berjalan kaki ke pasar malam yang berdekatan sekiranya saya telah melakukannya beberapa kali semenjak saya kecil. Saya akan memberi salam kepada mereka yang telah lama membuka gerai-gerai di situ. Dan sekiranya seseorang yang tidak saya kenali tiba-tiba memegang saya, semestinya saya akan menjerit atau memanggil bantuan daripada mereka sedang yang lalu-lalang. Dan pada pemikiran saya Nurin Jazlin telah melakukan perkara yang sama.

Di dalam dunia yang ideal, rakyat Malaysia yang pro-aktif mungkin akan bertanya diri sendiri mengapa seorang gadis kecil seperti itu dipaksa untuk menaiki sebuah van oleh orang-orang yang bukan ibu dan bapanya. Di dalam dunia yang ideal, lebih daripada seorang saksi boleh mendapatkan nombor pendaftaran van tersebut dan terus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Sekiranya saya berada di dalam situasi tersebut, saya akan merasa amat bimbang dan keliru. Saya juga akan merasa takut. Tetapi pada masa yang sama saya juga berharap agar saya dapat diselamatkan. Kadangkala saya berfikir samada Nurin Jazlin pernah mengharapkan dirinya diselamatkan dalam masa beberapa minit kepada beberapa jam setelah diculik?

Insiden ini telah membangkitkan beberapa isu tentang tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat. Di mana ia bermula dan di mana ia berhenti? Sebagai seorang remaja yang mempunyai ibu dan bapa yang menyayangi saya sepenuhnya saya juga pasti bahawa ibu dan bapa Nurin juga menyayanginya, saya percaya bahawa ibu dan bapanya tidak mengetahui bahaya yang terdapat di pasar malam pada petang tersebut.

Saya berharap agar insiden ini tidak akan menyebabkan ibu bapa yang “terkejut” di seluruh negara untuk mengalami reaksi “knee jerk”, iaitu melarang anak-anak mereka daripada menerokai persekitaran sekeliling mereka tanpa ibu di sisi mereka.  Pada pendapat saya di mana tanggungjawab masyarakat bermula.  Ia merupakan peranan semua orang dewasa di dalam masyarakat untuk memastikan kanak-kanak dan remaja seperti saya merasa selamat di dalam kawasan tempat tinggal kami.

Sejak kematian Nurin, saya menyarankan tiga langkah tentang bagaimana Malaysia sebagai satu masyarakat boleh menjadi lebih prihatin dan melibatkan diri di dalam mencegah lebih banyak lagi keganasan daripada berlaku kepada rakan-rakan sebaya saya dan saya sendiri: 

  • Para NGO mempunyai peranan yang besar di dalam menyalurkan kebimbangan orang awam kepada pihak-pihak berkuasa dan juga meningkatkan kesedaran di dalam masyarakat dan tanggungjawab ibu bapa. Para NGO walaubagaimanapun, mempunyai capaian yang lebih kecil berbanding dengan pihak media.
  • Oleh itu adalah amat penting untuk melibatkan pihak media dengan meletakkan artikel-artikel tentang keselamatan kanak-kanak di dalam akhbar, wawancara di dalam radio serta iklan-iklan yang informatif melalui saluran televisyen. Adalah tidak cukup dengan melaporkan sesuatu tragedi yang telah berlaku, kita mestilah terus-menerus memberikan maklumat-maklumat dan pendidikan tentang keselamatan kanak-kanak kepada orang ramai.
  • Dan akhir sekali, saya berharap agar pihak kerajaan dapat melaksanakan polisi-polisi dan program-program yang dapat menekankan tanggungjawab masyarakat untuk melindungi saya daripada keganasan.

Kematian Nurin merupakan satu lagi contoh bagaimana kita, sebagai rakyat Malaysia telah gagal. Mereka yang telah bangun dan meluahkan pendapat mereka digelar penyibuk. Ini amat menyedihkan saya dan saya rasa hampa terhadap kita sebagai sebuah negara.

Kita patut meraikan mereka yang telah membantu orang yang memerlukan bantuan, mereka yang mengambil inisiatif, dan mereka yang pro-aktif. Paling utama sekali, mereka yang di masa hadapan akan cuba menghentikan van putih yang akan cuba menculik lebih ramai anak gadis.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Hentikan Keganasan Sekarang!

Hentikan keganasan!

Pelancaran di Malaysia*

Laporan PBB (laman web)*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Persekitaran yang terlindung

Keganasan dalam komuniti - Sumber

Penerbitan: Keganasan dalam komuniti

Fakta: Hentikan keganasan dalam komuniti

Video: Perundingan Asia Timur dan Pasifik
 Lihat

 


Malaysia: Perlindungan Kanak-Kanak

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children