Projek yang memberikan sokongan psikososial jangkamasa panjang kepada kanak-kanak di Malaysia yang telah mengalami kesan tsunami
Oleh Steve Nettleton LANGKAWI, Malaysia, 21 Disember 2006 – Mimpi buruk yang berkaitan dengan ombak-ombak besar kini kurang menghantui Nur Alia Ismail yang sering mengalaminya sebelum ini. Ketika waktu tengahari pada hari Ahad lebih kurang dua tahun yang selepas tsunami melanda kawasan pantai di perkampunyannya, dia tidak menunjukkan rasa takut untuk bermain beberapa meter daripada laut. Nur Alia, 10, berada di rumah keseorangan apabila tsunami melanda. Dia telah berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebatang tiang. Lebih daripada tujuh bulan kaunseling dan juga rawatan ubatan kini dia sedang menuju ke arah pemulihan. Tetapi kurang daripada setahun selepas bencana tersebut berlaku, dia telah mengalami menjadi teruk, selalu merungut yang dia sering mengalami mimpi tentang “ombak-ombak besar akan datang.” Selepas menerima kaunseling lanjutan dan rawatan, Nur Alia berkata mimpi-mimpi buruk tersebut semakin lama semakin hilang. “Tahun ini lebih seronok,” katanya. Sokongan jangkamasa panjang Walaupun Malaysia tidak mengalami kemusnahan yang teruk yang telah dibawa oleh tsunami pada negara-negara lain, ia telah meninggalkan kesan parut secara emosi yang mendalam pada kebanyakan kanak-kanak seperti Nur Alia. Dan masyarakat yang tidak mempunyai keupayaan untuk memberi sokongan psikologikal untuk mereka telah dibebankan. Selepas berlakunya bencana tersebut, Kolej Universiti HELP, dengan sokongan daripada UNICEF dan Kementerian Kesihatan Malaysia, telah mula melatih pekerja-pekerja kesihatan masyarakat dan membina jaringan sokongan tempatan untuk memberi rawatan kepada mangsa-mangsa yang mengalami tekanan trauma selepas berlakunya bencana dan lain-lain permasalahan. Projek ini bertujuan untuk memastikan bahawa kanak-kanak dan keluarga mereka mempunyai kaunseling pada jangkamasa panjang dan psikoterapi. Sebagai hasilnya, 1,000 kanak-kanak dan keluarga mereka kini boleh mengikuti aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kesihatan emosi dan mental – perkhidmatan yang amat penting untuk membantu kanak-kanak yang kembali teruk.
Nur Alia, sebagai contoh, masih mengalami masalah-masalah emosi. “Dia kini sedang belajar dengan baik di sekolah, tetapi kadangkala dia rasa takut,” kata ibunya Supiah Minan. “Dia telah bertukar sekolah banyak kali semenjak berlakunya tsunami, dan sekolah barunya terletak di antara dua bukit. Jadi apabila cuaca menjadi buruk, dia takut akan berlaku gempa bumi atau tanah runtuh dan tidak mahu ke sekolah.” Membina keupayaan penjagaan kesihatan mental Untuk lebih bersedia di dalam menghadapi kecemasan-kecemasan yang akan berlaku pada masa akan datang, UNICEF telah memberi sokongan kepada Kementerian Kesihatan dan Kolej Universiti HELP untuk menubuhkan Pasukan Gerakbalas Kanak-Kanak Kebangsaan, yang terdiri daripada 50 orang ahli psikiatri, psikologi, kaunselor, dan pekerja-pekerja sosial daripada seluruh negara. Pasukan ini akan bersedia untuk dihantar ke mana-mana tempat yang telah berlakunya bencana baru, memberikan sokongan kesihatan mental dan membantu masyarakat untuk memberi penjagaan kepada diri mereka sendiri bagi jangkamasa panjang. “Mereka boleh mengadakan intervensi secara holistik dan psikososial yang lengkap untuk menghadapi bencana tersebut, tidak kira apa jua bencana tersebut,” kata Pengarah Pusat Psikologi HELP, Dr. Goh Chee Leong. Ia merupakan satu usaha untuk membina penjagaan kesihatan mental di dalam masyarakat-masyarakat di seluruh Malaysia. Walaupun tiada bencana berlaku, kanak-kanak seperti Nur Alia boleh mendapatkan sokongan untuk menghadapi tugas yang amat sukar di dalam membesar ke alam dewasa. Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.
Video 21 Disember 2006: Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris. Video yang berkualiti dalam format BETA atau DVD boleh didapati dari UNICEF Malaysia. Video Laporan 2-tahun Tsunami: Malaysia Sokongan untuk kesihatan emosi Perniagaan mikro memperkasa wanita * Laporan multimedia di dalam Bahasa Inggeris. Laporan 2-Tahun Tsunami |