Kehidupan benar

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Dua remaja telah mendapat seruan melalui program Mentoring Malaysia

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Berperanan seperti seorang abang, Choo Kok Wui telah memulakan perjalanannya dengan membantu anak didiknya yang berumur empat belas tahun, iaitu Dinesh tentang bagaimana untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi di kala meningkat remaja.

Oleh Dina Zaman dan Indra Nadchatram

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2007 – Ia merupakan satu perjalanan yang penuh dengan harapan, ketakutan dan impian bagi Choo Kok Wui, seorang pelajar daripada Kolej Universiti HELP yang kini berusia 19 tahun dan Dinesh, seorang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jinjang yang kini berusia 14 tahun.
 
Bagi Kok Wui, seorang remaja yang datang daripada keluarga yang agak berada dan  bahagia, dia tidak pernah inginkan apa-apa, namun begitu perjumpaan dengan pelajar-pelajar daripada SMK Jinjang telah membuka matanya kepada keadaan di kawasan tersebut yang terkenal dengan pengaruh-pengaruh yang buruk. Kedua-dua Kok Wui dan Dinesh telah bertemu di bawah Program Mentoring Malaysia, iaitu sebuah inisiatif daripada UNICEF dan Pusat Penyelidikan Asia untuk Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja, Kolej Universiti HELP (ARCCADE).

Mentoring Malaysia memberi cara-cara alternatif dalam membantu pelajar-pelajar sekolah untuk menangani tekanan yang wujud di dalam kehidupan mereka pada abad ke-21 ini. Program ini memberi latihan dan menyatukan pelajar-pelajar kolej dengan remaja yang masih bersekolah dengan membantu pelajar-pelajar tersebut mendapat pengaruh yang positif daripada pelajar-pelajar yang lebih dewasa. Kini sudah dilaksanakan selama enam bulan, projek perintis ini telah melibatkan tiga buah sekolah di Kuala Lumpur di mana program ini telah menerima pujian daripada para mentor, para pelajar dan juga pihak sekolah sendiri.

Memberi mentoring kepada para remaja

Kok Wui mengikuti jurusan psikologi dan berharap agar dapat bekerja di sektor korporat apabila dia menamatkan pengajiannya. Dia mengakui bahawa dia menjadi mentor kerana dia mempunyai banyak masa untuk dihabiskan. Tambahan pula, program ini merupakan satu-satunya aktiviti yang telah menarik perhatiannya di kolej.

“Saya tidak sedar bahawa ia merupakan satu program yang besar seperti ini,” dia cuba mengingati. Pada mulanya, dia fikir agak sukar untuk menjadi mentor kepada pelajar-pelajar yang berada di tingkatan dua tetapi dia cuba menilai diri sendiri dan memikirkannya semula. “Saya dulu memang seorang pelajar yang baik, saya selalu bertanya soalan-soalan kepada guru-guru tetapi masih tidak dapat memenuhi harapan kebanyakan orang lain. Jadi saya memang ingat bagaimana rasanya ketika berumur 14 tahun.”

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Pengetua, Tan Sun Seng mengalu-alukan 'Abang-abang dan Kakak-kakak' yang terlibat di dalam program Mentoring Malaysia kerana beliau percaya bahawa program ini boleh membantu para pelajar beliau memahami serta berkembang lebih dewasa dari segi emosi.

Cabaran-cabaran yang didapati kebanyakannya terdapat di dalam pemikiran mentor itu sendiri, ketika mereka bersiap-sedia untuk program ini. Sebaik sahaja program ini dilaksanakan, para mentor mula memainkan peranan mereka ketika mereka melakukan 'role play' dengan para 'mentee' mereka yang berusia empat belas tahun. Dengan sedikit galakan, abang-abang serta kakak-kakak tersebut memulakan perjalanan mereka di samping membantu anak didik masing-masing tentang cara untuk menangani cabaran serta permasalahan yang didapati ketika meningkat usia remaja mereka.

Menjadi ‘role model’ kepada remaja-remaja yang lebih muda

Kok Wui percaya bahawa ia adalah amat penting bagi dirinya untuk menjadi ‘role model’ yang baik untuk remaja-remaja yang lebih muda. Pada masa ini, kebanyakan remaja tersebut kurang mendapat pengaruh yang positif daripada pelajar-pelajar yang lebih tua kerana mereka berkelakuan tidak senonoh seperti merokok dan ponteng sekolah. Dan Kok Wui bersedia untuk memberi galakan kepada rakan-rakan sebayanya untuk melibatkan diri di dalam program ini tetapi hanya jika mereka mempunyai minat dan ingin menjadi ‘role model’ yang baik untuk membawa perubahan dan kesan yang positif terhadap kehidupan anak-anak muda tersebut.

Dinesh, yang hanya berumur 14 tahun, kini telah berubah menjadi seorang pelajar yang ceria dan gembira serta tidak putus dengan senyuman. Dia merupakan seorang daripada 80 orang pelajar daripada SMK Jinjang yang telah mendapat manfaat daripada program Mentoring Malaysia. “Pada mulanya saya tidak sedar pun adanya program ini. Malah, rakan saya telah mendaftar nama saya tanpa pengetahuan saya sendiri! Jadi apabila saya menghadiri sesi yang pertama, saya tidak tahu saya telah libatkan diri dengan apa.”

