Coretan Hidup

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Manfaat penyusuan ibu sesudah jangka masa 12 tahun

© UNICEF Malaysia/2007/SM.Tan
Ibu dan anak, Jennifer Thompson dan Nadia Ramli. Jennifer percaya pengalaman menyusukan anak adalah amat istimewa dan semua wanita harus melaluinya.

Oleh Su-May Tan

Kuala Lumpur, Ogos 2007 – Jennifer Thompson, 44 tahun, merupakan salah seorang advokat yang menyokong dan menggalakkan penyusuan ibu apabila beliau telah diberitahu oleh doktor bahawa beliau tidak dapat menyusukan anak pertama beliau disebabkan oleh pembedahan apendiks yang telah dilaluinya, beliau merasa amat dukacita. Oleh itu, apabila beliau melahirkan anak keduanya, Nadia Ramli, yang kini berusia 12 tahun, beliau terus memainkan peranannya dengan penuh kegembiraan.

Nadia dilahirkan tidak cukup bulan, oleh itu badannya amat kecil dan tidak mempunyai banyak karenah, tetapi selepas sebulan Nadia semakin membesar dan beratnya pun telah bertambah menjadi sihat. Jennifer menyatakan bahawa perkembangan cepat Nadia adalah disebabkan oleh penyusuan ibu. “Jika anda lihat padanya sekarang, anda tidak akan percaya bahawa dia adalah bayi yang telah dilahirkan tidak cukup bulan atau ‘preemy’,” kata beliau. Sebagai balasan, Nadia tersenyum di sisi ibunya, yang kini mempunyai ketinggian sebanyak 5’4 serta mempunyai paras rupa yang sempurna.

Penyusuan ibu telah menjadi suatu yang sebati dengan Jennifer malahan beliau telah meneruskan menyusu Nadia sehinggalah Nadia berusia tiga tahun. Walaupuan sesetengah ibu mengatakan ia suatu kepayahan, namun Jennifer mempunyai pendapat yang bertentangan. “Saya tidak pernah membawa botol susu, atau selalu bersedia, atau bangun waktu tengah malam untuk membancuh susu,” kata beliau. “Ia seperti, nah, minumlah!” beliau berjenaka.

Penyusuan ibu yang berhasil

Kebanyakan ibu yang bekerja merungut tentang tidak mempunyai masa serta kesusahan yang perlu dihadapi, tetapi bagi Jennifer, Pengurus Besar bagi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia dan sememangnya seorang wanita yang amat sibuk, anda perlu memikirkan masa yang tepat untuk mengepam susu, katanya lagi. Kadangkala beliau terpaksa keluar daripada tempat kerja (untuk melawat studio muzik dan acara-acara yang dilangsungkan) tetapi beliau akan sentiasa membawa bekas penyejuk yang diisi ais kering di dalamnya untuk menyimpan susu.

“Bagi saya ia bukanlah suatu kesusahan kerana saya dapat melihat Nadia mendapat manfaat daripadanya,” kata Jennifer. “Saya telah melakukan kedua-duanya,” tambah beliau (beliau terpaksa memberi susu botol kepada anak lelakinya). “Apabila anda asyik bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain – botol-botol susu, pensterilan, mendapatkan air panas – kesemuanya memang lagi menyusahkan.”

Satu lagi isu yang sesetengah ibu sering hadapi adalah menyusu di tempat awam. Untuk Jennifer, ia tidak pernah menjadi isu. “Saya fikir ia adalah apa yang anda rasa, bukan apa yang dirasai oleh orang lain,” kata beliau. “Sekiranya anda lihat kepada “Mat Saleh” (orang putih), mereka hanya lakukannya. Mereka kata, “Saya ingin menyusu anak saya oleh itu saya lakukannya’. “Lagipun,” tambah beliau, “kebanyakan orang zaman kini lebih berfikiran terbuka.” Sekarang terdapat banyak pakaian-pakaian dan alatan moden sehinggakan anda tidak perlu membuka baju anda untuk menyusu.

Manfaat susu ibu

Selain daripada pembesaran Nadia yang pantas bagi bayi yang baru dilahirkan, Jennifer menyenaraikan lain-lain manfaat yang beliau percaya, datang daripada penyusuan ibu. Ketika masih bayi, Nadia jarang mendapat sakit perut, dan memang senang untuk menjaganya. “Mungkin sebab Nadia selalu mendapat ‘susu apabila diperlukan’,” kata Jennifer sambil menuding jari ke arah dirinya sendiri.

Membesar ketika zaman ‘jerubu’ ketika tahun 90-an, Nadia telah mengalami asma tetapi kini dia telah pun sembuh daripadanya. Kini berumur 12 tahun, Jennifer kata Nadia adalah atlet (dengan minat terhadap permainan tenis), “berbakat di dalam bidang akademik” dan seorang ulat buku. Tepat sekali, Nadia ketika ini sedang memegang sebuah buku di tangannya.

Samada manfaat-manfaat ini adalah disebabkan oleh penyusuan badan atau tidak, memang terdapat hubungan yang kuat di antara ibu dan anak. Letakkan mereka berdua sekali, mereka kelihatan seperti sepasang rakan remaja yang memakai baju tee berwarna hitam dan sepasang jeans. “Nadia memang rapat dengan saya,” tegas Jennifer, melemaprkan pandangan kepada anaknya. “Ibu adalah rakan karib saya.” senyum Nadia. “Adakah itu bermaksud bahawa saya boleh pergi ke akademi Mickey (sebuah akademi tennis di AS)?” katanya. “Ya, sekiranya Nadia bermain dengan baik,” ibunya berjenaka kembali.

Erat hubungan istimewa

Bagi ibu-ibu yang masih memikirkan samada untuk menyusukan bayi mereka atau tidak, kata Jennifer, ia adalah lebih senang untuk mengatakan penyusuan ibu adalah amat baik dan mereka memahami bahawa ia boleh menjadi sesuatu yang sukar bagi ibu-ibu yang bekerja. “Tetapi pengalaman yang dialami apabila menyusukan bayi – anda tidak boleh mengalaminya setiap masa,” kata beliau. “Ia adalah amat istimewa dan saya rasa semua orang patut mengalaminya.”

Sekiranya penyusuan ibu boleh mengeratkan hubungan yang kukuh di antara Jennifer dengan anaknya, maka lebih ramai ibu-ibu yang patut memberi pertimbangan terhadap penyusuan ibu dengan serius dan khusus.

Jennifer kemudian meneruskan penerangannya terhadap maklumat yang lebih terperinci tentang menyusu di tempat awam. “Oh tidak, anda tidak akan memasukkannya ke dalam artikel anda, bukan?” kata Nadia, yang cuba membayangkan reaksi daripada rakan-rakannya di sekolah.

“Kenapa?” kata ibunya, sambil melemparkan senyuman. Seperti seorang rakan karib.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Minggu Susu Ibu Sedunia 2007

1 – 7 Ogos 2007
Satu jam pertama kehidupan. Selamatkan Satu Juta Nyawa Bayi

Badan Tindakan Penyusuan Bersekutu Dunia (WABA)*

(jaringan luar)

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Video PPA - Penyusuan ibu

 VIDEO  max | min

* Laporan video di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children