RM 30,000 untuk mempertingkatkan perlindungan kanak-kanak di Malaysia
Oleh Indra Nadchatram KUALA LUMPUR, 24 Mei 2007 – Persekitaran yang terlindung untuk kanak-kanak di Malaysia akan diperkukuhkan lagi dengan sumbangan yang diterima sebanyak RM 30,000 daripada kempen Penjagaan dan Perlindungan (Care and Protect) Kerastase. Pengurus Besar L’Oreal Malaysia untuk Bahagian Barangan Profesional, Mr. Matthieu Juery menyerahkan sumbangan tersebut kepada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di upacara khas yang menandakan tamatnya kempen yang telah dilancarkan selama 2 bulan setengah tersebut. UNICEF bekerja bersama-sama dengan Kerajaan Malaysia, persatuan-persatuan sivil, sektor swasta dan juga pihak media untuk memastikan terdapat “persekitaran yang terlindung” untuk semua kanak-kanak di mana ia adalah bebas daripada keganasan, penderaan dan diskriminasi. Usaha-usaha mestilah memberi fokus kepada pembangunan sistem sosial dan undang-undang yang berkesan melalui pelabagai jenis program-program termasuklah advokasi, latihan, penyelidikan serta kempen-kempen untuk orang ramai. Menurut Timbalan Wakil UNICEF di Malaysia, Dr. Rudi Luchmann, cabaran untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak memerlukan pendekatan daripada pelbagai aspek yang menggabungkan strategi-strategi tindakbalas dan pencegahan yang kukuh di mana ia memberi fokus kepada empat “P”: Perlindungan kanak-kanak, Pencegahan keganasan, Pendakwaan penjenayah-penjenayah dan Penglibatan kanak-kanak. Mencabar keganasan “Tiada tolak-ansur di dalam mencabar keganasan terhadap kanak-kanak. Keunikan kanak-kanak – potensi mereka sebagai sumber manusia, kelemahan dan berisiko untuk terdedah kepada perkara-perkara yang memudaratkan di peringkat awal, bergantung kepada orang dewasa untuk pembesaran dan juga perkembangan mereka – merupakan sebab-sebab utama mengapa perlunya kita membuat pelaburan kepada pencegahan dan perlindungan daripada keganasan,” kata Dr. Luchmann.
Keganasan terhadap kanak-kanak bermaksud keganasan di dalam bentuk fizikal, keganasan di dalam bentuk psikologikal, diskriminasi, terbiar dan layanan yang teruk. Ia juga berbeza dan merangkumi penderaan dalam bentuk fizikal, kata-kata dan juga seksual di dalam rumah kepada hukuman yang memalukan dan penganiyaan di sekolah; juga termasuk penderaan dan terbiar di dalam institusi-institusi kepada pergaduhan berkumpulan di jalanan di mana kanak-kanak bermain atau bekerja. Di Malaysia, menurut statistik yang didapati daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 1,800 kes-kes penderaan kanak-kanak yang telah dilaporkan kepada pihak polis pada tahun 2005, dengan purata sebanyak lima laporan diterima setiap hari. Pakar hak kanak-kanak walaubagaimanapun percaya bahawa bilangan ini mungkin hanya sebahagian kecil daripada bilangan sebenar kes yang tidak dilaporkan. Yang tragiknya untuk kanak-kanak, hanya kes-kes yang serius sahaja yang memerlukan kanak-kanak tersebut dimasukkan ke hospital di mana apabila berlaku kematian barulah ianya dilaporkan kepada pihak polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Tanggungjawab bersama Di dalam menyokong usaha-usaha kerajaan dan UNICEF untuk membantu membina persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak, Kerastase L’Oreal telah bekerja dengan tiga orang pereka-pereka yang berbakat daripada Malaysia iaitu – Zang Toi, Donna Chew dan Beatrice Looi untuk mencipta beg edisi terhad untuk menyampaikan mesej-mesej penjagaan dan perlindungan untuk kanak-kanak. Beg-beg tersebut dijual melalui 115 buah salun di seluruh negara ketika kempen ini dilaksanakan daripada 1 Februari sehingga 15 April 2007. L’Oreal Malaysia telah menyelaraskan usaha-usahanya untuk meraih sumbangan dengan mengadakan program-program komunikasi di dalam kedai-kedai yang juga membawa mesej “penjagaan dan perlindungan” untuk mendapatkan sokongan daripada orang ramai untuk menghentikan keganasan.“Tanggungjawab kita selaku sebahagian daripada komuniti dan masyarakat di Malaysia adalah untuk memastikan bahawa tiada seorang pun mengelak daripada masalah keganasan terhadap kanak-kanak. Setiap seorang daripada kita mestilah memikirkan tentangnya dan bertindak mengikut kesesuaian untuk mencegahnya,” kata Mr. Juery daripada L’Oreal Malaysia. “Kita semua berkongsi tanggungjawab untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak.” * Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.
Hentikan Keganasan Sekarang! * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Malaysia: Perlindungan Kanak-Kanak Berita utama 8 Februari 2007: 19 Oktober 2006: 12 Oktober 2006: 9 Oktober 2006: 28 Ogos 2006: 14 Ogos 2006: 26 Mei 2006: Lebih banyak kisah-kisah tentang keganasan terhadap kanak-kanak* * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. |