Berita
Pihak kerajaan serantau digesa agar memberi penekanan melalui tindakan seks anti-kanak-kanak yang lebih tegas
KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2008 – Eksploitasi terhadap rakyat kita yang lemah dan terdedah – kanak-kanak - masih kekal sebagai isu untuk pihak kerajaan dan rakyat di Asia Timur dan Pasifik, walaupun terdapat beberapa kemajuan dalam beberapa tahun yang lepas.
Remaja Malaysia bersama UNICEF untuk kempen A.S.A.P 4 Children
KUALA LUMPUR, 3 Mac 2008 – Satu pasukan dinamik yang terdiri daripada remaja-remaja Malaysia kini menggunakan bakat dan komitmen mereka dengan Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) untuk Kempen A.S.A.P. 4 Children.
Lembaga Eksekutif kini memandang ke arah perkongsian kukuh untuk perlindungan kanak-kanak
NEW YORK, AS, 31 Januari 2008 – Pemeliharaan hak kanak-kanak terhadap kesihatan, pendidikan dan persekitaran yang terlindung merupakan asas bagi kerja dan usaha yang dilakukan oleh UNICEF.
Hak untuk semua kanak-kanak - CRC@18
PENASIHAT MEDIA - 20 November merupakan tarikh yang istimewa bagi kita semua. Lapan belas tahun yang lalu, pada tarikh ini, seluruh dunia telah bersatu untuk mengatakan ya bagi kanak-kanak; iaitu kanak-kanak kini mempunyai hak asasi yang sama.
Adakah kita telah gagal untuk melindungi anak-anak kita?
KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2007 – Dua puluh tahun yang lalu, seorang kanak-kanak perempuan yang berumur lapan tahun dari Kuala Lumpur telah dijumpai mati dengan sekeping kayu yang berpaku dimasukkan ke dalam kemaluannya, dan seutas dawai di lehernya.
ICDB 2007 - Dunia yang kami mahu
KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2007 – Tahun ini, Hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa (ICDB) akan berlangsung pada hari Ahad, 9 Disember 2007 dengan bertemakan “Dunia yang kami mahu.”
Keganasan di sekolah: Mara ke hadapan
KUALA LUMPUR, 3 Julai 2007 - “Kes-kes buli di sekolah yang sering berlaku kini telah menjadi suatu perkara yang membimbangkan di Malaysia.
RM 30,000 untuk mempertingkatkan perlindungan kanak-kanak di Malaysia
KUALA LUMPUR, 24 Mei 2007 – Persekitaran yang terlindung untuk kanak-kanak di Malaysia akan diperkukuhkan lagi dengan sumbangan yang diterima sebanyak RM 30,000 daripada kempen Penjagaan dan Perlindungan Kerastase.
UNICEF dan Gabungan Antara Parlimen (IPU) bergabung tenaga untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak
BALI / INDONESIA, 2 Mei 2007-Di Persidangan Gabungan Antara Parlimen (IPU) yang ke-116, mesyuarat yang diadakan di Nusa Dua (Indonesia), ahli-ahli badan organisasi UNICEF dan IPU mengatakan masih banyak lagi boleh dilakukan untuk menghentikan keganasan.
Penulis kepada kajian keganasan PBB menjadi advokat kepada hak kanak-kanak di persidangan keadilan penjenayahan
NEW YORK, 27 April, 2007 – Professor Paulo Sérgio Pinheiro merupakan advokat untuk hak kanak-kanak yang terkenal di seluruh dunia, beliau telah berucap tentang pemangsaan kanak-kanak secara global ketika menghadiri Sesi ke-16 Suruhanjaya PBB.
Minggu Tindakan Global terhadap Pendidikan, terdapat berjuta-juta orang kanak-kanak yang masih tidak bersekolah
NEW YORK, 23 April 2007 – Ketika seluruh dunia sedang meraikan Minggu Tindakan Global terhadap Pendidikan, UNICEF meminta para penyumbang serta badan-badan kerajaan agar memenuhi janji mereka terhadap pendidikan.
Perjanjian PBB terhadap hak-hak orang kurang upaya ditandatangani dengan penglibatan remaja-remaja yang kurang upaya.
NEW YORK, 2 April 2007 – Satu perjanjian baru untuk memastikan hak-hak kemanusiaan bagi lebih kurang 650 juta orang di dalam dunia ini yang kurang upaya telah dibuka untuk tandatangan ketika berlangsungnya sesi khas Perhimpunan Umum PBB pada 30 Mac.
Kanak-kanak masih terlibat di dalam perdagangan haram walaupun dagangan hamba telah dihapuskan 200 tahun yang lalu
NEW YORK, 25 Mac 2007 – Walaupun tarikh 25 Mac menandakan ulangtahun Penghapusan Akta Dagangan Hamba yang ke-200, namun begitu penghambaan masih berlaku hari ini.
Pengarah Eksekutif UNICEF menyertai ‘Walk for Water’ oleh Starbucks dan Ethos
NEW YORK, 22 Mac 2007 – Bagi menandakan Hari Air Sedunia, Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman hari ini telah menyertai lebih daripada 250 pelajar-pelajar sekolah dan beratus-ratus lagi warga New York di dalam kempen ‘Walk for Water’.
Kerastase melancarkan kempen "Penjagaan & Perlindungan" untuk kanak-kanak
KUALA LUMPUR, 8 Februari 2007 – Program Perlindungan Kanak-Kanak di Malaysia oleh UNICEF akan menerima sokongan melalui kempen “Penjagaan & Perlindungan” iaitu sumbangan dari jenama penjagaan rambut yang terkenal Kérastase.
Banjir di Malaysia membawa ancaman kepada kehidupan kanak-kanak
NEW YORK, 19 Januari 2007 – Banjir di Malaysia yang disebabkan oleh hujan yang amat lebat telah menyebabkan beribu-ribu orang mangsa terpaksa dipindahkan ke tempat-tempat yang lebih selamat, di mana kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak.
Lebih daripada 115,000 telah dipindahkan daripada kawasan yang dilanda banjir teruk
15 Januari 2007 – Lebih daripada 115,000 orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing disebabkan oleh banjir teruk yang telah melanda kawasan selatan dan di kepulauan Borneo.
Tsunami, selepas dua tahun: Gambaran Keseluruhan Malaysia
KUALA LUMPUR, 21 Disember 2006 – “Situasi di Malaysia kini amat berbeza sekali berbanding dengan apa yang boleh dilihat di negara-negara seperti Indonesia dan Sri Lanka. Di Malaysia, tanda-tanda fizikal dari tsunami kini hampir tidak dapat dilihat."
Laporan utama UNICEF mengatakan bahawa kesaksamaan gender membawa manfaat kepada wanita-wanita dan juga kanak-kanak
NEW YORK, 10 Disember 2006 – Pada ulangtahun UNICEF yang ke-60 hari ini, sebuah laporan telah dilancarkan yang menyatakan bahawa kesaksamaan gender adalah amat penting untuk kehidupan dan perkembangan kanak-kanak.