Coretan Hidup

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Menjadikan hak-hak wanita suatu realiti di Malaysia

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengingati Profesor Datuk Dr Sharifah Hapsah tentang tanggungjawab beliau untuk “menjaga negara ini sebagai seorang ibu, isteri, intelek dan juga dengan taat.”

Wanita-wanita di Malaysia berkongsi suara dengan UNICEF sebagai tanda pelancaran laporan Keadaan Kanak-Kanak Sedunia (SOWC) 2007 di peringkat kebangsaan pada Hari Wanita Antarabangsa.

Bertemakan “Wanita dan Kanak-Kanak – Imbuhan Berganda yang dibawa oleh Kesaksamaan Gender”, laporan SOWC 2007 meneliti diskriminasi dan juga keadaan wanita yang tidak berupaya di mana kebanyakan wanita terpaksa melaluinya sepanjang hidup mereka – dan juga memberi garis panduan tentang apa yang perlu dilakukan untuk menghapuskan diskriminasi terhadap gender dan juga untuk memperkasakan wanita serta anak-anak gadis.

KUALA LUMPUR, Mac 2007 – Di pejabat yang luas milik Professor Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin, iaitu Timbalan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpapar kata-kata yang penuh inspirasi yang telah ditulis pada tahun 1995 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, atau lebih mesra dikenali sebagai Tunku.

Kata-kata yang tertulis tersebut, Tunku telah mengingati Profesor Dr Sharifah tentang tanggungjawab beliau untuk “menjaga negara ini sebagai seorang ibu, isteri, intelek dan juga dengan taat.” Adalah mencukupi untuk mengatakan, profesor tidak menghampakan Tunku sedang beliau telah bekerja dengan kuat melalui universiti beliau untuk menjadi timbalan canselor di salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terkenal di negara ini. Lebih terkenal sebagai wanita kedua yang telah menjadi timbalan canselor di Malaysia, perlantikan tersebut lebih merupakan bukti kebolehan dan pengalaman Profesor Dr Sharifah di lapangan yang sudah sekian lama di dominasi oleh lelaki.

Kini berumur di dalam lingkungan akhir 50an, Profesor Dr Sharifah amat dikenali dengan kerja-kerja beliau di dalam melaksanakan advokasi untuk hak-hak wanita, ketika ia kurang mendapat perhatian daripada negara, kepada salah seorang yang telah menubuhkan Majlis AIDS Malaysia pada tahun 1992. Dipupuk dengan kepintaran dan karisma yang menyenangkan, beliau telah berjaya menyatukan pendidikan dan juga profesionalisma dengan nilai intrinsik beliau sebagai seorang wanita. Di dalam perjuangan ini, Profesor Dr. Sharifah telah membawa harapan yang datangnya daripada pendirian beliau yang kukuh terhadap sesuatu tugasan yang diberikan.

Memenuhi keperluan-keperluan wanita

Mengingati semula penglibatan beliau dengan Majlis Badan-Badan Wanita Kebangsaan (NCWO) dan lain-lain badan-badan bukan kerajaan ketika beliau bekerja sebagai seorang pensyarah pada tahun tujuh puluhan, beliau menerangkan dengan rendah diri bagaimana beliau telah membantu memajukan Persatuan Siswazah Malaysia (Women’s Graduate Association) ke hadapan.

“Ketika saya berada di Fakulti Perubatan Universiti Malaya, saya amat bimbang terhadap pegawai-pegawai dan juga pelajar-pelajar yang juga ibu-ibu. Siapa yang akan menjaga anak-anak mereka? Saya dapat merasakan apa yang dilalui oleh mereka kerana saya juga telah menjadi seorang ibu muda pada waktu yang sama,” terang beliau lagi. “Kami telah memulakan pusat penjagaan dan saya rasa kami merupakan institusi pertama di negara ini yang mempunyai pusat penjagaan.”

Penglibatan beliau di dalam dan kemudiannya memimpin NCWO telah menjadi suatu kemajuan yang dijangkakan dan telah membuka sebuah lembaran yang baru berkaitan dengan isu-isu gender. Profesor Dr Sharifah melihat perkara-perkara ini sebagai persoalan tentang ketidakseimbangan dan bukan diskriminasi semata-mata. Ketidaksamaan terhadap gender yang amat ketara, beliau percaya, jarang berlaku di Malaysia yang moden kini.

