Coretan Hidup

Pendahuluan

HIV/AIDS

Penyusuan susu ibu

Perlindungan Kanak-kanak

Keperluan kesihatan asas

Pendidikan

Tsunami

 

Skim perniagaan-mikro memperkasa wanita di Malaysia yang telah mengalami tsunami

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram
Embon Saad bersama cucu-cucu kembarnya. Embon adalah pengerusi kepada Persatuan Ekonomi Wanita di Langkawi, Malaysia.

Oleh Steve Nettleton

LANGKAWI, Malaysia, 23 Disember 2006 – Untuk lelaki yang menebarkan jala-jala mereka di kawasan pantai Langkawi yang telah dilanda tsunami, kehidupan kini telah kembali normal. Dengan bantuan daripada Kerajaan Malaysia, kapal-kapal dan pelabuhan-pelabuhan telah dibina kembali dan bot-bot perikanan kini dapat dilihat kembali.

Bagi kebanyakan wanita, ia mengambil masa yang lebih lama untuk membina kembali sumber pendapatan mereka yang telah dimusnahkan oleh tsunami. Disebabkan oleh peranan sosial yang  tradisional, kehilangan bagi wanita-wanita seringkali dilihat sebagai sesuatu yang kurang penting berbanding dengan kaum lelaki. Oleh itu, kaum wanita menerima sedikit bantuan atau tiada langsung selepas tsunami.

Penilaian awal psikologi yang telah dijalankan oleh UNICEF dan rakan-rakan telah menunjukkan bahawa kaum wanita adalah lebih tidak berupaya berbanding dengan lelaki disebabkan oleh status sosio-ekonomi yang rendah, mempunyai laluan yang terhad kepada sumber-sumber dan juga ketidakupayaan untuk memberi pendapatan kepada keluarga, selain daripada beberapa faktor yang lain.

Peranan wanita di dalam ekonomi

Embon Saad telah cuba untuk membawa perubahan. Beliau adalah pengerusi Persatuan Ekonomi Wanita di Langkawi, sebuah organisasi yang bertujuan untuk membantu wanita-wanita menjalankan perniagaan kecil-kecilan. 

Tsunami telah menghalang usaha-usahanya. Seperti wanita-wanita yang ingin dibantunya, beliau mendapati dirinya terpaksa memulakan kehidupannya semula.

“Tsunami merupakan pengalaman yang amat dahsyat. Ia telah membawa kesan yang besar di dalam kehidupan keluarga saya,” kata beliau. “Saya mempunyai dua buah kedai; kedua-duanya telah musnah. Ia telah menjejas sumber pendatapan saya dan juga telah mengurangkan pendapatan keluarga saya.”

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram
Lembut Hassan dan Azizah Hashim daripada Persatuan Ekonomi Wanita sedang menyediakan makanan ringan tradisional Malaysia. Perniagaan mikro seperti ini telah memberi peluang kepada wanita-wanita untuk memperbaiki keadaan ekonomi mereka.

Dengan sokongan daripada UNICEF dan organisasi Malaysia seperti EMPOWER, Embon Saad kini kembali membantu wanita-wanita memainkan peranan di dalam ekonomi tempatan.

Pada tahun 2005, beliau dan 100 orang wanita-wanita yang lain telah menerima latihan di dalam kemahiran ekonomi dan pemasaran. Persatuan beliau telah menggunakan latihan ini untuk mempertingkatkan perniagaan mereka, di mana wanita-wanita tempatan menyediakan makanan ringan tradisional yang terdiri daripada ikan bilis dan juga kacang.

Latihan ini juga berperanan sebagai satu laluan untuk menubuhkan perniagaan-perniagaan mikro di negeri-negeri jiran kepada Kuala Muda Kedah, yang akan memberi manfaat kepada lebih daripada 50 buah keluarga.

Penglibatan masyarakat

UNICEF bertujuan untuk membantu wanita-wanita bukan sahaja untuk membolehkan mereka berdiri di atas kaki sendiri tetapi juga untuk melibatkan diri di dalam masyarakat mereka.

“Kita telah berbincang dengan wanita-wanita tentang kesedaran gender, kemahiran kepimpinan, bagaimana mereka boleh memainkan peranan yang lebih besar di dalam keadaan di mana bencana berlaku pada masa-masa akan datang,” kata Wakil UNICEF ke Malaysia Cik Gaye Phillips. “Bagaimana mereka boleh menyatakan keperluan mereka dan tidak dikawal oleh kaum lelaki.”

Matlamat yang utama bagi usaha-usaha ini adalah untuk memperkasa wanita-wanita di Malaysia, jadi seperti kaum lelaki yang pergi ke laut, mereka juga boleh membina laluan untuk kehidupan mereka sendiri.

Indra Nadchatram telah menyumbang kepada artikel ini.

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Video

23 Disember 2006:
Wartawan UNICEF Steve Nettleton melaporkan mengenai program-program untuk memperkasa wanita-wanita yang telah mengalami tsunami untuk memperbaiki keadaan ekonomi mereka.
VIDEO  max ι min

Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris.

Video yang berkualiti dalam format BETA atau DVD boleh didapati dari UNICEF Malaysia.


Video

21 December 2006:
Wakil UNICEF Malaysia, Gaye Phillips, mengulas mengenai program-program UNICEF yang berkaitan dengan tsunami.
VIDEO   max | min 

Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris.


Laporan 2-Tahun Tsunami

Penerbitan*

Multi-media*

Esei Foto*

Laporan Global*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children