Coretan Hidup

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Pemain-pemain bolasepak muda Malaysia melawan balik HIV dan AIDS

© UNICEF Malaysia/2007
Pelajar pertukaran, Dipra Ray, 19 tahun, mengetuai perbincangan tentang HIV dan AIDS untuk pelajar-pelajar daripada program Sentuhan Pertama Bolasepak Malaysia.

Oleh Steve Nettleton

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Mei 2007 – Shawn Daniels memegang dengan kuat rakan kumpulannya, dan enggan melepaskan pegangannya. Rakan-rakan pasukan yang lain bukan sahaja tidak menolong tahanan Shawn, sebaliknya mereka hanya melihat dan ketawa.

“Ini berlaku apabila kita mempunyai AIDS,” kata Dipra Ray, 19 tahun, seorang pelajar pertukaran daripada New Zealand yang mengetuai sebuah drama interaktif khas untuk remaja-remaja daripada program Sentuhan Pertama Bolasepak Malaysia. Shawn memakai pelekat berwarna merah yang tertulis, ‘HIV’. Rakan-rakan pasukannya memegang kad berwarna hijau yang tertulis, ‘Sel darah putih’.

“HIV telah memerangkap sel-sel darah putih kita,” Dipra meneruskan. “AIDS merupakan masa apabila badan kita tidak dapat melawan balik penyakit-penyakit dan juga lain-lain jenis jangkitan.”

Cakapan yang memberi semangat yang memberangsangkan ini agak luar biasa tetapi kini telah menjadi amalan kebiasaan bagi program remaja Persatuan Bolasepak Malaysia di Kuala Lumpur. Ia merupakan suatu pendekatan baru untuk mencapai anak-anak muda, yang kini mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti dan juga menyebarkan virus HIV.

Memberi maklumat kepada populasi yang selalu dilupakan

“Di Malaysia, lebih daripada 37 peratus daripada kumpulan yang kini dijangkiti adalah berumur di antara 13 dan 29 tahun,” kata Gaye Phillips, Wakil UNICEF di Malaysia dan Wakil Khas di Singapura dan Brunei. “Ia merupakan kumpulan populasi yang serius yang perlu kita lihat. Kerana ia menunjukkan kepada kita bahawa anak-anak muda tidak mempunyai maklumat yang sepenuhnya.”

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Ahli-ahli liga remaja Persatuan Bolasepak Malaysia sedang mendengar sesi tentang bagaimana untuk menghindari HIV.

Dengan UNICEF sebagai rakan perkongsian, Persatuan Bolasepak Malaysia dan Persatuan untuk Pertukaran Pelajar-pelajar Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa (AIESEC) kini bekerja bersama-sama untuk menyedarkan remaja tentang bahaya-bahaya HIV – dan apa yang mereka boleh buat untuk menghindarinya.

Program ini merupakan sebahagian daripada pelengkap pendekatan strategik UNICEF terhadap pencegahan HIV di kalangan remaja melalui pendidikan kemahiran hidup, pusat-pusat remaja di kawasan-kawasan pedalaman dan juga pengurangan kemudaratan untuk pengguna-pengguna dadah yang menyuntik.

Kelakuan yang boleh menyelamatkan nyawa

Kunci utama kepada usaha-usaha ini adalah untuk mencapai anak-anak muda melalui rakan-rakan sebaya mereka. Dipra, pelajar pertukaran AIESEC, percaya bahawa anak-anak muda hanya akan menerima mesej yang diberikan sekiranya ia datang daripada orang-orang yang boleh dikaitkan dengan mereka sendiri, di dalam situasi yang aktif, jauh daripada bilik darjah mereka.

“Bagi kami, saya fikir motivasi yang paling besar adalah kami telah datang ke sini, kami rasa seronok, tetapi pada masa yang sama kami cuba untuk memastikan yang mereka mendapat pengajaran,” kata Dipra. “Kerana sekiranya generasi muda – jika saya, rakan-sakan saya – tahu bagaimana kami boleh menghentikan HIV, kami boleh menghentikannya. Ia bukan bermaksud yang ianya perlu tersebar. Ia boleh dihentikan.”

Bagi Shawn Daniels, 16 tahun, ia merupakan pengajaran yang kini mulai diterima. “Saya belajar tentang banyak perkara,” katanya. “Bagaimana untuk melindungi diri saya sendiri, bagaimana untuk katakan tidak. Mereka tidak mengajar kita tentang HIV di sekolah.”

Dengan menggalakkan kelakuan yang boleh menyelamatkan nyawa di dalam dan di luar padang bolasepak, UNICEF dan rakan-rakan yang lain berharap agar dapat memberi anak-anak muda satu pelan permainan yang membawa kemenangan untuk diikuti, walaupun lama selepas wisel telah ditiup.

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Video

Perutusan UNICEF, Steve Nettleton melaporkan tentang usaha-usaha yang dilakukan untuk menyebarkan kesedaran di kalangan remaja terhadap HIV/AIDS di Malaysia

 VIDEO max | min

Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris.

Video berkualiti untuk penyiaran berdasarkan permintaan daripada The Newsmarket.


Hari Memperingati AIDS Sedunia 2007

Ahad, 20 Mei 2007
Menerajui Jalan Ke Arah Dunia Tanpa AIDS

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS

Belajarilah bagaimana!

Pelancaran kempen di Malaysia *

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Menentang HIV/AIDS di Malaysia

Search:

 Email this article

unite for children