Penegasan terhadap hak-hak

Walaubagaimanapun, beliau amat bimbang tentang kurangnya perhatian yang diberikan kepada perkara-perkara yang boleh melemahkan semangat wanita-wanita muda untuk mengikuti pendidikan di tahap yang tinggi. Profesor Dr. Sharifah mengetengahkan isu tentang kemudahan-kemudahan yang kurang mesra serta kurangnya keselamatan di dalam kampus yang kadangkala memusnahkan minat seseorang anak gadis untuk mencapai pendidikan di tahap yang tinggi. Wanita-wanita yang berjaya mengatasi halangan-halangan ini di dalam kolej atau universiti kemudiannya mendapati terdapat halangan-halangan yang sama juga wujud di tempat kerja.

Ini juga boleh menerangkan mengapa tenaga buruh di Malaysia hanya 47 peratus sahaja terdiri daripada wanita-wanita walaupun sekarang terdapat lebih ramai graduan-graduan wanita berbanding dengan lelaki. Tetapi Profesor Dr Sharifah juga pantas mengatakan bahawa wanita-wanita yang telah membuat keputusan untuk tinggal di rumah mungkin hanya menggunakan hak mereka untuk memilih.  Dan ini tidak semestinya menjadi suatu halangan kepada wanita-wanita, atau suatu kehilangan kepada negara.

“Keputusan untuk duduk di rumah bukanlah suatu keputusan yang langsung tidak baik kerana kita mempunyai wanita-wanita yang berpendidikan untuk mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Kebanyakan wanita adalah usahawan-usahawan dan mereka bekerja dari rumah dan membawa pendapatan kepada keluarga,” beliau memberi penekanan. “Walaupun wanita-wanita yang dikenali sebagai surirumah juga menjana pendapatan yang tinggi untuk keluarga mereka. Mereka bukan duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa kerana kebanyakan mereka berniaga kecil-kecilan dan amat produktif.”

Persekitaran tempat kerja yang positif

Ibu kepada tiga orang anak ini percaya bahawa persekitaran tempat kerja yang menggalakkan untuk wanita-wanita akan dapat meningkatkan lebih ramai graduan-graduan yang serius di dalam mencapai kareer mereka. Dengan adanya pusat-pusat penjagaan kanak-kanak, di mana projek perintis akan dilaksanakan pada bulan ini, merupakan salah satu daripada pencapaian bagi Profesor Dr Sharifah. Beliau mengambilnya sebagai salah satu ganjaran bagi kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin wanita yang berdedikasi di Malaysia, disokong oleh keyakinan yang diberikan oleh isteri kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

“Saya amat berpuas hati bekerja dengan kerajaan di dalam melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak dan projek penjagaan. Ia sebenarnya tentang memberi penjagaan yang berkualiti untuk semua kanak-kanak bermula dari kecil lagi. Perkembangan kanak-kanak bermula dari awal, oleh itu, ini merupakan langkah utama untuk pendidikan bagi jangka masa yang panjang,” terang beliau sepenuh hati. “Melalui projek ini, kita boleh mula memastikan yang kanak-kanak diberikan asas yang kukuh untuk kehidupan mereka.”

Profesor Dr. Sharifah juga berharap sebagai hasil daripada sokongan penjagaan kanak-kanak yang baik, lebih ramai wanita akan menyertai tenaga buruh, apabila mengetahui bahawa anak-anak mereka selamat dan dijaga dengan baik.

“Terdapat ramai wanita yang telah meletak jawatan mereka kerana mereka ingin menumpukan perhatian di dalam membesarkan anak-anak serta keluarga mereka. Sekarang, ia bukan lagi menjadi suatu pilihan di antara mencapai kemajuan di dalam kareer dan perkembangan anak-anak,” akui beliau yang merupakan seorang pejuang hak-hak wanita.

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Keadaan Kanak-Kanak Sedunia 2007 - Penerbitan

Penerbitan dalam Bahasa Inggeris.


Keadaan Kanak-Kanak Sedunia 2007 - Malaysia

Pendahuluan

Wanita di Malaysia

Diskriminasi gender

Hak-hak wanita dan kanak-kanak

Panggilan untuk kesaksamaan

Imbuhan berganda

Perkongsian dan kerjasama

Mengambil tindakan!


Hari Wanita Antarabangsa

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Search:

 Email this article

unite for children