Coretan Hidup

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Memberi galakan awal kepada generasi ‘Orang Asli’ seterusnya di Malaysia

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Cikgu Simah Asir mengajar kanak-kanak di dalam kelas di tadika untuk kanak-kanak Orang Asli di perkampungan yang terletak di pedalaman berdekatan daerah Gerik, Malaysia.

Oleh Steve Nettleton

GERIK, Malaysia, 1 Mei 2007 – Simah Asir, mempunyai pekerjaan yang kebanyakan jiran-jirannya merasakan suatu pekerjaan yang tidak diperlukan. Beliau merupakan seorang guru tadika di dalam sebuah perkampungan kecil yang terletak dua jam perjalanan menggunakan jip daripada pekan yang berdekatan, di penghujung jalan yang tidak rata melalui ladang-ladang pokok getah dan juga pokok kelapa sawit.

Pada hari ini, beliau sedang mengajar pelajar-pelajarnya yang kelihatan agak kurang sabar bagaimana untuk mengoyak dan juga melipat daun-daun pokok untuk menjadi bentuk-bentuk binatang. Simah bekerja secara perlahan-lahan disekeliling bulatan, membantu setiap pelajar menyiapkan reka bentuk masing-masing. Mereka mungkin tidak mengetahuinya, tetapi kanak-kanak ini mendapat apa yang kebanyakan ibubapa mereka tidak: iaitu pendidikan formal.

Kebanyakan pelajar-pelajarnya terdiri daripada kumpulan etnik Temiar, iaitu satu daripada 18 buah kumpulan etnik di Malaysia yang lebih dikenali sebagai Orang Asli. Mereka merupakan orang-orang yang asli di Malaysia, tidak sama dengan Melayu, Cina dan India yang lebih ramai di negara ini.

Perlunya pendidikan awal

Orang Asli telah hidup di dalam masyarakat-masyarakat yang terasing dan kurang mendapat perkhidmatan seperti sekolah-sekolah dan juga penjagaan kesihatan. Kedudukan geografi mereka yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan pemikiran di kebanyakan masyarakat orang asli bahawa tiada faedah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mengikut perangkaan, terdapat lebih kurang 80 peratus kanak-kanak Orang Asli yang tidak pernah menamatkan persekolahan di peringkat sekolah menengah.

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Kanak-kanak Orang Asli menerima makan tengahari di sekolah tadika berdekatan Gerik, Malaysia. Makanan yang mempunyai nutrisi yang bersesuaian merupakan kunci utama bagi program perkembangan awal kanak-kanak di Malaysia.

“Secara umum, ibu dan bapa masyarakat orang-orang asli masih tidak berminat dengan pendidikan,” kata Cik. Asir. “Mereka lihat tadika ini sebagai suatu tempat untuk menghantar anak-anak mereka untuk bermain dan juga makan. Tetapi apabila mereka lihat orang daripada luar masyarakat ini menunjukkan minat terhadap anak-anak mereka, mereka menjadi lebih sedar tentang perlunya pendidikan. Tetapi ia masih sukar. Kita perlu melakukannya secara berterusan.”

Cik. Asir merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mengubah keadaan ini. Beliau telah menerima latihan khas di dalam program yang telah disokong oleh UNICEF dan Jabatan Perkembangan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, atau lebih dikenali dengan panggilan akronim Bahasa Melayu iaitu, KEMAS. Sekolah di mana beliau kini mengajar- telah dibina oleh KEMAS dengan menggunakan simen dan dilukis dengan imej-imej binatang-binatang, bunga-bunga dan juga bendera kebangsaan Malaysia – kelihatan menonjol di dalam perkampungan ini yang terdiri daripada rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu, di mana ia menjadi tarikan kepada aktiviti-aktiviti masyarakat.

Memperbaiki peluang untuk masa hadapan

Secara keseluruhan, UNICEF dan KEMAS sedang bekerja bersama-sama untuk melatih lebih kurang 300 orang guru-guru tadika dan juga penyelia-penyelia, untuk mencapai lebih daripada 18,000 orang ibu dan bapa dan juga penjaga-penjaga di kawasan-kawasan pedalaman. Organisasi ini mengendalikan bengkel-bengkel untuk masyarakat-masyarakat Orang Asli, yang memberi penekanan terhadap kepentingan galakan kepada perkembangan awal kanak-kanak dan memberi panduan tentang aktiviti-aktiviti pembelajaran, nutrisi dan juga psikologi kanak-kanak.

“Kami dapati ibubapa di dalam masyarakat-masyarakat ini mempunyai sedikit kemahiran keibubapaan,” kata Noor Hayati Bt Husin, seorang penyelia daripada KEMAS. “Mereka memberi makanan yang kurang sihat kepada anak-anak mereka dan anak-anak mereka tidak berkembang dengan baik. Oleh itu kita cuba untuk mengajar mereka mengapa kanak-kanak memerlukan pendidikan, mengapa kanak-kanak perlu membaca dan menulis. Kerana ia sememangnya memperbaiki peluang mereka di masa hadapan.”

Usaha-usaha ini adalah selari dengan Rancangan Kebangsaan Malaysia untuk mengurangkan jurang perbezaan di antara kawasan pedalaman dengan kawasan bandar, dan juga di antara daerah yang maju dengan daerah yang kurang maju. Untuk Cik. Asir dan kelasnya, ia merupakan penyemaian kemahiran-kemahiran untuk generasi baru Orang Asli, agar mereka dapat membentuk pilihan-pilihan mereka sendiri untuk masa hadapan.

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Video

10 Mei 2007:
Perutusan UNICEF, Steve Nettleton melaporkan tentang usaha-usaha untuk membawa pendidikan awal kanak-kanak secara formal kepada masyarakat "Orang Asli" di Malaysia.

 VIDEO max | min

Penyiaran video berkualiti boleh didapati di UNICEF Malaysia. Sila hubungi (03) 2095 9154.

* Video di dalam Bahasa Inggeris.


KEMAS


Matlamat Pembangunan Milenium

Search:

 Email this article

unite for children