Menurut remaja ini, program ini telah mengajarnya bagaimana untuk berkongsi pengetahuan dan bersosial dengan orang lain. “Saya belajar bagaimana untuk berlakon dan saya menjadi lebih yakin pada diri saya sendiri. Ibu bapa saya pun gembira melihat saya berlatih, dan mereka memberi galakan kepada saya. Saya sangat menyukai lakonan! Ia membuat saya rasa senang dengan diri saya sendiri, dan popular dengan rakan-rakan lain. Pada mulanya saya rasa takut, tetapi apabila saya menaiki pentas, saya rasa lain.”

Dinesh, yang pada mulanya agak segan, merupakan salah seorang daripada anak didik  Kok Wui. Di bawah bimbingan, sokongan dan panduan Kok Wui, Dinesh telah mula berubah dan berkembang. Konsert yang telah diadakan oleh Dinesh dan rakan-rakannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan kini mereka sedang merancang untuk mengadakan konsert yang seterusnya. Pelajar berumur empat belas tahun ini yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon kini merancang untuk terus bersama dengan program ini kerana dia merasakan bahawa dia telah mendapat banyak manfaat daripadanya.

Mendapat sokongan daripada orang atasan

Tetapi apa manfaat yang boleh dibawa oleh sesebuah program tersebut sekiranya ia tidak diberi galakan dan sokongan daripada para guru dan kakitangan sekolah yang lain? Pengetuan SMK Jinjang, En. Tan Sun Seng, merasa amat positif terhadap program Mentoring Malaysia kerana ia adalah program yang dapat membawa kebaikan kepada sekolahnya.

Pertama kali beliau menjadi pengetua sekolah ini, pendidik ini yang telah berkecimpung di dalam bidang ini selama 34 tahun telah menyedari bahawa para pelajarnya datang daripada pelbagai latarbelakang termasuklah pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan bermasalah di mana mereka akan menghadapi masalah-masalah yang tertentu.  Pengetua Tan mula mencari program-program yang boleh membantu sekolahnya menghadapi isu-isu emosi yang terpaksa ditangani oleh pelajar-pelajarnya.

“Saya perlu menampung 120 orang guru dan pekerja dengan 2,700 orang pelajar. Saya mencari bantuan. Secara kebetulan Kolej Universiti HELP telah mengadakan pembentangan untuk para guru dan kaunselor. Saya amat tertarik dengan idea-idea yang telah dibentangkan dan telah meminta agar kami dapat melibatkan diri di dalam projek ini,” terang beliau.

Melatih mentor-mentor untuk masa hadapan

Pengetua Tan merasakan bahawa para pelajar yang berusia 13 dan 14 tahun adalah para pelajar yang berada di peringkat yang amat kritikal dalam kehidupan. Oleh itu, beliau percaya bahawa program ini boleh membantu para remaja merasa lebih selesa dan matang dari segi emosi ketika sedang mereka meniti zaman akhir remaja mereka. Pengetua yang selalu memandang ke hadapan ini juga mengharap agar pelajar-pelajar yang telah dimentor sebelum ini akan menjadi mentor kepada pelajar-pelajar yang lebih muda apabila mereka berada di tingkatan empat dan lima nanti.

Pengetua Tan mengalu-alukan kedatangan ‘Abang-abang dan Kakak-kakak’ tersebut dan berharap agar program ini akan berterusan dengan jayanya. “Apabila masalah tersebut dapat ditangani sedikit demi sedikit, para pelajar dapat menghadapi cabaran-cabaran mereka dengan cara yang lebih positif, oleh itu nilai-nilai tersebut mestilah dipupuk sejak dari usia yang muda.”

Dia mendapati bahawa para pelajar yang telah di berikan mentoring tidak merasa segan seperti sebelum ini, dan kini mereka dapat berbual dengannya untuk berbicara tentang aktiviti-aktiviti mereka. “Mereka bercakap dengan saya, ini menunjukkan bahawa mereka telah mendapat keyakinan diri,” katanya lagi. Ibu bapa juga amat gembira dengan perubahan-perubahan yang positif pada anak-anak mereka, dan mereka juga telah memaklumkannya kepada sekolah.

Walaupun ia masih di peringkat awal, tetapi di SMK Jinjang, dengan kehadiran Mentoring Malaysia, ia kelihatan seperti satu permulaan yang amat bagus.

Indra Nadchatram telah menyumbang kepada artikel ini.

Perterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Hentikan Keganasan Sekarang!

Hentikan keganasan!

Pelancaran di Malaysia*

Laporan PBB (laman web)*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Keganasan terhadap kanak-kanak di sekolah – Terbitan

Kajian Setiausaha Agung PBB*

Risalah VAC Asia-Timur dan Pasifik*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Malaysia: Perlindungan Kanak-Kanak

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children